Pendaftaran BRIM 2017 dilanjut sehingga 13 Jan

Tempoh pendaftaran baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dilanjutkan sehingga 13 Januari depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://ebr1m.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.

Sebelum ini, kementerian itu menyatakan permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2017 dibuka mulai 5 Dis hingga esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, beliau mengumumkan pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. - BERNAMA

Salur bantuan ubat, keperluan asas ‘Food Flotilla for Myanmar’

Ipoh: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menyalurkan sumbangan orang ramai berjumlah hampir RM1 juta kepada pelarian Rohingya di Myanmar melalui misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ bermula 10 Januari depan.

Misi itu mendapat sokongan penuh Kelab Putera 1Malaysia berserta 40 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Presiden MAPIM, Zulkifly Ibrahim berkata, misi itu membawa makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan asas hasil sumbangan wang yang diperoleh menerusi kutipan di masjid dan surau di bawah seliaan pegawai tadbir agama daerah yang mewakili jabatan agama di setiap negeri.


Katanya, kapal membawa keperluan itu akan berlepas dari Pelabuhan Klang, Selangor ke perairan antarabangsa berdekatan Myanmar sebelum berlabuh di Teknaf, Bangladesh di sempadan Myanmar yang menjadi penempatan utama pelarian Islam dari Rohingya.

“Walaupun tidak dapat terus masuk ke kem pelarian, kita jangkakan rundingan antara pihak kami dengan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) yang diselia kerajaan Bangladesh selain mendapat naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) akan memudahkan agihan bantuan.

“Insya-Allah misi yang dijangka mengambil masa 17 hari berjalan lancar kerana (pemimpin Myanmar) Aung San Suu Kyi sendiri memberi jaminan untuk membuka ruang agar bantuan dapat disalurkan menerusi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Yangon, baru-baru ini,” katanya kepada pemberita pada majlis Sumbangan Solidariti Rohingya di sini, semalam.

Pada majlis itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin menyerahkan kutipan derma pihak masjid dan surau di Perak berjumlah RM150,892 kepadanya dengan disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Zulkifly berkata, seramai kira-kira 200 individu terdiri daripada ahli politik, pengamal media, pegawai perubatan dan wakil NGO antarabangsa akan turut menyertai misi berkenaan.

Mapim sedia lancar Flotilla Makanan untuk Rohingya


BANGI, 20 Rabiulawal 1438H, Selasa – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersiap sedia melancarkan Flotilla Makanan untuk Myanmar, seperti yang telah diumumkan sebelum ini.


Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan hari ini berkata, segala persiapan teknikal untuk menyegerakan persiapan kapal, partisipasi delegasi dan pengemblengan sokongan seluruh dunia akan digerakan.

“Situasi kebuluran dan pelarian tanpa perlindungan dan tempat tinggal kini sudah mencecah puluhan ribu dan keadaan akan menjadi lebih parah jika bantuan segera tidak diusahakan.

“Sehubungan itu, kami mengesa supaya misi Flotilla yang diusahakan ini tidak dihalang oleh kerajaan Myanmar.

“Kami juga mengesa agensi antarabangsa memastikan bantuan melalui Flotilla ini mendapat kemudahan yang secukupnya supaya bantuan dapat disalurkan dengan lancar,” katanya.

Misi Flotilla bertujuan membawa makanan, ubatan, khemah, peralatan dan pakaian untuk lebih 30,000 mangsa muslim Rohingya yang kini menjadi orang pelarian.

Flotilla yang diusahakan oleh Mapim bersama rangkaian badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa dijangka bergerak pada awal atau pertengahan Januari 2017.

Ia membabitkan penyertaan sekitar 200 orang dengan menggunakan dua buah kapal.

Dijangka pelayaran akan mengambil masa tiga hingga empat hari dari Pelabuhan Klang ke pengairan Myanmar melalui Laut Andaman dan Teluk Benggal.

Flotilla ini akan membawa 15,000 tan bantuan yang akan diserahkan kepada pos Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan membantu mengedarkannya. - ISMAWEB

Penganjur: Flotilla Rohingya diteruskan walau tanpa kebenaran Myanmar


KUALA LUMPUR: Penganjur misi flotilla ke Myanmar bagi membantu etnik Rohingya mendakwa sudah membuat permohonan untuk mendapat kebenaran memasuki negara itu melalui kedutaannya di negara ini, namun belum mendapat sebarang jawapan.

“Walaupun tidak menerima maklum balas, kami akan meneruskan pelayaran kerana kami percaya ini adalah misi kemanusiaan yang penting,” kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Zulhanis Zainol.

Pejabat presiden Myanmar bagaimanapun menafikan ia menerima permohonan itu dan berkata ia tidak akan menerima ketibaan flotilla yang tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu.

“Jika mereka mahu cari masalah, kami tidak akan terimanya.

“Tiada rakyat negara lain boleh memasuki perairan kami tanpa kebenaran kami. Jika mereka berbuat demikian, kami akan bertindak balas – kami tidak akan serang mereka, tetapi tidak akan terima mereka,” kata jurucakap pejabat presiden, Zaw Htay kepada Reuters.

Pada 29 November lalu, media melaporkan Mapim bersama 28 badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa akan menghantar 1,000 tan beras, bantuan perubatan dan keperluan lain kepada masyarakat Rohingya yang dizalimi tentera Myanmar.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abd Hamid dilaporkan berkata, misi Flotilla ke Myanmar bersama NGO dari 20 negara itu akan belayar pada 10 Januari tahun depan dengan disertai kira-kira 50 sukarelawan terdiri daripada pegawai perubatan dan aktivis kemanusiaan.

Awal bulan ini, Malaysia menggesa Asean menyelaras bantuan kemanusiaan dan menyiasat dakwaan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam Rohingya.

Malaysia dan Myanmar adalah antara 10 anggota Asean yang mengamalkan dasar tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain.

Dianggarkan 150,000 hingga 200,000 orang Rohingya yang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan lalu, tinggal di Malaysia.

Myanmar sebelum ini berkata, akses ke Rakhine akan dibuka untuk penghantaran bantuan kemanusiaan, tetapi ada masyarakat Rohingya tertentu yang dilarang mendapatkan bantuan atas alasan keselamatan. - FMT

Selepas Khairuddin, Ezam turut keluar PPBM?

Selepas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bertindak keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor dikatakan mengikut langkah yang sama.

Menurut laman web Free Malaysia Today, Mohamad Ezam telah memaklumkan keputusan berkenaan kepada Setiausaha Agung PPBM melalui satu surat.

Portal berkenaan yang memetik sumber berkata, Mohamad Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina Saadudin dilucutkan jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi.

“Sumber itu turut memberitahu FMT, lebih ramai aktivis PPBM yang telah menyertai parti serpihan UMNO tersebut akan mengikut jejak Mohamad Ezam dan Khairuddin.

“Sebab itu sehingga kini PPBM gagal menarik masuk ramai ahli baharu kerana parti berkenaan kelihatan seolah-olah milik eksklusif individu tanpa bersikap inklusif,” katanya sumber itu lagi. - UTUSAN ONLINE

Azmin letak jawatan Presiden FAS

Selepas dua tahun menyandang jawatan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dilantik selaku presiden menerusi keputusan sebulat suara oleh Jawatankuasa Eksekutif FAS dalam Kongres Luar Biasa pada Disember 2014.

Turut mengambil keputusan sama ialah Pengurus Pasukan Red Giants, Amirudin Shari

Beliau menerusi laman Facebook rasminya, mengumumkan keputusan itu kerana tidak berpuas hati dengan sikap barisan Exco FAS yang masih dengan sikap dan budaya lama yang terlalu bergantung kepada pemberian subsidi.

“Setelah dua tahun bersama FAS, kami tidak melihat kesediaan Exco FAS untuk mendukung perubahan dan masih kekal dengan sikap dan budaya lama - “excessive politics, old-fashioned way of doing things, over dependency on subsidy mentality”.

“Malah, sehingga kini, barisan Exco FAS gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bola sepak Negeri Selangor termasuk organisasi pentadbiran yang profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang 2018,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Yuran taska di Selangor naik antara RM10 ke RM50 tahun depan

Kadar yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Selangor bakal dinaikkan di antara RM10 hingga RM50 mulai Januari depan berikutan kos operasi yang semakin meningkat.

Pengerusi Persatuan Taska Negeri Selangor Mahanom Basri berkata, kali terakhir yuran taska di negeri ini dinaikkan adalah pada 2013 semasa kerajaan memperkenal perintah gaji minimum kepada pekerja.

Beliau berkata, pada masa ini, pengusaha taska bergelut dengan peningkatan kos operasi termasuk kenaikan tahunan kadar sewa premis, peningkatan harga barangan selain perlu mematuhi peraturan daripada aspek kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh agensi kerajaan.

"Untuk memenuhi semua peraturan ini, ia memerlukan kos contohnya pemasangan tangga keselamatan dan pemasangan sistem kamera litar tertutup yang memakan ribuan ringgit.

"Prosedur wajib yang dikenakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti kursus pensijilan bagi pendidik, selain nisbah pendidik dan kanak-kanak turut menjadi punca mengapa kadar yuran perlu dinaikkan pada tahun hadapan,"katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mahanom berkata, jika kadar yuran lama dikenakan, kemungkinan besar ramai pengusaha taska akan gulung tikar.

Difahamkan pada masa ini, kadar yuran taska yang dikenakan oleh anggota persatuan berkenaan adalah antara RM150 hingga RM650 bagi seorang kanak-kanak, bergantung kepada lokasi taska dan usia kanak-kanak berkenaan.

Terdapat 1,148 taska berdaftar di Selangor.

Mahanom berharap, kenaikan yuran berkenaan diterima baik oleh ibu bapa bagi memastikan taska-taska di negeri ini dapat beroperasi.

Food Flotilla to Myanmar cari alternatif lain

SHAH ALAM - Insititut Kerjasama Islam Antarabangsa (Ikiam) akan berusaha mencari jalan alternatif lain untuk menghulurkan bantuan buat warga Rohingya di Myanmar.

Pengarah Media Ikiam, Datuk Muhammed Metro berkata pihak mereka akan berusaha agar bantuan tersbut akan tiba di tangan warga Rohingya itu sendiri.

“Ini bukan pertama kali kami cuba memberi bantuan kepada warga Rohingya di Myanmar, oleh itu kal ini kami akan berikhtiar supaya bantuan kali ini akan betul-betul sampai ke tangan warga Rohingya itu sendiri.

“Setakat ini ada dua kawasan yang mungkin akan menjadi jalan untuk masuk ke kem pelarian itu iaitu melalui Bangladesh ataupun Acheh,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Semalam, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terus opitimis untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan Food Flotila to Myanmar walaupun sehingga kini masih belum menerima keizinan masuk daripada kerajaan Myanmar.

Sementara itu, tambah Mat lagi, Food Flotila to Myanmar dijangka membuat pelayaran pada 7 Januari ini.

Bantuan ini bertujuan membantu umat Islam Rohingya berbentuk makanan, perubatan, pakaian, peralatan memasak dan lain-lain keperluan asas.

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan agar misi bantuan ini berjaya supaya ia dapat membantu mereka di sana yang benar-benar memerlukan.

“Sebelum ini, segala bantuan yang diberi akan disekat oleh tentera di sana, oleh itu saya amat berharap agar misi kali ini berjaya.

“Di samping itu, kepada mereka yang ingin memberi bantuan dari segi barangan dan wang ringgit boleh hubungi pihak Ikiam,” katanya lagi.

Myanmar belum buka perairan untuk Food Flotila

PORT DICKSON - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terus opitimis untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan Food Flotila to Myanmar walaupun sehingga kini masih belum menerima keizinan masuk daripada kerajaan Myanmar.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keizinan untuk kapal misi masuk ke perairan Myanmar masih belum diperolehi oleh kerajaan negara itu tapi Mapim sedang berusaha keras ke arah itu termasuklah melakukan rundingan dengan Wisma Putra.

Menurutnya, walaupun begitu Mapim telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

"Kita masih ada masa dua minggu lagi sebelum pelayaran Food Flotila to Myanmar 7 Januari ini. Tapi jika Myanmar memang tidak memberi keizinan (masuk ke perairan Myanmar) kita akan alihkan pelayaran ke pelabuhan di Bangladesh dan masuk ke Myanmar melalui jalan darat.

"Terlebih dahulu kita akan usahakan untuk masuk juga melalui perairan Myanmar melalui rundingan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Telok Kemang Festival di Dataran Telok Kemang.

Hadir menyempurnakan majlis, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang merangkap Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Hadir sama Pengarah Program Telok Kemang Festival, Mohd Shahril Redzuan.

Mohd Azmi berkata, bantuan yang akan di bawa ke Myanmar melalui Food Flotila to Myanmar untuk membantu umat Islam Rohingya adalah berbentuk makanan, perubatan, pakaian, peralatan memasak dan lain-lain keperluan asas.

Dalam pada itu, Mapim juga terlibat dalam menjayakan Telok Kemang Festival yang berlangsung sejak Jumaat lalu hingga 1 Januari depan dan mempunyai slot khas bermula 28 Disember hingga 1 Januari dengan mengangkat topik, kerohanian, kemanusiaan dan keamanan. -SINAR HARIAN

Misi bantu Islam Rohingya : Kelab Putra 1Malaysia tunggu kebenaran Myanmar

Surat permohonan rasmi untuk membolehkan ­pe­nyaluran bantuan misi kemanusiaan Food Flotilla for Myanmar ke Pelabuhan Sittwe, Myanmar anjuran Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) telah dihantar kepada kerajaan Myanmar.


Bagaimanapun, Timbalan Pre­siden KP1M, Datuk Mohd. Farid Hassan berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Myanmar berhubung perkara berkenaan.

“Secara rasmi surat permohonan untuk menghantar bantuan ke pelabuhan Sitwee telah dihantar kepada kerajaan Myanmar tetapi tiada sebarang maklum balas diterima lagi.

“Jika kita tidak dibenarkan masuk melalui Myanmar, kita akan menghantar bantuan melalui Teknaf, Bangladesh sebagai langkah alternatif,” katanya dalam sidang akhbar di World of Motion di sini hari ini.

Misi Food Flotilla for Myanmar anjuran KP1M dan Majlis Perun­dingan Islam Malaysia (Mapim) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari 20 negara itu dijangka belayar pada 10 Januari 2017 bagi menyalurkan bantuan makanan dan kelengkapan asas kepada pelarian Rohingya.

Misi yang dijangka mengambil masa antara 10 hingga 14 hari itu disertai kira-kira 200 sukarelawan terdiri daripada pegawai perubatan dan aktivis kemanusiaan termasuk dari luar negara seperti Turki, Indonesia dan lain-lain.

Menurut Mohd. Farid, Wisma Putra juga sedang giat membantu untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Myanmar dan Bangladesh bagi tujuan penyaluran bantuan kemanusiaan itu.

Tambah beliau, pihaknya juga memohon bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mengiringi kapal yang membawa 1,000 tan bantuan kemanusiaan tersebut sepanjang berada di ­perairan antarabangsa.

“Kita sedar mengenai risiko sepanjang misi ini berlangsung dan permohonan kepada pihak TLDM telah dibuat. Kami masih menunggu maklum balas,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Farid berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai se­perti kain pelikat serta selimut untuk dihantar kepada etnik Rohingya. - UTUSAN

Mapim hantar misi bantuan ke Myanmar awal tahun depan

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersiap sedia melancarkan Flotilla Makanan untuk Myanmar, kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, segala persiapan teknikal untuk menyegerakan persiapan kapal, penyertaan delegasi dan pengemblengan sokongan seluruh dunia akan digerakkan.

“Situasi kebuluran dan pelarian tanpa perlindungan dan tempat tinggal kini sudah mencecah puluhan ribu dan keadaan akan menjadi lebih parah jika bantuan segera tidak diusahakan.

“Sehubungan itu, kami menggesa supaya misi Flotilla yang diusahakan ini tidak dihalang oleh kerajaan Myanmar.

“Kami juga mengesa agensi antarabangsa memastikan bantuan melalui Flotilla ini mendapat kemudahan yang secukupnya supaya bantuan dapat disalurkan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil daripada Retreat Menteri Luar Asean di Yangon Ahad lalu, kerajaan Myanmar akan membuka laluan untuk bantuan kemanusiaan dihantar kepada kawasan utara Rakhine tempat berlaku serangan ke atas etnik Rohingya Muslim berlaku sejak 9 Oktober yang lalu.

Misi Flotilla bertujuan membawa makanan, ubat-ubatan, khemah, peralatan dan pakaian untuk lebih 30,000 mangsa muslim Rohingya yang kini menjadi orang pelarian.

Flotilla yang diusahakan oleh Mapim bersama rangkaian badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa dijangka bergerak pada awal atau pertengahan Januari 2017.

Ia membabitkan penyertaan sekitar 200 orang dengan menggunakan dua buah kapal.

Dijangka pelayaran akan mengambil masa tiga hingga empat hari dari Pelabuhan Klang ke pengairan Myanmar melalui Laut Andaman dan Teluk Benggal.

Flotilla ini akan membawa 15,000 tan bantuan yang akan diserahkan kepada pos Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan membantu mengedarkannya.

Mapim telah memulakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang telah sempat melarikan diri merentasi sungai Naf untuk masuk ke Bangladesh pada 14 hingga 18 Disember lalu.

Maaf dengan niat mengejek DYMM YDP Agong


Mohd Faiz yang viral dengan status di laman Facebooknya menghina dan mengaibkan DYMM YDP Agong dengan kata-kata antaranya;

"Kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak saja jawatan Agong.." 

"Apa manfaat yg rakyat dapat dari keabidan Sultan Kelantan. Dia rajin solat, so whatt?? Rakyat dapat apa?"

Hari ini Mohd Faiz melalui akaun Facebooknya memohon maaf dengan kenyataan media yang berbahasa indah tetapi dalam kenyataan maafnya itu juga tidak kelihatan ikhlasnya untuk memohon maaf.

Mohd Faiz berkata dia terlanjur kata dalam menyampaikan buah fikiran di laman media sosial kononnya dihiasi dengan semangat anak muda yang inginkan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik.

Saya melihat tujuan Mohd Faiz tidak lebih untuk mendapat populariti segera, dengan sengaja menimbulkan isu yang amat sensitif dan mendatangkan kemarahan rakyat.

Apapun yang berlaku, tindakan tegas mesti diambil terhadap manusia tidak beradab ini!

Saya mahu melihat samada ANAK KELANTAN ADA TELOR ATAU TIDAK dalam isu penghinaan Sultan Kelantan,



Berikut adalah kenyataan maaf yang dibuat Mohd Faiz;

[Kenyataan Media]

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Ingin diakui keterlanjuran kata dan bahasa diri ini dalam menyampaikan buah fikiran saya didalam media sosial ini, dengan merujuk kepada posting fb yg sebelum ini tentang kuasa YDPA dan Institusi Majlis Raja-raja.

Saya merafak sembah dan memohon maaf kepada YDPA dan sekalian rakyat Malaysia atas kenyataan yang dilihat menyinggung. Posting itu dihiasi dengan semangat anak muda yang inginkan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik.

Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi Raja-Raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan melayu di Malaysia ini. Itulah yang dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini. Institusi Raja bukan sahaja Soleh Spiritual, malah Soleh Sosial (dengan maksud mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial). Negara unggul yang kita impikan tentunya Negara yang membahagiakan dan sekaligus membanggakan. Atas dasar itu lah, peranan YDPA dan Raja-Raja serta institusi islam lainnya dapat berfungsi dengan baik.

Dalam menyemangati hubungan Raja-Rakyat, haruslah kita meneladani janji antara Demang Lebar Daun (rakyat) dan Seri Teri Buana(raja) , berkenaan kesetiaan Melayu yang bersyarat dan bersyariat. Kata Demang Lebar Daun ,

"Seperkara lagi. perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu itu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan janganlah ia difadihatkan. dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh,tuanku; jangan tuanku aibi".

Demang lebar Daun memberikan taat setia kepada Seri Teri Buana, yang dibalasnya dengan ;

"Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya,jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga."

Inilah waad (perjanjian) taat-setia rakyat kepada Rajanya , bersendikan syariat. Pantang anak Melayu itu dinista dan dikeji tanpa sebab. Adapun pantang juga anak melayu itu dipuja melambung-lambung tanpa sebab. Kita tidak mahu nama Agong itu fungsinya dilihat secara literal pada namanya, Contohnya jika dia seorang guru, dia bukan hanya digurukan, malah bibapakan, dimurabbikan, dimentorkan. Kita tidak mahu nama Agong itu hanya tinggal di Agung agungkan, tanpa sebarang peranan yang besar.

Sebolehnya saya mahu mengelakkan salah faham yang berpanjangan atas posting saya yang sebelum ni. Dan mahu melihat negara ini bersama semua pemimpin dan rakyat terus hidup makmur semakmurnya dan sebahagianya.

Wallahualam

Mohd Faiz
17 Disember 2016




Kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak saja jawatan Agong.. - Mohd Faiz


"membahagiakan rakyat. Apa manfaat yg rakyat dapat dari keabidan Sultan Kelantan. Dia rajin solat, so whatt?? Rakyat dapat apa?
Ini menunjukkan soleh spiritual akan nampak tempang tanpa kehadiran soleh sosial. Dia bersungguh2 mengislah dirinya. Tapi tutup mata untuk islah sosial.
Bab2 jubah sugi celak serban kita menang. Bab2 rasuah menipu game rakyat pon kita menang.
Haha!"

Kemudian diikuti dengan status kedua di laman Facebooknya;

"Tidak ada yg salahnya dgn menjadi seorang Agong yg rajin beribadah. Cuma nak cakap, kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak saja jawatan Agong....jawatan Agong ada tanggungjawab horizontal, jawatan ahli ibadah ada tanggungjawab vertical...... itu saja, yg hangpa kafirkan aku ni dah kenapa......Tanggungjawab horizontal itulah yg Gus Mus kata Saleh Sosial....."

Apa salah DYMM YDP Agong lakukan hingga anak muda dari blok pembangkang ini mengarahkan Baginda YDP Agong meletakkan jawatan.

Mempertikaikan solat Baginda YDP Agong yang gemar berjemaah dengan pakaian yang santai tanpa protokol, yang dekat dengan rakyat seolah tidak ada perbezaan darjat dipersoalkan untuk apa?

Sultan Kelantan ini meletakkan ketepi segala darjat kebesaran dan hartanya "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" dengan rakyatnya untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Yang Satu tetapi kebaikan dan kesantunannya di hina oleh penyembah Tuhan Parti Pembangkang dalam negara ini.

Kelakuan ini amat mencabar Institusi Raja-Raja Melayu, mencabar Bangsa Melayu dan mencabar Anak kelahiran Kelantan!

Apa jua alasan dia menulis sedemikan tidak boleh diterima akal dan Anak Kelantan harus membuktikan bahawa lelaki yang memiliki Akaun Facebook bernama Mohd Faiz ini mesti diajar!

Diajar dengan secukup-cukupnya!

Jangan biarkan Polis ambil lelaki ini kerana ia bukan hak polis!

Dia hak Anak Kelantan!


DYMM YDP Agong, Sultan Kelantan, Ketua Agama dihina sebegitu rupa.



Alamat facebook: https://www.facebook.com/mohd.faiz.39545?fref=ts



Hina institusi Raja: Nadi Rakyat buat laporan polis terhadap Zahid Mat Arip


Mohamad Rafi menunjukkan laporan polis pada sidang media selepas membuat laporan polis terhadap Zahid Mat Arip di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia membuat satu laporan polis terhadap seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zahid Mat Arip selepas dikatakan menghina dan memperbodohkan institusi Raja-Raja Melayu.

Zahid sebelum ini didakwa muncul dalam sebuah video menghina secara terbuka dengan mengatakan bahawa institusi Raja-Raja Melayu kini dipengaruhi politik.

Video berdurasi 2 minit 12 saat itu menunjukkan Zahid menuduh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerima arahan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional agar membatalkan jemputan kepada penasihat PPBM, Tun Mahathir Mohamad bagi menghadiri majlis pertabalan Yang Di-Pertuan Agong.

Mohamad Rafi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.

Nadi Rakyat lapor polis, dakwa Mahathir hina Nabi Muhammad

Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, Mohamad Rafi Awg Kechik mendakwa perdana menteri keempat itu melakukan kesalahan bawah Seksyen 298 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Akta Hasutan 1948.

"Kenyataan Tun Dr Mahathir ini adalah bertujuan untuk mengelirukan serta menimbulkan perasaan resah dan kurang senang umat Islam serta masyarakat Malaysia seluruhnya.

"Kerana beliau telah cuba menyamakan pelantikan seorang manusia biasa melalui proses pilihan rakyat yang berlaku dengan ketentuan Allah SWT, dengan pelantikan seorang nabi dan rasul yang dibuat oleh Allah SWT sendiri," kata Mohamad Rafi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.

Mahathir dalam sidang media di kongres tahunan DAP pada Ahad berkata pemimpin Umno seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan nabi apabila merujuknya sebagai pilihan Allah.

Mahathir dilaporkan sebagai berkata mengulas Perhimpunan Agung Umno 2016 yang berlangsung di PWTC minggu lalu.

Mengulas lanjut Mohamad Rafi berkata kenyataan Mahathir itu juga jelas memperlekehkan dan menghina nabi.

Katanya, ia ekoran kenyataan Mahathir bahawa "Nabi pun tidak mempunyai 2.6 bilion dalam akaunnya".

"Perbuatan mengheret nama Baginda Rasulullah ke dalam kemelut politik dan isu yang masih sedang disiasat, bersifat memperlekeh dan menghina Nabi serta umat Islam di negara ini.

"Bahkan perbuatan-perbuatan yang dinyatakan di sini boleh menimbulkan kegelisahan serta rasa kurang senang rakyat Malaysia yang beragama Islam, yang amat sensitif terhadap perbuatan menyamakan seseorang dengan Tuhan mahupun Nabi," kata Mohamad Rafi.

Tambah Mohamad Rafi, meskipun Mahathir telah banyak berjasa dan menjadi negarawan itu untuk berpolitik di pentas mana sekalipun, ia harus berlandas undang-undang dan tidak melanggar syariat.

Sehubungan itu pihak polis digesa menyiasat dan mengambil tindakan ke atas Mahathir sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada.