BREAKING NEWS

28 May 2016

Budiman Zohdi Calon PRK Sungai Besar [#scs93 #prksgbesar]



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO pada majlis pengumuman calon BN dan pelancaran jentera pilihan raya kecil itu di Pusat Arahan BN di Sungai Panjang, di sini, malam ini.

Budiman, 44, adalah anak tempatan yang berasal dari Kampung Sungai Limau di sini, dan juga Setiausaha ADUN BN Selangor.

Beliau, yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkahwin dengan Norma Aida Abdullah dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur 16 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013, Budiman menang kerusi DUN Sungai Panjang selepas menewaskan Mohd Fadzin Taslimin daripada PAS dengan majoriti 2,183 undi.

DUN Sungai Panjang berada di bawah Parlimen Sungai Besar.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan pada 18 Jun ini dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Allahyarham Noriah mendapat 18,695 undi dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin yang memperoleh 18,296 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain. – 27 Mei, 2016.

#scs
#InilahBudiman
#PRKSgBesar
#PRKSungaiBesar




26 May 2016

MAJLIS MAKAN MALAM RAI PESERTA KURSUS LASAK MINDA SIRI II


Majlis makan malam di Aroma Ikan Bakar, Pantai Remis Jeram meraikan peserta Kursus Lasak Minda Siri 2 yang berjaya mengharungi latihan praktikal yang dibuat dalam simulasi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar.

Latihan praktikal tersebut dilakukan di dalam kawasan pilihan raya bertujuan memahami situasi dan melakar gerak kerja bagi mengikut kajian yang dibuat.

Pada majlis itu juga, Saudara Khairulna'im Abu Saman, Pengerusi Nadi Rakyat Negeri Selangor turut menyerahkan baju korporat baru kepada AJK Pusat Nadi Rakyat.

Terima kasih Presiden, Tuan Rafi Awg Kechik atas tajaan makanan.

20 May 2016

Mahathir heret rakyat benci Raja Melayu lawan Najib




Mengulas pendek kepada kenyataan Mahathir yang antaranya berkata;

“Tetapi seperti saya kata tadi, setakat ini saya tak dapat bertemu dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kemungkinan baginda juga berada dalam keadaan house arrest (tahanan rumah) ,” katanya ketika sesi jawab dalam sebuah dialog di Subang Jaya.

Mahathir dalam gerakan awalnya menjelaskan kepada Rakyat malaysia bahawa segala tindakan yang dibuat olehnya adalah bertujuan untuk menyelamatkan UMNO yang korup di bawah kepimpinan DS Najib, Perdana Menteri Malaysia.

Setiap hari menurut kumpulan yang menyembahnya kekuatan mahthir bertambah, mahathir mempunyai rangkaian dari seluruh dunia kini selain daripada bantuan dari musuh UMNO dari dalam negara untuk memastikan kepimpinan Najib menyembah bumi.

Serangan peribadi terhadap Najib dan Rosmah, 1MDB, Dana Politik 2.6 Billion dan banyak lagi serangan menemui jalan buntu.

Terbaru, Mahathir bersama penyembahnya dikatakan telah berjaya mengumpulkan lebih 1.4 juta tandatangan rakyat yang mahu Najib akur dan turun dari takhta kepimpinan yang ada sekarang namun kegagalannya menemui DYMM Yang Dipertuan Agong menjadi alasan pula kegagalannya pada kali ini.

Berbalik kepada kenyataan di atas yang dipetik dari artikel Portal Malaysiakini [KLIK SINI] Mahathir dilihat mula mengheret Institusi Raja dalam peperangannya dengan Najib.

Mahathir meminta simpati rakyat dengan berkata demikian dan memperlihatkan seolah-olah Raja ini dipengaruhi oleh Najib untuk tidak menemuinya sekaligus menanam kebencian rakyat terhadap Raja Melayu.

Apa mahathir mahu penyembahnya memberontak terhadap Raja pula pada kali ini?

Mengapa Mahathir begitu bersunguh-sungguh mahu najib turun segera sedangkan Pilihan Raya Umum tidak lama saja lagi akan berlaku?

Pegundi di Sungai Besar wajib tahu perkara ini dan segala undi yang diberikan kepada pembangkang adalah undi kepada Mahathir dan konspirasi yang dibawa olehnya.

16 May 2016

Mahathir Wajib Bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Ikrar Mahathir untuk mengalahkan calon BN PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebenarnya adalah baik untuk sistem demokrasi politik hari ini.
Dengan ketumbukan Tentera Penyembah Mahathir yang ada ditambah dengan bantuan pihak musuh UMNO beserta dengan sokongan rakyat jelata berjumlah lebih 1 juta dalam bentuk tandatangan seharusnya Mahathir dan Mukhriz bertanding di kedua-dua PRK ini adalah dialu-alukan.
Saya yakin dan pasti dengan kekuatan yang Mahathir ada ini bukan sahaja dapat mengalahkan BN nanti tetapi ia akan menjadi tanda aras penolakan pengundi terhadap BN di PRU 14 nanti.
Mahathir telah membuktikan keunggulan gerakan menumbangkan Najib di Sarawak dengan keputusan kalah besar Pakatan Pembangkang di tangan Adenan Satem. Hebat bukan.
Buktikannya di Sg Besar dan Kuala Kangsar! Ayuh Penyembah Mahathir!! Buktikan Tuhan kamu berkuasa!!

11 May 2016

“Dr Mahathir, anda yang cipta kebusukan dalam tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri”, kata Kit Siang



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan bahawa saya bukan seorang komunis, namun beliau menggelar saya sebagai seorang “autoritarian”.

Saya tidak pasti hendak berterimakasih atau tidak kepada Mahathir kerana membersihkan nama saya daripada tuduhan ‘komunis’ yang masih dilemparkan kepada saya oleh tentera siber UMNO bersama-sama pembohongan lain, termasuk sebagai dalang rusuhan kaum13 Mei 1969.

Mahathir mungkin mahu membersihkan namanya sendiri, kerana tentu beliau akan dilihat amat bodoh kerana membiarkan seorang ‘komunis’ bergerak bebas di Parlimen selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 15 tahun sebagai Menteri Dalam Negeri.

Jika saya seorang ‘komunis’, maka bererti Mahathir telah gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak mengetahuinya.

Saya bagaimanapun tertarik dengan tuduhan beliau bahawa saya seorang “autoritarian” dan mahu anak saya, Guan Eng, menggantikan saya.

Saya tidak mahu menuduh Mahathir nyanyuk walaupun dia mampu berpura-pura nyanyuk atau berpura-pura terkena penyakit lupa, seperti yang dilakonkannya dengan baik ketika tampil di depan Suruhanjaya Siasatan Bebas berkenaan rakaman video Lingam. Beliau ketika itu teruk diserang lupa – perkara yang tidak lagi berulang setelah itu.

Menurut Mahathir, saya mahu Guan Eng menggantikan saya.

Apakah beliau merujuk kepada langkah Guan Eng mengikuti jejak langkah saya menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); seterusnya ‘menamatkan pengajian’ dengan mengisi Penjara Kajang selama 18 bulan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen; hilang hak sivil, termasuk hak mengundi dan ikut serta dalam pilihanraya sebagai calon selama lima tahun kerana mempertahankan hak-hak seorang gadis berusia 15 tahun dari Melaka?

Atau yang Mahathir maksudkan adalah langkah Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Perlukah saya ingatkan Mahathir bahawa saya tidak pernah menjadi ketua menteri Pulau Pinang?

Atau beliau memaksudkan langkah Guan Eng menjadi Setiausaha Agung DAP? Izinkan saya mengingatkan Mahathir bahawa saya berhenti menjadi Setiausaha Agung DAP pada tahun 1999 dan Guan Eng menjadi Setiausaha Agung pada tahun 2004.

Selain itu, Mahathir mungkin perlu diingatkan juga bahawa beliau bertanggungjawab atas penangkapan besar-besaran tanpa bicara di bawah ISA menerusi Operasi Lalang, pada Oktober 1987; bahawa beliau secara bersendirian telah memusnahkan kebebasan, kemandirian, dan profesionalisme jabatan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pilihanraya, agensi pencegahan rasuah dan perkhidmatan awam?

Apakah Mahathir juga perlu diingatkan bahawa di bawah pentadbirannya rasuah mula merebak di peringkat tinggi politik di Malaysia dan begitu juga salah-guna kuasa oleh pihak berkuasa?

Setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengejutkan dengan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghumbannya ke penjara buat kali ketiga pada hari Selasa, 10 Februari, Mahathir telah mencatat di blognya, memetik Hamlet, mengisytiharkan bahawa “something is rotten in Malaysia.”

Ya, ada benda sedang membusuk di Malaysia – seperti yang terlihat pada terhumbannya seorang patriot seperti Anwar Ibrahim ke penjara buat kali ketiga walaupun telah mengabadikan 47 tahun daripada usianya untuk memperjuangkan keadilan, kebebasan, maruah manusia dan perpaduan negara.

Jika Malaysia ditanya siapa pemimpin politik tertinggi di masa lalu dan sekarang yang sepatutnya menghabiskan masa selama lima tahun dalam penjara, orang akan menyebut nama-nama lain, bukan nama Anwar Ibrahim.

Ini menunjukkan adanya kebusukan di Malaysia, busuk dari reput yang bermula dalam tempoh 22 tahun Mahathir berkuasa, dan dimulakan oleh Mahathir sendiri!

Hari ini, Mahathir bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, tetapi bukan kerana beliau hendak menghilangkan kebusukan, atau untuk memulihkan kebebasan dan integriti kehakiman dan kedaulatan undang-undang; untuk mengakhiri campurtangan ke atas kebebasan dan profesionalisme institusi negara seperti perkhidmatan awam, polis, suruhanjaya pilihanraya atau agensi anti rasuah; membasmi rasuah yang bermaharajalela; atau memulihkan etika dan kejujuran dalam kehidupan awam; atau memulihkan sistem pendidikan; atau mengembalikan daya saing ekonomi Malaysia.

Mahathir mahu menjatuhkan Najib bukan untuk menghilangkan kebusukan yang dimulakan oleh Mahahtir sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri, untuk agenda peribadi beliau sendiri. – Roketkini.com


Jadi sekarang kita harus sokong Cina DAP sebab Mahathir sudah membersihkannya dan Kit Siang berjaya membuktikan Mahathir Bodoh.

Dicopy dan paste balik dari : http://www.roketkini.com/2015/02/12/dr-mahathir-anda-yang-cipta-kebusukan-dalam-tempoh-22-tahun-menjadi-perdana-menteri/

06 May 2016

Mayat Pertama Nahas Heli Adalah YB Dato' Hjh Noriah Kasnon


SEBUYAU - Mayat pertama nahas helikopter yang dipercayai terhempas di Batang Sadong dekat sini telah ditemui kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad mengesahkan mayat mangsa itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

"Mayat mangsa akan dibawa naik ke darat dari lokasi penemuan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sebuyau untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

 
Back To Top
Copyright © 2014 Pena Dari Tanah Melayu. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates