BREAKING NEWS

30 January 2017

Kekuatan Islam Perlu Dipertahankan, PAS Sasar Tawan Empat Negeri


ALOR SETAR - Pas perlu mengukuhkan kedudukan dengan mempertahankan Kelantan selain kembali  memerintah Terengganu dan Kedah, termasuk menerajui Selangor serta memperoleh sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun sukar  beroleh majoriti 112 kerusi namun Pas berasa bertanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah negara ini.

“Jika kita berjaya, baharulah Umno tidak angkuh atau sombong seperti dahulu, selain membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara,” katanya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, kelmarin.

Menurutnya, ketika itu Pas menjalin tahaluf siyasi bersama pembangkang hampir menumbangkan BN apabila memenangi 89 kerusi parlimen.  Pas  21 kerusi, PKR (30) dan DAP (38).

Katanya, wujud keadaan tidak seimbang dalam kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan Pas melakukan muraja’ah semula terhadap tahaluf siyasi.

“Mungkin ada yang tidak menyedari kedudukan 89 kerusi pembangkang itu. Ini perlu difahami,  daripada 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan untuk lakukan undi tidak percaya untuk ubah kerajaan,” katanya.

Menurutnya, dengan menambah 30 kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan sekali gus membentuk kerajaan baharu  dengan kedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.

“Pas bukan bersikap perkauman namun realiti di negara ini yang harus kita akur, Islam merangkumi 65 peratus, Cina (25 peratus) dan India serta lain-lain (10 peratus), ia Siyasah Syar’iyyah yang perlu difahami,” katanya.

Abdul Hadi berkata, adakah wajar bagi kerajaan diperintah oleh Islam dengan 39 kerusi, di mana kerusi bukan Islam memiliki jumlah yang lebih besar?

“Ini tidak tepat, asas bangunan apa yang kita mahu letak di atasnya? Mereka yang tidak faham itu menubuhkan Amanah, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukannya tanpa mempedulikan Islam,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Mahathir pernah melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya semata-mata mahu menyingkirkan Pas, apabila menjadikan jumlah pengundi mencecah 120,000 dalam satu parlimen di Kedah, Terengganu, Kelantan dan utara Perak, berbanding di Johor sekitar 20,000 sahaja.

Mengenai pindaan Akta 355, Abdul Hadi berkata, pindaan pindaan adalah untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Katanya, isu melibatkan kepentingan umat Islam perlu diberikan lebih masa untuk difahami semua pihak.

28 January 2017

400 Tan Barangan Dihantar Ke Pelabuhan Klang


Misi "Food Flotilla For Myanmar" memasuki fasa akhir dengan sekurang-kurangnya 400 tan makanan dan pakaian mula dihantar ke Pelabuhan Klang sebentar tadi.

Ini termasuk 100 tan beras hasil sumbangan orang ramai kepada misi flotila kemanusiaan, yang dijangka belayar ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh, Jumaat depan.

Barangan itu adalah sebahagian daripada 1,600 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang akan disalurkan kepada kelompok terjejas dalam konflik di wilayah utara Rakhine, Myanmar.

Pengarah Operasi Flotila yang juga Timbalan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Farid Hassan berkata 40 lori digunakan untuk menghantar barangan itu dari Masjid Nurul Amin Kg Delek ke gudang di Pelabuhan Klang.

"Semua persiapan berjalan lancar. Kita bawa sekurang-kurangnya 600 tan beras daripada 1,600 tan bantuan keseluruhan," katanya.


Hadir sama Ketua Penerangan KP1M, Datuk Razali Ramli; Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Zulhanis Zainol; Timbalan Pengerusi Yayasan Amal, Jamuluddin Elias dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Halimah Ali.


25 January 2017

KRT Jalan Manggis Serah 1 Tan Beras Kepada Food Flotilla.


Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Manggis, Teluk Intan, menyerahkan sumbangan kepada Misi Food Flotilla For Myanmar di pusat pengumpulan flotila di Masjid Nurul Amin, Kg Delek Klang.

Sumbangan sejumlah satu tan beras itu diterima oleh Bendahari Kehormat Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim mewakili ketua misi flotilla.

Terdahulu KRT Jalan Manggis, Teluk Intan telah menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM13,023.14 untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima di Hutan Melintang yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid kepada wakil Media Prima Berhad yang juga wartawan TV3, Siti Khadijah Jaafar.

Abdul Mutalif berkata, Inilah pendekatan yang menampakkan rakyat Malaysia bersatu apabila berlaku sesuatu musibah di dalam negara atau dimana-mana negara tanpa mengira latarbelakang, faham politik dan kaum.

Kata beliau lagi, NGO bersama mereka berkumpul dan tampil ke hadapan bekerjasama mengumpul sumbangan untuk membantu food flotilla yang dijangka berlepas pada 3 Februari.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada UMNO Bahagian Kapar bersama Kariah Masjid dibantu oleh ADUN Selat Kelang, Dr Halimah Ali yang bersatu bersama penduduk bagi memastikan misi ini berjaya.

20 January 2017

Myanmar beri kelulusan Flotilla masuk Sittwe


PETALING JAYA - Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kerajaan Myanmar telah memberi kebenaran kepada misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' untuk memasuki Sittwe di wilayah Rakhine.

Katanya kapal flotilla akan berlabuh di pelabuhan di Yangon dahulu untuk memuatkan bantuan ke atas lori-lori untuk dibawa ke Sittwe melalui jalan darat yang akan mengambil masa dua hari.

"Wakil kerajaan Myanmar akan bersama-sama kita di Yangon. Kemudian kapal flotilla akan meneruskan perjalanan ke Sittwe melalui jalan air dan dijangka tiba di Sittwe dalam masa tiga ke empat hari.

"Kita akan berada di Sittwe selama dua hari untuk mengagihkan bantuan kepada masyarakat Rohingya di situ," katanya kepada wartawan selepas menutup kursus keselamatan Misi Flotilla ke Myanmar, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya hanya 100 orang sukarelawan sahaja yang dibenarkan untuk turun mengagihkan bantuan di Sittwe bagi kedua-dua hari tersebut.


Menurut Abdul Azeez, flotilla kemudiannya akan meneruskan pelayaran ke Teknaf, Bangladesh, dari Sittwe bagi memberikan bantuan kemanusiaan kepada kira-kira 150,000 pelarian Rohingya di situ.

Katanya misi itu telah mendapat kelulusan daripada kerajaan Bangladesh untuk flotilla berlabuh di Teknaf melalui maklumat yang disampaikan oleh pasukan peninjau KP1M di Bangladesh.

"Kita sekarang sedang menunggu kepulangan pasukan peninjau dari Myanmar dan Bangladesh untuk membawa surat kelulusan rasmi daripada kedua-dua kerajaan," tambahnya.

Misi 'Food Flotilla For Myanmar' dianjurkan oleh KP1M, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Turkiye Diyanet Vakfi ( TDV) dan dijangka belayar dari Pelabuhan Klang ke Myanmar pada 3 Feb depan.

Menggunakan Kapal Nautical Aliya, misi itu akan membawa 226 aktivis dan sukarelawan ASEAN dan antarabangsa serta 1,500 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada masyarakat yang terjejas di Rakhine, barat Myanmar. –Bernama

17 January 2017

DR. MAHATHIR, KERAJAAN KELANTAN, DAN BANJIR BESAR


Ramai yang mungkin terlepas dari melihat kemampuan dan pengalaman Tun M dan DS Najib Razak.
Kedua-dua daripada mereka mempunyai pengalaman mengemudi pilihan raya yang kritikal.
Tun M pernah kehilangan Sabah, Kelantan dan Terengganu dan berpengalaman merampas kembali Sabah bersama DS Anwar Ibrahim melalui pembentukan UMNO. (Terengganu dirampas semula oleh Pak Lah)
Kekalahan beliau di Kelantan menjadi warisan turun-temurun sehinggalah pada hari ini. Dendam Tun M kepada negeri Kelantan tidak pernah luput.
DS Najib Razak pula mewarisi 4 negeri yang kalah dan kemudiannya berjaya menawan kembali negeri Kedah.
Di sini kemahiran kedua-dua pemimpin tampak seperti sama, namun yang amat memahami bagaimana untuk menawan negeri daripada pembangkang di zaman media sosial adalah DS Najib Razak.
Tun Mahathir tidak mempunyai pengalaman berpolitik era media sosial.
Untuk PRU-14, sasaran pembangkang adalah untuk menawan negeri Johor Daruk Takzim. Dan kerana itulah negeri Johor menjadi tumpuan kepada gerakan pembangkang.
Satu kertas kajian telah dibentangkan setelah tamat PRU-13 dengan menyatakan Johor sebagai sasaran seterusnya oleh DAP.
Dengan Lim Kit Siang yang telah berjaya membina pangkalan baru di Gelang Patah, sebahagian besar parlimen pantai barat Johor dikuasai oleh pembangkang (DAP fokus parlimen di sepanjang lebuhraya PLUS), Zaid Ibrahim yang menawarkan diri untuk bertanding di Johor dan fokus Tun Mahathir sendiri yang banyak bermain dengan sentimen negeri tersebut, negeri Johor bakal menjadi medan pertempuran yang baharu.
Perlu diingatkan juga bahawa Presiden parti Tun M pun daripada negeri Johor.
Negeri Johor merupakan 'jewel in the crown' bagi UMNO dan Barisan Nasional dan sekiranya Johor jatuh ke pembangkang, maka ia merupakan satu tamparan yang hebat bagi UMNO dan anjakan moral yang tinggi bagi pembangkang.
PRU-14 masih milik Barisan Nasional, tetapi PRU-15 bakal menjadi pertempuran hidup-mati bagi semua parti politik di dalam negara kita.
Penulisan sahabat saya, saudara Isham Jalil menyingkap kembali sejarah Tun Mahathir di Kelantan dan memberikan ruang untuk kita mengkaji dengan lebih mendalam.

dari facebook @Raziz Rashid
----------------------------------------------
DR. MAHATHIR, KERAJAAN KELANTAN, DAN BANJIR BESAR
(Artikel terbitan Sinar Harian dan The New Straits Times, 16 & 17 Jan 2017)
"Pada tahun 1990, PAS telah mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada Barisan Nasional. Tiga tahun sebelumnya, Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan sengit dan pahit untuk jawatan Presiden UMNO. Tengku Razaleigh, yang masih segar dengan luka pertarungan, berjaya membalas dendam pada pilihan raya umum tahun 1990 apabila beliau dan parti yang baru ditubuhkannya iaitu Semangat ‘46 membantu PAS untuk mengalahkan Barisan Nasional seterusnya mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri. Dr. Mahathir telah kehilangan Kelantan kepada PAS dan Tengku Razaleigh, dan beliau berasa terkejut dan marah."
"Berikutan daripada itu, sepanjang tahun-tahun 1990-an di bawah pentadbiran Dr. Mahathir, peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk negeri Kelantan telah dipotong dengan ketara. Antara tahun 1991 dan 1995 di bawah Rancangan Malaysia Keenam, hanya kurang daripada satu peratus daripada RM116 bilion perbelanjaan pembangunan Persekutuan telah diperuntukkan kepada negeri Kelantan, iaitu peruntukan paling rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Amalan ini berterusan sehingga tahun 2003."
"Justeru, terdapat hanya sedikit aktiviti pembangunan di Kelantan pada tahun 1990-an. Lebuh raya, jalan raya dan empangan yang telah dirancang dan sepatutnya dibina telah dibatalkan. Akibatnya, pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan telah terbantut, dan peluang-peluang pekerjaan adalah terhad. Kesannya, telah berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk tempatan keluar dari negeri Kelantan dalam tempoh ini. Beratus-ratus ribu rakyat Kelantan terpaksa berhijrah keluar untuk mencari pekerjaan. Kini, dianggarkan bahawa setiap satu daripada tiga orang daripada 1.5 juta rakyat Kelantan tinggal dan bekerja di luar negeri tersebut. Jika Dr. Mahathir telah bertujuan untuk menghukum PAS dan Tengku Razaleigh, rakyat Kelantanlah sebenarnya yang telah menjadi mangsa."
"Kekurangan pertumbuhan ekonomi berikutan bantuan kewangan yang terhad daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 90-an telah menyebabkan kerajaan negeri Kelantan dan para pemimpinnya berusaha mencari jalan untuk menyelamatkan keadaan. Dan mereka telah menggunakan cara yang paling mudah dan paling cepat untuk menjana pendapatan dan mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri, iaitu dengan pembalakan."
Untuk artikel penuh, sila lawati:
Bahagian 1- Dr. Mahathir dan Kerajaan Kelantan:
http://www.sinarharian.com.my/…/banjir-berlaku-kerana-manus…
Bahagian 2- Pembersihan hutan penyebab banjir besar, dan apa yang perlu dilakukan:
http://www.sinarharian.com.my/…/ini-masa-manusia-tebus-sila…
(English version: The Kelantan Floodgate
Part 1: http://www.nst.com.my/news/2017/…/204542/kelantan-floodgate…

15 January 2017

BR1M diteruskan dan GST akan diganti dengan cukai lain jika pembangkang menang PRU-14


Jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan, kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pendirian terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini bahawa BR1M itu adalah 'rasuah'.

Namun, katanya pemberian bantuan itu akan dilakukan mengikut undang-undang yang lebih telus.

"Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan dijadikan bantuan 'statutory' yang ditentukan oleh undang-undang dan bajet biasa. Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya atau cara penyampaian.

"Wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto parti," katanya dalam ucapan pelancaran PPBM, malam ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan BR1M untuk meraih sokongan rakyat dalam PRU14 akan datang.

Malah Pengerusi PPBM itu turut mengingatkan rakyat di negara ini bahawa pemberian BR1M merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.

Kenyataan Dr Mahathir itu bagaimanapun tidak didokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau bertegas, bantuan BR1M itu adalah pertolongan daripada kerajaan yang perlu diterima rakyat marhaen.

Bagaimanapun, timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali tidak senada dengannya dan memihak kepada Dr Mahathir, bahawa BR1M itu adalah rasuah.

Selain itu, Tun M turut menawarkan untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan digantikan dengan cukai jualan yang dipersetujui rakyat jika berjaya menjadi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN).

BR1M akan diteruskan & GST diganti dengan cukai lain jika pembangkang menang PRU14 - Tun M


Kata mahathir, jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.

Katanya pemberian itu akan dilakukan mengikut undang-undang , Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian atau jumlah atau cara penyampaian, akan diagih oleh pegawai kerajaan dan macam-macam lagi alasan.

Perkataan paling mudah ialah BR1M diteruskan.

Selain itu, Mahathir turut menawarkan untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan digantikan dengan cukai jualan yang dipersetujui rakyat jika berjaya menjadi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN).

Mahu hapuskan GST kemudian gantikan dengan cukai lain kononnya yang dipersetujui rakyat bukankah itu disebut cukai juga, bermakna cukai tetap dikenakan keapda rakyat.

Kesimpulannya, Mahathir mahu teruskan BR1M yang dikatakan rasuah dan haram dan sebagainya dan pada masa yang sama mahu hapuskan cukai GST kemudian digantikan dengan cukai yang lain. 

Dua perkara yang disebut Mahathir pada pelancaran PPBM di Shah Alam malam ini adalah perkara yang telah dilaksanakan oleh BN untuk membela nasib rakyat dan memelihara ekonomi negara.

Itu beerti apa yang kerajaan BN buat adalah betul cuma Mahathir menambah tokok mengikut imiginasinya untuk menunjukkan kononnya dia lebih cerdik.

Tidakkan pengikut Mahathir di dalam stadium itu berasa malu dan bodoh apabila ketua mereka menyebut perkara yang diilhamkan Najib itu adalah jalan terbaik untuk memakmurkan negara.

Kasihan sungguh.

13 January 2017

Bertahun-tahun jadi YB baru sekali rakyat ketuk pintu rumah terus panggil wartawan bagitahu satu dunia.


Baru sekali orang mengetuk pintu rumah Yang Berhormat PAS di subuh hari beliau sudah sombong bongkak kononnya beliau seorang sajalah yang tahu membantu rakyat.

Cara beliau ini sangat menghina orang miskin. Barangkali benar susah orang itu kebetulan pula yang terfikir dikepalanya adalah rumah YB PAS maka dia pun meminta pertolongan.

YB yang bongkak itu pula dengan bangganya memberitahu satu dunia bahawa dia telahpun berjaya menolong seorang miskin yang mengetuk pintu rumahnya di subuh hari meminjam duit untuk membeli peralatan sekolah.

Islam PAS mengajar untuk YB menunjuk-nunjukkah? Mana nilai Islam yang diperjuangkan oleh Parti Islam PAS?

Kalau YB nak cerita pasal ketuk pitu minta bantuan rasanya tak cukup hebat dibandingkan dengan rakyat kurang berkemampuan yang beratur di Pejabat Parlimen atau ADUN BN tetapi malangnya tidak pula kita dengar ADUN dan Ahli Parlimen memanggil wartawan memberitahu bahawa rakyat miskin datang ke pejabatnya minta bantuan atau minta duit.

Itu kerana tugasnya adalah untuk menolong rakyat yang memilihnya sebagai pemimpin. Mereka laksanakan tugas semampu mungkin tanpa menunjuk-nunjuk.

Mungkin YB PAS tidak pernah jumpa orang susah minta bantuan sebab tidak pernah ambil tahu hingga terpaksa pula rakyat mengetuk pintu dirumah.


11 January 2017

Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan dekat Kuching.

Beliau yang berusia 72 meninggal dunia pada pukul 1.20 petang, demikian disahkan oleh anak saudara beliau.

Warga Nadi Rakyat melahirkan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah.

PM Dijangka Lepaskan Misi pelayaran Food Flotilla for Myanmar 3 Februari ini.


Gambar - BH online

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melepaskan misi pelayaran Food Flotilla for Myanmar di Pelabuhan Klang pada 3 Februari ini.


Misi tersebut membabitkan kapal Nautical Aliya dengan 200 aktivis dari lapan negara yang akan membawa 1,500 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke wilayah Rakhine.


Sebelum ini , misi tersebut yang dijangka berlepas pada 10 januari ditunda kepada tarikh 31 Januari setelah gagal mendapat kebenaran dari kerajaan Myanmar untuk berlabuh di Sittwe, Rakhine.

Ketua misi yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, buat masa ini, pihaknya masih menunggu kebenaran daripada kerajaan Myanmar.


“Misi flotila juga akan menghantar dua pasukan perintis ke Myanmar dan Bangladesh dalam masa terdekat untuk menguruskan urusan logistik dan persediaan awal.


“Kita masih menunggu kelulusan Myanmar tapi kami akan belayar pada 3 Februari ini,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat pengumpulan barangan misi flotila di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek Baru di sini, pagi tadi.


Yang turut hadir ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid dan wakil dari Turkiye Diyanet Vakfi (TDV), Taskin Bumin Ayranci.

Kesungguhan NGO yang diketuai KP1M dilihat mencari jalan yang terbaik untuk bantuan disampaikan terus kepada wilayah terjejas itu tanpa mahu menimbulkan ketegangan antara dua Negara.

07 January 2017

"Nautical Aliya" Bakal Jadi Kapal Utama Misi Kemanusiaan "Food Flotilla For Myanmar"


Kapal penginapan pekerja persisir pantai Nautical Aliya kini dalam pertimbangan akhir sebagai kapal misi kemanusiaan menghantar bantuan ke wilayah Rakhine, Myanmar.

Nautical Aliya dengan kapasiti 238 penumpang dan kelajuan 11.5 knot yang turut mempunyai "helipad" dan "kren" itu dijangka menjadi kapal utama misi kemanusiaan "Food Flotilla For Myanmar" gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan NGO antarabangsa.

Misi flotilla anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) akan membawa 1,000 tan makanan dan ubat-ubatan ke utara Rakhine Myanmar.

Ketua misi yang juga Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mengetuai jawatankuasa flotilla memeriksa kapal Nautical Aliya yang kini berlabuh di Kemaman, Terengganu.

Menyertai beliau dalam pemeriksaan peringkat akhir itu adalah Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pegawai Perhubungan Antarabangsa TDV, Taskin Bumin Ayranci.
"Jika tiada halangan, kapal ini akan bersama dalam misi flotilla ke Myanmar untuk membantu etnik Rohingya," kata Abdul Azeez.

Misi itu dijadualkan belayar ke Sittwe di Rakhine selewat-lewatnya 31 Januari depan dan jika tidak mendapat kelulusan Myanmar, akan belayar ke Teknaf, Bangladesh untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya.

Dianggarkan lebih 30,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dari Maungdaw, Buthidaung dan Rathidaung di Rakhine, Myanmar sejak 9 Oktober lalu selepas tentera Myanmar menjalankan operasi ketenteraan yang didakwa mencabuli hak asasi manusia.

GAMBAR KAPAL UTAMA MISI






06 January 2017

"Nautical Aliya" bakal jadi kapal utama misi kemanusiaan "Food Flotilla For Myanmar"


Kapal penginapan pekerja persisir pantai Nautical Aliya kini dalam pertimbangan akhir sebagai kapal misi kemanusiaan menghantar bantuan ke wilayah Rakhine, Myanmar.

Nautical Aliya dengan kapasiti 238 penumpang dan kelajuan 11.5 knot yang turut mempunyai "helipad" dan "kren" itu dijangka menjadi kapal utama misi kemanusiaan "Food Flotilla For Myanmar" gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan NGO antarabangsa.

Misi flotilla anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) akan membawa 1,000 tan makanan dan ubat-ubatan ke utara Rakhine Myanmar.

Ketua misi yang juga Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mengetuai jawatankuasa flotilla memeriksa kapal Nautical Aliya yang kini berlabuh di Kemaman, Terengganu.

Menyertai beliau dalam pemeriksaan peringkat akhir itu adalah Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pegawai Perhubungan Antarabangsa TDV, Taskin Bumin Ayranci.

"Jika tiada halangan, kapal ini akan bersama dalam misi flotilla ke Myanmar untuk membantu etnik Rohingya," kata Abdul Azeez.

Misi itu dijadualkan belayar ke Sittwe di Rakhine selewat-lewatnya 31 Januari depan dan jika tidak mendapat kelulusan Myanmar, akan belayar ke Teknaf, Bangladesh untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya.

Dianggarkan lebih 30,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dari Maungdaw, Buthidaung dan Rathidaung di Rakhine, Myanmar sejak 9 Oktober lalu selepas tentera Myanmar menjalankan operasi ketenteraan yang didakwa mencabuli hak asasi manusia.
















Misi 'Food Flotila For Myanmar' Ditunda dan Dijangka Belayar Selewat-Lewatnya 31 Januari


Misi 'Food Flotila For Myanmar' bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya di wilayah Rahkhine yang dijangkan belayar 10 Januari ditunda kepada selewat-lewatnya pada 31 Januari ini.

Berita itu disampaikan sendiri oleh Ketua misi merangkap Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, penangguhan misi bantuan kemanusiaan itu yang sepatutnya berlepas Selasa depan dibuat kerana masih belum mendapat kelulusan dari Kerajaan Myanmar.

Azeez yang amat berharap kerajaan Myanmar akan memberi kelulusan supaya pelayaran boleg diteruskan pada tarikh baru yang ditetapkan.

Namun katanya, jika pihak Myanmar berkeras tidak memberi kebenaran maka misi akan tetap diteruskan dan misi akan berlayar terus ke Teknaf, Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya di sana dengan kerjasama International Organisation for Migration (IOM).

Kata Azeez lagi, jika misi dapat wilayah konflik dapatlah bantuan itu disalurkan kepada mangsa yang terjejas termasuk orang bukan Islam yang ada disana. Ini kerana bantuan yang dibawa adalah atas misi kemanusiaan, bukan kerana agama semata-mata. Jika tidak boleh masuk juga maka bantuan akan disalurkan kepada pelarian yang sudah a/da di Teknaf yang puratanya orang Islam.

PENYERTAAN DAN MAKLUMAT MISI

Misi yang dianjurkan KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) ini akan disertai oleh 235 aktivis, sukarelawan, doktor, ahli politik dan tokoh agama daripada 14 negara termasuk Turki termasuk rakan media dari dalam dan luar negara.

Selain itu, misi ini turut disokong badan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan antarabangsa bagi mengecam penindasan berterusan yang dibuat ke atas etnik Rohingya.

Flotilla itu dijangka akan membawa 1,000 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan dan dijadualkan belayar selama tujuh hari bagi pelayaran dari Pelabuhan Klang ke Sittwe, Myanmar.

Sementara itu, Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tujuan misi ini diadakan adalah untuk meringankan masalah etnik Rohingya dan tidak timbul isu untuk 'cari masalah'.

Kita datang untuk ringankan masalah. Bukan nak cari masalah. Kalau mereka (kerajaan Myanmar) masih curiga, kita akan mencari alternatif lain, pergi ke Bangladesh, tolong pelarian Rohingya di sana.

Oleh sebab itu sukarelawan yang menyertai misi ini diharap dapat berkhidmat di mana sahaja kerana tujuan misi itu sendiri adalah untuk membantu dan memberikan sokongan.

GAMBAR SEMASA SIDANG MEDIA 
































#FoodFlotillaForMyanmar #SaveRohingya #Rohingya #KP1M #MAPIM
 
Back To Top
Copyright © 2014 Pena Dari Tanah Melayu. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates