KERAJAAN PH TERUSKAN PROGRAM PERMATA YANG DIILHAMKAN OLEH ROSMAH



Program Permata Negara (PERMATA) akan diteruskan oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“PERMATA merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak.


“Ini kita teruskan untuk kanak-kanak tingkatkan kemahiran mereka kerana matlamatnya adalah suci murni.

“Kalau apa yang baik, kita teruskan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.

Wan Azizah berkata, beliau dan Dr Mahathir berpandangan bahawa PERMATA lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak.

Beliau sebelum itu mengulas gesaan Rosmah agar kerajaan baru Pakatan Harapan akan meneruskan program berkenaan.


Pengumuman tersebut sekaligus membidas kenyataan Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Young Syefura Othman sebelum ini yang mendakwa program Permata Negara merupakan satu pembaziran yang amat jelas dengan peruntukan RM40 juta sedangkan ia bukan keperluan yang sangat mendesak.

“Permata Negara bergerak tanpa hala tuju yang jelas dalam memartabatkan pendidikan negara. Oleh itu, ia perlu dimansuhkan memandangkan ketika ini kita telah mempunyai Tadika Kemas dan Pra-Sekolah,” katanya.

Oleh itu, tindakan mengecam PERMATA yang diilhamkan oleh Rosmah adalah tindakan yang salah. PERMATA adalah kejayaan besar buat negara melahirkan bakat-bakat luar biasa yang dicungkil seawal usia kanak-kanak lagi.

Terima Kasih DS Rosmah mansor di atas kejayaan program tersebut

Iraq Lebih Aman Bersama Saddam, Tiada Senjata Pemusnah Dibangunkan - Penyiasat CIA


Mstar - Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 2:02 PM

NEW YORK: Individu pertama yang ditugaskan menyoal siasat Saddam Hussein selepas Presiden Iraq itu ditahan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2003, mengakui bahawa pemimpin tersebut tidak membangunkan senjata pemusnah seperti yang didakwa oleh Washington.

Malah bekas penganalisis Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Nixon turut mengakui bahawa rantau Arab akan lebih aman sekiranya Saddam tidak digulingkan oleh tentera penceroboh.

Nixon ditugaskan oleh kerajaan AS untuk menyiasat Saddam selepas pemimpin itu ditemukan bersembunyi dalam sebuah lubang pada Disember 2003.

Menurut Nixon, White House mahukan jawapan sama ada terdapat sebarang bukti menunjukkan Saddam membangunkan senjata pemusnah yang boleh mengancam keselamatan AS atau rantau Arab ketika itu.


Namun selepas menyoal Saddam dan penasihatnya, Nixon mendapati bahawa program nuklear Iraq sudah dihentikan beberapa tahun sebelum tentera AS bersama sekutunya menceroboh Iraq atas alasan mahu memusnahkan senjata tersebut.

"Pasukan siasatan saya dilabel sebagai gagal oleh kerajaan AS apabila memberitahu tentang kebenaran tersebut.

"Malah saya tidak dijemput untuk menjelaskan keputusan siasatan kepada Presiden ketika itu, George W Bush sehingga 2008, dua tahun selepas Saddam dihukum gantung," katanya kepada portal berita BBC.

Selain itu, Nixon mendedahkan bahawa beliau lebih sanggup menghabiskan masa bersama Saddam berbanding Bush yang lebih menyakitkan hati kerana enggan menerima keputusan siasatannya.

Malah katanya, Bush enggan menerima kenyataan dan penasihatnya hanya tahu menurut perintah.

"Saya fikirkan Presiden akan mendengar nasihat CIA tetapi sebenarnya tidak kerana politik sentiasa mengatasi perisikan," katanya.

Nixon juga mengakui beliau berasa malu dengan pergolakan yang berlaku di Iraq pada hari ini selepas kejatuhan Saddam.

Jelasnya, kerajaan AS yang dipimpin Bush tidak pernah fikirkan kesa yang bakal berlaku apabila menceroboh Iraq.

"Pergolakan turut menyebabkan kebangkitan militan Daesh dan rantau Arab mungkin lebih baik jika Saddam masih hidup," katanya.

NEGARA DEMOKRASI KUKU BESI




Negara apakah ini baru saja memerintah tak sampai seminggu sudah bermacam-macam kekejaman dilakukan. Rumah Najib diserbu digeledah hingga subuh dan kawan-kawan langsung tidak dibenarkan menemui Najib di rumahnya.
Najib sudah didakwa atau dikenakan tindakan tahanan rumah kah?
Bila Mahathir kembali inilah jadinya.

SAYA MENGGULINGKAN PATUNG SADDAM, KINI SAYA MAHU DIA KEMBALI.





Apakah kesan perang Iraq terhadap rakyat Iraq sendiri?

Seorang lelaki yang mendapati dirinya berada di tengah-tengah momen perang paling hebat - kejatuhan patung terkenal Saddam Hussein di pusat Baghdad - ialah Kadhim Sharif Hassan Al-Jabbouri.


Bercakap kepada BBC, dia berkata dia menyesal membantu menundukkan patung itu dan sebolehnya dia mahu Saddam kembali.

Saya tidak tahu samada posting saya ini akan dianggap sebagai menghasut atau percubaan untuk mencetuskan suasana tegang tetapi secara realitinya saya mahu mengaitkan dan mendidik sebilangan rakyat hari ini yang dilihat melampau dalam meraikan kemenangan PRU ke-14 baru-baru ini.

Saya lihat beberapa video dan gambar yang menunjukkan kebencian melampau seperti video di satu sekolah ketika menurunkan gambar Mantan Perdana Menteri Najib Razak dengan melemparkannya dan disambut sorakan oleh pelajar sekolah.

Keadaan itu dilihat sebagai suka-suka dan lawak untuk menghina mantan pemimpin sampai sedemikian rupa. Budaya ini bukan budaya kita rakyat Malaysia.

Jangan tanam kebencian dan berkelakuan seperti itu, Regim Saddam yang ditumbangkan lama dulu juga seakan begitu. Sampaikan tiada sedikitpun rasa simpati untuk menilai jasa beliau kepada rakyat. Saya tidak menyamakan tetapi jangan sampai nanti jadi begitu.

Juga jangan nanti menyesal seperti Kadhim Sharif Hassan Al-Jabbouri.

Sekadar untuk pendidikan dan ingatan buat semua. Jangan terlalu taksub dengan kejayaan hari ini kerana perjalanannya baru bermula....

Lihatlah video ini dan fikirkanlah. Sudah menang binalah negara.

BERSORAK TURUN DAN LEMPARKAN GAMBAR NAJIB DI SEKOLAH


MASYARAKAT YANG SAKIT (DI HARI GURU)

Saya menonton video sebuah sekolah (khabarnya, Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka) menurunkan gambar Perdana Menteri Malaysia Keenam, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, dengan cara melempar ke bawah di hadapan pelajar-pelajar sekolah yang kemudiannya bersorak gembira.

Maka saya tertanya-tanya apakah ini ajaran Islam dan budaya Melayu? Tidak adakah sedikit pun perasaan kasihan dan budi bahasa kepada seorang Perdana Menteri yang:


👉 Menaikkan gaji guru.

👉 Menghapuskan yuran sekolah.

👉 Membenarkan semua pelajar menggunakan perkhidmatan skim pinjaman buku teks.

👉 Meneruskan skim bantuan makanan tambahan. dan;

👉 Memberi bantuan persekolahan RM100 setahun untuk pelajar miskin.


Budaya apa yang sedang kita terapkan di sekolah-sekolah kita? Guru jenis apa yang berkelakuan demikian? Akhirnya, kerajaan jenis apa yang kita sedang gantikan ini?






RAKYAT MENUNGGU PEMBEBASAN ANWAR HARI NI



Selepas menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara atas kesalahan meliwat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir dibebaskan. Ini susulan Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara itu.

Anwar dan keluarganya, khususnya Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga adalah isterinya dan anak mereka, Nurul Izzah yang kini adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul, telah lama mendakwa pertuduhan itu bermotivasi politik.

Kekalahan mengejutkan BN pada pilihan raya umum minggu lalu menyaksikan kerajaan HARAPAN yang baru bergerak pantas untuk mendapatkan pengampunan buat Anwar dan melepaskannya dari penjara.

Anwar dijangka mengambil alih daripada perdana menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa dua tahun.

Namun yang peliknya sehingga hari ini kenyataan keluarga Anwar masih di takuk lama iaitu menyalahkan kerajaan yang menyumbat Anwar ke penjara. Jika benar apa yang dikatakan oleh keluiarga Anwar bagaimana manusia kejam yang menganiaya Anwar bebas memegang tampuk kepimpinan negara sekarang. Adakah Mahathir dibiarkan bebas hanya kerana gula-gula pembebasan Anwar yang diberikan?

Jika benar Anwar akan mengambil tempat Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi apa akan jadi kepada Mahathir dan kroninya...

‘KEUTAMAAN AGENDA REFORMASI, BUKAN JADIKAN ANWAR PM’


Keutamaan kerajaan baru yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah melaksanakan reformasi yang dijanjikan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Apa yang kita mahu ialah kerajaan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad berjalan dengan lancar, dapat membawa perubahan yang kami mahukan.

"Terutamanya agenda reformasi, itu yang akan kita utamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Pemulihan Cheras, di ibu negara hari ini.

Selain itu, ketika ditanya lanjut, Wan Azizah yang juga presiden PKR menjelaskan bahawa tidak akan keperluan melantik Anwar menjadi perdana menteri secara “terburu-buru”.

"Oh tidak (Anwar tidak akan jadi perdana menteri secara terburu-buru).

"Semua ini adalah sebahagian daripada apa yang kami rancangkan," katanya.

Dalam temubual bersama Straits Times Singapura, Pengerusi Majlis Penasihat Putrajaya Tun Daim Zainuddin berkata adalah "tidak bijak" untuk tergesa-gesa melantik Anwar yang merupakan ketua umum PKR sebagai perdana menteri.

Beliau berkata peralihan kuasa daripada Dr Mahathir seharusnya berlaku ketika "pertengahan" penggal.

Anwar dijangka dibebaskan daripada penjara esok.

Sebelum ini, Dr Mahathir telah berjanji untuk membenarkan Anwar menggantikannya selepas dua tahun.

'MUAFAKAT ITU BERKAT' TAK BOLEH DIUBAH - ISTANA JOHOR


Istana Johor menegaskan kepentingan slogan "Muafakat itu Berkat" yang termaktub di bawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan BN sebelum ini mengabungkan slogan berkenaan dalam slogan mereka sebagai "Muafakat Johor".

Bagaimanapun, Menteri Besar Johor yang baru dilantik Datuk Osman Sapian pada Sabtu lalu menyatakan rancangan untuk menukar slogan BN itu kepada "Harapan Johor".

Hari ini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli dalam kenyataan media menyatakan slogan "Muafakat Itu Berkat" akan dikekalkan.

Kenyataan itu tidak menyebutkan secara langsung kenyataan Osman Sabtu lalu.

"Seru “Muafakat Itu Berkat” diperkasa dan diabadikan dibawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor yang memperuntukan seru tersebut hendaklah selama-lamanya dipakai dan diperkekalkan dengan tiada ubah atau dipinda," katanya.

Kenyataan itu disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers dan dikongsi oleh Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Rahim turut menyentuh peranan Sultan Abu Bakar, bapa pemodenan Johor yang memperkenalkan pembaharuan meluas di negeri itu.

"Sistem pentadbiran moden ini, serta perpaduan rakyat yang kukuh amat disegani oleh British yang tidak dapat mencari helah untuk meletakkan Johor dibawah naungannya.

"Sultan Abu Bakar mencetuskan slogan “Muafakat Itu Berkat” sebagai dasar untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama erat rakyat.

"Slogan ini dimartabatkan sebagai seru bagi Darjah Kerabat Johor Yang amat Dihormati yang Baginda ilhamkan pada tahun 1885," katanya.

TERGESA-GESA SERAH KUASA KEPADA ANWAR TIDAK BIJAK, KATA DAIM


Pengerusi Majlis Penasihat Putrajaya Tun Daim Zainuddin berkata adalah "tidak bijak" untuk tergesa-gesa untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Beliau berkata peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya berlaku ketika "pertengahan" penggal.

"Jika kamu ingkari janji rakyat, mereka tidak lagi akan mempercayai kamu lagi," katanya dalam temu bual denganStraits Times Singapura.

Daim, kini menjadi tokoh penting dalam pentadbiran baru Mahathir, berkata beliau telah berjumpa dengan Anwar dan menyampaikan kata-kata berikut: "Kamu semua telah cuba banyak pilihan raya dan gagal. Sama ada kamu suka atau tidak, Mahathir berjaya."

Anwar dijangka akan dibebaskan dari penjara esok. Sehari sebelum hari mengundi, Anwar menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong Mahathir pada pilihan raya ke-14.

Sebelum ini, Mahathir berjanji untuk membenarkan Anwar menggantikannya selepas dua tahun.

UMNO BUKA KEAHLIAN KEPADA SEMUA KAUM KATA KETUA PEMUDA UMNO, KHARY JAMALUDDIN (KJ)


Umno perlu melihat semula struktur parti itu termasuk membuka keahlian kepada semua kaum, kata Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar susulan kekalahan teruk parti Melayu itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

"Kita perlu mempertimbangkan semua pilihan, apa model yang kita mahu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu, apakah DNA kita, apakah raison d'etre kita?

"Soalan-soalan ini perlu ditanya, kita tidak sepatutnya tetap dengan model yang kita pilih. Semuanya ada di atas meja," kata Khairy dalam temu bual dengan Channel News Asia.

Khairy mengakui Umno dan BN 'berkhayal dan terlalu mabuk' sehingga parti dan gabungan itu mengalami kekalahan teruk selepas enam dekad kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Meskipun mengakui kekalahan itu merupakan tanggungjawab bersama, anggota parlimen Rembau itu berkata BN dan Umno perlu menerima hakikat bahawa mereka telah "ditolak secara sistematik" oleh rakyat.

Menurut Khairy, BN sepatutnya bangkit semula selepas kehilangan majoriti dua pertiga pada tahun 2008 ketika pentadbiran bapa mertuanya yang juga bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, namun keadaan itu tidak berlaku.

"Mereka fikir kalau tukar ketua, segala-galanya akan selesai dengan sendiri. Kita tak boleh buat kesilapan yang sama sekali lagi. Ini bukan sekadar penolakan terhadap (Datuk Seri) Najib, tetapi juga penolakan terhadap Umno BN. Penolakan secara sistematik terhadap apa yang kita ada.

"Jika kita boleh terima itu, maka kita boleh mula membina semula parti ini," katanya.

Pada PRU14 lalu, Umno hanya memenangi 54 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Manakala parti sekutunya, MIC hanya memenangi dua kerusi parlimen dan MCA hanya memperoleh satu kerusi.

SUMBER --->>> https://www.malaysiakini.com/news/424968

MAHATHIR PULA JUAL NEGARA KEPADA TANAH BESAR CHINA


Sebagai permulaan kita dengar dulu tentangan Mahathir terhadap pelabur China;



Kenyataan itu dibuat sebleum pakatan Harapan menang dalam Pilihanraya Umum ke-14, namun setelah menang dan mengusaia kerjaan lain pula ceritanya.

Rakyat yang dimomokkan kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menjual negara Malaysia kepada China akibat pelaburan besar yang dibuat negara kuasa besar itu ke atas Malaysia.

Hari ini rakyat mahu kata apa pula dengan dasar basru Mahathir terhadap projek-projek dari negara China ini. Berikut kenyataan Mahathir;

Malaysia akan terus sokong inisiatif 'Belt and Road'

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai sokongannya terhadap inisiatif 'Belt and Road' China membantu mengulangi dasar pro-perniagaan kerajaan yang baharu dan meneruskan kesinambungan dalam mengukuhkan hubungan persahabatan antara China dan Malaysia.

Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC), Tan Yew Sing, berkata sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dr Mahathir menekankan mengenai keperluan mengkaji semula projek modal China di negara ini, terutama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menyebabkan pergolakan dalam kalangan syarikat China dan peningkatan tuduhan anti-China.


"Sebaik sahaja memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu, beliau menjelaskan kerajaan baharu akan mengkaji semula semua projek utama yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini termasuk projek syarikat China, namun tidak bermaksud akan menghentikan modal China," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Dr Mahathir mengumumkan secara terbuka mengenai sokongannya terhadap inisiatif 'Belt and Road' China dan pengumuman itu tepat pada masanya di mana ia membantu dalam menekankan dasar pro-perniagaan kerajaan baharu dan kesinambungan dalam mengukuhkan hubungan persahabatan dua hala.

"Kenyataan ini bukan sahaja memberi penjelasan mengenai situasi bagi syarikat tempatan malah menjadi berita baik bagi perusahaan China," katanya.

Yew Sing berkata, memandangkan kerajaan baharu itu tidak memiliki majoriti satu pihak, maka MCCC berharap amalan pentadbiran dan dasar rejim baru terbabit akan membentuk kerajaan yang cekap dengan pemerintahan yang adil serta bakal meningkatkan daya saing negara dan memberi manfaat kepada semua kaum.

"Kami berharap kerajaan baharu ini akan terus membangunkan aktiviti ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China," katanya.

Sebelum PRU-14, perwakilan MCCC yang diketuai Yew Sing membuat kunjungan hormat kepada Dr Mahathir di mana kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu berkaitan syarikat dan pendidikan China.

Pada mesyuarat itu, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak menentang syarikat China dan hubungan rapat yang diwujudkan dengan negara itu.

Sumber--->> https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/05/425216/malaysia-akan-terus-sokong-inisiatif-belt-and-road