Misi 'Food Flotila For Myanmar' Ditunda dan Dijangka Belayar Selewat-Lewatnya 31 Januari


Misi 'Food Flotila For Myanmar' bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya di wilayah Rahkhine yang dijangkan belayar 10 Januari ditunda kepada selewat-lewatnya pada 31 Januari ini.

Berita itu disampaikan sendiri oleh Ketua misi merangkap Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, penangguhan misi bantuan kemanusiaan itu yang sepatutnya berlepas Selasa depan dibuat kerana masih belum mendapat kelulusan dari Kerajaan Myanmar.

Azeez yang amat berharap kerajaan Myanmar akan memberi kelulusan supaya pelayaran boleg diteruskan pada tarikh baru yang ditetapkan.

Namun katanya, jika pihak Myanmar berkeras tidak memberi kebenaran maka misi akan tetap diteruskan dan misi akan berlayar terus ke Teknaf, Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya di sana dengan kerjasama International Organisation for Migration (IOM).

Kata Azeez lagi, jika misi dapat wilayah konflik dapatlah bantuan itu disalurkan kepada mangsa yang terjejas termasuk orang bukan Islam yang ada disana. Ini kerana bantuan yang dibawa adalah atas misi kemanusiaan, bukan kerana agama semata-mata. Jika tidak boleh masuk juga maka bantuan akan disalurkan kepada pelarian yang sudah a/da di Teknaf yang puratanya orang Islam.

PENYERTAAN DAN MAKLUMAT MISI

Misi yang dianjurkan KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) ini akan disertai oleh 235 aktivis, sukarelawan, doktor, ahli politik dan tokoh agama daripada 14 negara termasuk Turki termasuk rakan media dari dalam dan luar negara.

Selain itu, misi ini turut disokong badan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan antarabangsa bagi mengecam penindasan berterusan yang dibuat ke atas etnik Rohingya.

Flotilla itu dijangka akan membawa 1,000 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan dan dijadualkan belayar selama tujuh hari bagi pelayaran dari Pelabuhan Klang ke Sittwe, Myanmar.

Sementara itu, Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tujuan misi ini diadakan adalah untuk meringankan masalah etnik Rohingya dan tidak timbul isu untuk 'cari masalah'.

Kita datang untuk ringankan masalah. Bukan nak cari masalah. Kalau mereka (kerajaan Myanmar) masih curiga, kita akan mencari alternatif lain, pergi ke Bangladesh, tolong pelarian Rohingya di sana.

Oleh sebab itu sukarelawan yang menyertai misi ini diharap dapat berkhidmat di mana sahaja kerana tujuan misi itu sendiri adalah untuk membantu dan memberikan sokongan.

GAMBAR SEMASA SIDANG MEDIA 
































#FoodFlotillaForMyanmar #SaveRohingya #Rohingya #KP1M #MAPIM

No comments: