250 orang kanak-kanak mati setiap hari, KP1M & MAPIM lancar tabung khas Rayuan Kecemasan Somalia





Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bersama Majlis Perudingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) meneruskan misi kemanusiaan ke Somalia yang kini berhadapan dengan krisis kemarau dengan lebih 6 juta penduduknya terlibat kebuluran selain Yaman dan Nigeria.

Rombongan delegasi Somalia diketuai Timbalan Perdana Menterinya, Mohamed Omar Arte merayu bantuan kerajaan Malaysia membantu negaranya yang berdepan situasi yang amat membimbangkan.

Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Somalia telah berhadapan kemarau sudah hampir empat tahun dan kini mereka sangat menderita dimana kadar kematian kanak-kanak sahaja mencecah 250 orang setiap hari.

Dengan itu, Tabung Rayuan Kecemasan Somalia atau “Somalia Emergency Appeal Fund” dilancarkan oleh KP1M bersama MAPIM disokong oleh badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dan “Somalia National Drougt Committee” bagi membantu meringankan beban Somalia.

Tabung ini turut mendapat sokongan penuh Perdana Menteri Malaysia, datuk Seri Najib Razak yang menyalurkan sumbangan permulaan sebanyak USD100,00 melalui KP1M kepada tabung khas itu yang dikelolakan, diurus dan dipantau kedutaan Somalia di Malaysia.

Penyerahan cek oleh Presiden KP1M kepada Timbalan Perdana Menteri Somalia sebentar tadi disaksikan oleh Menteri Kominukasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Media Prima Berhad bertindak sebagai media rasmi bagi kempen kutipan dana tersebut dan kepada orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyumbang kepada akaun “Somalia Emergency Appeal Fund (Tabung Rayuan Kecemasan Somalia)” di nombor akaun Maybank : 5640-5253-1232.

Turut hadir dalam majlis penyerahan pelancaran adalah Presiden MAPIM - Azmi Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP – Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan BH - Datuk Mahfar Ali dan Duta Somalia ke Malaysia – Abukar Abdi Osman.

No comments: