400 Tan Barangan Dihantar Ke Pelabuhan Klang


Misi "Food Flotilla For Myanmar" memasuki fasa akhir dengan sekurang-kurangnya 400 tan makanan dan pakaian mula dihantar ke Pelabuhan Klang sebentar tadi.

Ini termasuk 100 tan beras hasil sumbangan orang ramai kepada misi flotila kemanusiaan, yang dijangka belayar ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh, Jumaat depan.

Barangan itu adalah sebahagian daripada 1,600 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang akan disalurkan kepada kelompok terjejas dalam konflik di wilayah utara Rakhine, Myanmar.

Pengarah Operasi Flotila yang juga Timbalan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Farid Hassan berkata 40 lori digunakan untuk menghantar barangan itu dari Masjid Nurul Amin Kg Delek ke gudang di Pelabuhan Klang.

"Semua persiapan berjalan lancar. Kita bawa sekurang-kurangnya 600 tan beras daripada 1,600 tan bantuan keseluruhan," katanya.


Hadir sama Ketua Penerangan KP1M, Datuk Razali Ramli; Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Zulhanis Zainol; Timbalan Pengerusi Yayasan Amal, Jamuluddin Elias dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Halimah Ali.


No comments: