Video: Singh BMS 7 Pembuli Jalan Raya Buli Pelancong Asing dan Buli Warga Emas





Video kes buli jalanan tersebar sejak semalam di media sosial melibatkan sebuah kereta SUV berwarna putih, nombor pendaftaran BMS 7 dalam dua kejadian berasingan.

Video pertama dapat dilihat pemandu SUV tersebut sengaja menghalang sebuah kereta yang dipandu oleh sebuah keluarga warga asing di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Manakala sebuah video terbaru pula suspek dilihat bergaduh dengan seorang warga emas dan melanggar kenderaan warga emas tersebut sebelum melarikan diri.

Dari siasatan pengguna media sosial suspek memiliki sembilan saman trafik dengan pelbagai kesalahan jalan raya.

Netizen mengharap Jabatan Pengangkutan Jalan (PJP) perlu membatalkan lesen memandu pemilik kereta BMS 7 supaya tiada orang lain menjadi mangsa.

No comments: