"Nautical Aliya" Bakal Jadi Kapal Utama Misi Kemanusiaan "Food Flotilla For Myanmar"
Kapal penginapan pekerja persisir pantai Nautical Aliya kini dalam pertimbangan
akhir sebagai kapal misi kemanusiaan menghantar bantuan ke wilayah Rakhine,
Myanmar.
Nautical Aliya dengan kapasiti 238 penumpang dan kelajuan 11.5 knot yang turut mempunyai "helipad" dan "kren" itu dijangka menjadi kapal utama misi kemanusiaan "Food Flotilla For Myanmar" gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan NGO antarabangsa.
Misi flotilla anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) akan membawa 1,000 tan makanan dan ubat-ubatan ke utara Rakhine Myanmar.

Menyertai beliau dalam pemeriksaan peringkat akhir itu adalah Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pegawai Perhubungan Antarabangsa TDV, Taskin Bumin Ayranci.
"Jika tiada halangan, kapal ini akan
bersama dalam misi flotilla ke Myanmar untuk membantu etnik Rohingya,"
kata Abdul Azeez.
Misi itu dijadualkan belayar ke Sittwe di Rakhine selewat-lewatnya 31 Januari depan dan jika tidak mendapat kelulusan Myanmar, akan belayar ke Teknaf, Bangladesh untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya.
Dianggarkan lebih 30,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dari Maungdaw, Buthidaung dan Rathidaung di Rakhine, Myanmar sejak 9 Oktober lalu selepas tentera Myanmar menjalankan operasi ketenteraan yang didakwa mencabuli hak asasi manusia.
GAMBAR KAPAL UTAMA MISI

No comments:
Post a Comment