03 February 2017

#FoodFlotillaForMyanmar – Day 1, Southpoint, Southport


Kapal Nautical Aliya mula berlabuh di zon perdagangan bebas Southpoint, Southport jam 10 pagi tadi. Sekurang - kurangnya 2300 tan makanan dan pakaian dan ubat - ubatan mula dinaikkan ke dalam Kapal Nautical Aliya di Pelabuhan Klang hari ini.

Ini termasuk beras hasil sumbangan orang ramai kepada misi Flotilla kemanusiaan yang dijangka belayar ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh pada esok 3 Feb 2017.

Suasana kapal hari ini amat sibuk dengan kerja-kerja memunggah masuk barang dari gudang ke atas kapal selain taklimat dan persiapan sukarelawan sendiri bagi memastikan misi ini berjalan lancer.


Sehinga sekarang 3hb Feb jam 1.30 pagi, kerja-kerja memunggah barangan sumbangan masih diteruskan dan dijangkan masuk sepenuhnya mejelang pagi nanti.












15 January 2017

BR1M akan diteruskan & GST diganti dengan cukai lain jika pembangkang menang PRU14 - Tun M


Kata mahathir, jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.

Katanya pemberian itu akan dilakukan mengikut undang-undang , Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian atau jumlah atau cara penyampaian, akan diagih oleh pegawai kerajaan dan macam-macam lagi alasan.

Perkataan paling mudah ialah BR1M diteruskan.

Selain itu, Mahathir turut menawarkan untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan digantikan dengan cukai jualan yang dipersetujui rakyat jika berjaya menjadi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN).

Mahu hapuskan GST kemudian gantikan dengan cukai lain kononnya yang dipersetujui rakyat bukankah itu disebut cukai juga, bermakna cukai tetap dikenakan keapda rakyat.

Kesimpulannya, Mahathir mahu teruskan BR1M yang dikatakan rasuah dan haram dan sebagainya dan pada masa yang sama mahu hapuskan cukai GST kemudian digantikan dengan cukai yang lain. 

Dua perkara yang disebut Mahathir pada pelancaran PPBM di Shah Alam malam ini adalah perkara yang telah dilaksanakan oleh BN untuk membela nasib rakyat dan memelihara ekonomi negara.

Itu beerti apa yang kerajaan BN buat adalah betul cuma Mahathir menambah tokok mengikut imiginasinya untuk menunjukkan kononnya dia lebih cerdik.

Tidakkan pengikut Mahathir di dalam stadium itu berasa malu dan bodoh apabila ketua mereka menyebut perkara yang diilhamkan Najib itu adalah jalan terbaik untuk memakmurkan negara.

Kasihan sungguh.

13 January 2017

Bertahun-tahun jadi YB baru sekali rakyat ketuk pintu rumah terus panggil wartawan bagitahu satu dunia.


Baru sekali orang mengetuk pintu rumah Yang Berhormat PAS di subuh hari beliau sudah sombong bongkak kononnya beliau seorang sajalah yang tahu membantu rakyat.

Cara beliau ini sangat menghina orang miskin. Barangkali benar susah orang itu kebetulan pula yang terfikir dikepalanya adalah rumah YB PAS maka dia pun meminta pertolongan.

YB yang bongkak itu pula dengan bangganya memberitahu satu dunia bahawa dia telahpun berjaya menolong seorang miskin yang mengetuk pintu rumahnya di subuh hari meminjam duit untuk membeli peralatan sekolah.

Islam PAS mengajar untuk YB menunjuk-nunjukkah? Mana nilai Islam yang diperjuangkan oleh Parti Islam PAS?

Kalau YB nak cerita pasal ketuk pitu minta bantuan rasanya tak cukup hebat dibandingkan dengan rakyat kurang berkemampuan yang beratur di Pejabat Parlimen atau ADUN BN tetapi malangnya tidak pula kita dengar ADUN dan Ahli Parlimen memanggil wartawan memberitahu bahawa rakyat miskin datang ke pejabatnya minta bantuan atau minta duit.

Itu kerana tugasnya adalah untuk menolong rakyat yang memilihnya sebagai pemimpin. Mereka laksanakan tugas semampu mungkin tanpa menunjuk-nunjuk.

Mungkin YB PAS tidak pernah jumpa orang susah minta bantuan sebab tidak pernah ambil tahu hingga terpaksa pula rakyat mengetuk pintu dirumah.


07 January 2017

"Nautical Aliya" Bakal Jadi Kapal Utama Misi Kemanusiaan "Food Flotilla For Myanmar"


Kapal penginapan pekerja persisir pantai Nautical Aliya kini dalam pertimbangan akhir sebagai kapal misi kemanusiaan menghantar bantuan ke wilayah Rakhine, Myanmar.

Nautical Aliya dengan kapasiti 238 penumpang dan kelajuan 11.5 knot yang turut mempunyai "helipad" dan "kren" itu dijangka menjadi kapal utama misi kemanusiaan "Food Flotilla For Myanmar" gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan NGO antarabangsa.

Misi flotilla anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) akan membawa 1,000 tan makanan dan ubat-ubatan ke utara Rakhine Myanmar.

Ketua misi yang juga Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mengetuai jawatankuasa flotilla memeriksa kapal Nautical Aliya yang kini berlabuh di Kemaman, Terengganu.

Menyertai beliau dalam pemeriksaan peringkat akhir itu adalah Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pegawai Perhubungan Antarabangsa TDV, Taskin Bumin Ayranci.
"Jika tiada halangan, kapal ini akan bersama dalam misi flotilla ke Myanmar untuk membantu etnik Rohingya," kata Abdul Azeez.

Misi itu dijadualkan belayar ke Sittwe di Rakhine selewat-lewatnya 31 Januari depan dan jika tidak mendapat kelulusan Myanmar, akan belayar ke Teknaf, Bangladesh untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya.

Dianggarkan lebih 30,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dari Maungdaw, Buthidaung dan Rathidaung di Rakhine, Myanmar sejak 9 Oktober lalu selepas tentera Myanmar menjalankan operasi ketenteraan yang didakwa mencabuli hak asasi manusia.

GAMBAR KAPAL UTAMA MISI






06 January 2017

Misi 'Food Flotila For Myanmar' Ditunda dan Dijangka Belayar Selewat-Lewatnya 31 Januari


Misi 'Food Flotila For Myanmar' bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya di wilayah Rahkhine yang dijangkan belayar 10 Januari ditunda kepada selewat-lewatnya pada 31 Januari ini.

Berita itu disampaikan sendiri oleh Ketua misi merangkap Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, penangguhan misi bantuan kemanusiaan itu yang sepatutnya berlepas Selasa depan dibuat kerana masih belum mendapat kelulusan dari Kerajaan Myanmar.

Azeez yang amat berharap kerajaan Myanmar akan memberi kelulusan supaya pelayaran boleg diteruskan pada tarikh baru yang ditetapkan.

Namun katanya, jika pihak Myanmar berkeras tidak memberi kebenaran maka misi akan tetap diteruskan dan misi akan berlayar terus ke Teknaf, Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya di sana dengan kerjasama International Organisation for Migration (IOM).

Kata Azeez lagi, jika misi dapat wilayah konflik dapatlah bantuan itu disalurkan kepada mangsa yang terjejas termasuk orang bukan Islam yang ada disana. Ini kerana bantuan yang dibawa adalah atas misi kemanusiaan, bukan kerana agama semata-mata. Jika tidak boleh masuk juga maka bantuan akan disalurkan kepada pelarian yang sudah a/da di Teknaf yang puratanya orang Islam.

PENYERTAAN DAN MAKLUMAT MISI

Misi yang dianjurkan KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) ini akan disertai oleh 235 aktivis, sukarelawan, doktor, ahli politik dan tokoh agama daripada 14 negara termasuk Turki termasuk rakan media dari dalam dan luar negara.

Selain itu, misi ini turut disokong badan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan antarabangsa bagi mengecam penindasan berterusan yang dibuat ke atas etnik Rohingya.

Flotilla itu dijangka akan membawa 1,000 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan dan dijadualkan belayar selama tujuh hari bagi pelayaran dari Pelabuhan Klang ke Sittwe, Myanmar.

Sementara itu, Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tujuan misi ini diadakan adalah untuk meringankan masalah etnik Rohingya dan tidak timbul isu untuk 'cari masalah'.

Kita datang untuk ringankan masalah. Bukan nak cari masalah. Kalau mereka (kerajaan Myanmar) masih curiga, kita akan mencari alternatif lain, pergi ke Bangladesh, tolong pelarian Rohingya di sana.

Oleh sebab itu sukarelawan yang menyertai misi ini diharap dapat berkhidmat di mana sahaja kerana tujuan misi itu sendiri adalah untuk membantu dan memberikan sokongan.

GAMBAR SEMASA SIDANG MEDIA 
































#FoodFlotillaForMyanmar #SaveRohingya #Rohingya #KP1M #MAPIM