DERMA Melalui MAPIM
Akaun Bank Islam - 14283010000572.
Tabung Rohingya dilancar : Usaha sama Utusan, Tabung Haji, KP1M - Kutipan derma sehingga April 2017
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Menyedari keperitan dan kesengsaraan dialami oleh komuniti minoriti Islam Rohingya yang sedang berhadapan dengan ancaman penghapusan etnik di wilayah Rakhine, Myanmar, Kumpulan Utusan bersama-sama Tabung Haji dan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) tampil menghulurkan bantuan.
Inisatif yang diambil adalah menerusi penubuhan Tabung Rohingya Utusan-Tabung Haji bertujuan mengutip dana bagi membantu sedaya mampu, khususnya daripada aspek bekalan makanan dan kelengkapan untuk etnik berkenaan.
Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tabung tersebut akan memulakan usaha mengutip dana bantuan bermula hari ini sehingga 1 April tahun depan.
Katanya, tabung tersebut akan diurus oleh Yayasan Kumpulan Utusan, manakala Tabung Haji yang mempunyai hampir sembilan juta pendeposit akan berperanan sebagai penyumbang sementara KP1M pula bertanggungjawab daripada aspek penyampaian dan penyerahan.
“Pada pelancaran pada hari ini, kami sudah berjaya mengutip dana berjumlah RM400,000 dengan RM200,000 dalam bentuk tunai yang disumbangkan oleh rakan korporat Tabung Haji manakala RM200,000 lagi adalah daripada Jakel iaitu barangan seperti al-Quran, kain kafan, sejadah, kain pelikat dan sebagainya.
“Sumbangan ini kita akan sampaikan kepada etnik Rohingya yang sedang merana di Myanmar, kalau boleh kita mahu hantar wakil serahkan sendiri. Proses ini akan dilaksanakan oleh KP1M secara berperingkat-peringkat,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Tabung Rohingya Utusan-Tabung Haji di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.
Mengulas lanjut, Abdul Azeez memberitahu, berbekalkan pengalaman dimiliki oleh KP1M ketika misi bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya pada 2012 lalu, mereka yakin bahawa usaha kali ini dapat dijayakan.
Katanya, pasukan yang sama seramai 44 anggota meliputi 27 doktor perubatan daripada KP1M juga telah bersiap sedia untuk dikerahkan ke negara bergolak itu pada bila-bila masa untuk menyampaikan bantuan.
“Bantuan adalah secara berperingkat-peringat sepanjang tempoh kutipan tabung sehingga April tahun depan. Pasukan KP1M ini berpengalaman dan mereka tahu bagaimana keadaan di sana, bagaimana mahu beri bantuan kepada etnik Rohingya yang sedang merana.
“Bagaimanapun, kami akan mendapatkan nasihat Wisma Putra terlebih dahulu, tetapi yakin bahawa tiada masalah untuk menyerahkan dana bantuan yang bakal dikutip ini nanti kerana kami pernah melakukannya dulu,” jelas beliau.
No comments:
Post a Comment