Relevan sebuah NGO/ Persatuan dalam jatidiri masyarakat


Oleh : Kelana Putra Muhamad

Seperti menjadi satu arah aliran masakini di Malaysia budaya berpersatuan dan menubuhkan Berbagai NGO atau Pertubuhan Bukan kerajaan. Seperti satu kejutan budaya dimana setiap hari ada sahaja pertubuhan / persatuan ditubuhkan. Statistik dari Jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia/ROS menunjukan 57,570 senarai pertubuhan yang aktif di Malaysia. Dengan kemudahan pendaftaran atas talian maka berlumba- lumba setiap orang untuk menubuhkan pertubuhan atau persatuan.

Berbagai format dan halatuju setiap pertubuhan . Ada yag berteraskan amal dan kebajikan, agama ,ekonomi, seni beladiri, persatuan penduduk dan berbagai lagi. Malah ada yang berteraskan undang- undang dan cuba menjadi tangan ketiga dalam menasihati dan menjalankan tugas hakiki penguatkuasa undang - undang di malaysia. Sehinggakan sesuatu siasatan oleh pihak berkuasa terganggu disebabkan campurtangan pihak2 pertubuhan dan persatuan ini. Sedia maklum persatuan pengakap yg telah ditubuhkan sejak dari tahun 1908 dengan keahlian 48, 394 yang menjadi persatuan paling relevan dgn kemandirian diri dan persatuan bulan sabit merah malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1948 yang ironinya berteraskan penyelamatan nyawa. Kedua-dua persatuan ini tidak pernah menggangu tugas penguatkuasa dan antara persatuan yang menjadi pilihan pelajar2 di sekolah.

Setiap belia ada pertubuhannya sendiri. Setiap sekolah juga ada berbagai persatuan. Tidak terkecuali golongan-golongan profesional dan cendekiawan. Malah setiap kenderaan berjenama diatas jalanraya ada persatuannya sendiri. Sehinggakan persatuan penduduk juga didaftarkan selain rukun tetangga dengan matlamat untuk menjaga keselamatan penduduk setempat.

Dimanakah halatuju sebenar pertubuhan dan persatuan ini. Sekadar hangat ditahun pertama dan senyap bila masuk tahun kedua dengan alasan ramai ahli yang senyap dan tidak aktif dalam mengikut aktiviti persatuan. Ada yang terus berkubur disebabkan kekurangan dana. Tidak dapat menjalankan aktiviti disebabkan setiap aktiviti memerlukan dana untuk menarik kejayaan sesuatu program. Kerajaan juga tidak ketinggalan dalam menyokong NGO / pertubuhan dengan memberikan peruntukan. Malah program pertubuhan dibawah dana 1M4U juga disediakan. Buat kertas kerja dan peruntukan diberi jika berjaya.

Kredibiliti kejayaan sesebuah pertubuhan dianggap berjaya melalui bilangan ahlinya.tetapi adakah program yang dianjurkan berjaya didalam membentuk jatidiri dan kecemerlangan peribadi ahli tersebut. Seringkali ahli jawatankuasa sesuatu persatuan ditanya oleh bakal ahli soalan-soalan seperti apa yang persatuan boleh beri jika mendaftar sebagai ahli. Adakah dapat pelekat kereta. Dapat kemeja atau dapatkah persatuan menjaga kebajikan ahli. Soalan-soalan yang seringkali diutarakan dan berbagai jawapan diberikan oleh ajk tersebut.

Budaya berpersatuan sangat baik sebenarnya untuk meningkatkan jatidiri, siasah diri dan sebagai medium untuk bersahabat.

Pertubuhan dan persatuan yang bagus mempunyai undang-undang dan module yang perlu diikuti ahli ahlinya. Setiap pertubuhan pula akan cuba menerapkan nilai-nilai murni untuk ahli dan terpulang untuk ahli mengikuti dalam kehidupan seharian.

Pentingnya persatuan atau pertubuhan jangan sampai menggangu tugas-tugas penguatkuasa. Sesuai dengan maksud pertubuhan bukan kerajaan adalah mendidik ahli supaya patuh dengan perlembagaan dan rukun negara malaysia. Sosial media setiap pertubuhan sepatutnya digunakan untuk nenerbitkan perkara- perkara postif dan mengajar masyarakat tentang hidup yang berperaturan. Elakkan emosi menguasai diri semasa menulis bagi pihak persatuan didalam sosial media dan media elektronik. Jadilah persatuan yang sentiasa memberikan idea yang bernas untuk kerajaan menilai melalui morandum dan petisyen yang dihantar.

Bagi masyarakat pula nilailah sebuah persatuan tersebut sebelum menyertainya. Jangan sampai anda dipergunakan untuk tujuan tertentu dan menjadi tekanan jika tidak dapat berbuat perkara yang diminta oleh pihak persatuan. Nilailah sebuah persatuan itu melalui pemeriksaan latarbelakang ahli jawatan kuasanya dan apa aktivitinya. Yuran yang dibayar untuk menyertai persatuan tersebut mestilah diginakan secara bermanfaat dan bukan untuk agenda peribadi. Sentiasa meminta resit untuk pendaftaran dan pembaharuan keahlian.dan kadangkala jangan tanya apa yang persatuan boleh beri pada anda tetapi apa yang anda boleh sumbangkan untuk masyarakat sebagai ahli.

Selamat berpersatuan. Bahagikan masa antara kerja, persatuan dan keluarga. Utamakan mana yang perlu dahulu. Dan paling penting. Berpersatuan mendidik kita kearah kebaikan bukan menjadi sebaliknya. Fikirkan.

No comments: