Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain... apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.
 "Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan... Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan," ujarnya.

Maka dengan itu semakin meriahlah aktiviti dan pesta maksiat di dalam negara ini kerana ia bukan lagi urusan kerjaan mahupun pihak berkuasa agama yang mempunyai akta untuk menuduh dan mendakwa dalam perbicaraan terhadap individu atau pasangan yang disyaki bersalah.

Kerana apa semua ini berlaku tidak lain dan tidak bukan kerana usaha kerajaan mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) yang kononnya telah membantu dalam kempen menumbangkan kerajaan terdahulu.

Apakah yang dilakukan oleh menteri ini benar?

Apakah ulasan pihak alim ugama mengenai perkara ini?

Adakah selepas ini Malaysia akan menjadi negara bebas melakukan apa sahaja termasuk maksiat?

Apakah Allah akan menurunkan bencana untuk kita rakyat Malaysia kerana dasar kerajaan Pakatan harapan (PH) pimpinan Dr. Mahathir Muhamad ini?

Sama-sama kita nantikan bala Allah.