Kejadian Pecah Kedai Mesin Judi Bukan Peras Ugut Atau Minta Wang Perlindungan. Ketua Polis Kuala Selangor Sila Jawab!




Paparan di atas adalah penafian kumpulan remaja yang dikatakan dengan sengaja memecahkan peralatan dalam kedai mesin judi bertujuan untuk memeras ugut meminta wang perlindungan.

Sungguh memalukan Jabatan Polis Diraja malaysia (PDRM) apabila seorang Ketua Balai Polis meletakkan kesalahan dan kegagalan mereka di atas usaha orang laian yang mahu jenayah itu dihentikan.

Apa yang ada di benak Ketua Polis ini? 

Perkara pertama, kenyataan yang dibuat itu adalah sama sekali tidak benar.

Perkara kedua yang mana lebih penting ialah apa yang diulas oleh Ketua Polis itu adalah premis judi mesin yang dibuka tanpa lesen atau permit selain ia adalah satu jenayah yang wajib dibenteras oleh Jabatan Polis.

Kenyataan media Ketua Polis ini bukan sahaja memalukan IPD Kuala Selangor tetapi meletakkan maruah PDRM yang selama ni disanjung dengan pencapaian yang sangat baik ke dalam longkang.

Dimana PDRM nak letak muka bila jenayah yang terang-terang berlaku ditutup dengan mudah menyalahkan orang lain yang kononnya mahu peras ugut, samun dan sebagainya.

Bagaimana dengan kedai judi yang terus terbuka siang dan malam tak kira bulan bintang?

Perkara ini harus disiasat dan jika ada ketirisan PDRM wajib membawa mereka ini ke muka pengadilan supaya tidak memalukan Jabatan Polis (PDRM)

Ketua Polis negara wajib ambil tangjungjawab atas kebodohan Pegawai-pegawainya!

SPRM juga sila ambil peranan!

‪#‎WarisanTaskForce‬

JMM dedah 50 lokasi panas judi haram seluruh negara


KUALA LUMPUR 22 Jun - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendedahkan kira-kira 50 kawasan di seluruh negara yang dibawah seliaan Ketua Balai Polis Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih mempunyai premis judi yang beroperasi secara terbuka.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, sehubungan itu, pihaknya telah mengemukakan laporan secara terperinci kepada pihak berkuasa integriti di bawah Jabatan Perdana Menteri berhubung aktiviti haram berkenaan di kawasan terbabit
"Kita melihat pihak berkuasa integriti amat memandang serius dan komited bagi membanteras kegiatan tersebut.
"Kami telah melaporkan premis yang masih beroperasi melibatkan kawasan di bawah seliaan 20 Ketua Balai Polis Daerah dan 30 PBT itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jelasnya, JMM melalui jawatankuasa khasnya telah mengumpul bukti berkaitan kewujudan premis judi terbabit yang sepatutnya diambil tindakan sewajarnya.
"Kami mempunyai bukti dan telah menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa integriti untuk tindakan lanjut," katanya.
Mengulas kenyataan Ketua Polis Darerah Kuala Selangor yang memaklumkan tindakan sekumpulan individu merosakkan mesin judi adalah untuk mendapatkan wang perlindungan, Azwanddin berkata, sekiranya benar kenyataan itu mengapa premis judi berkenaan dibiarkan beroperasi.
"Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak polis kerana sudah memulakan siasatan berkaitan kewujudan premis judi itu.
"Namun persoalannya, mengapa premis itu sudah lama dibiarkan beroperasi," ujarnya.
Tambahnya, diharapkan pihak polis turut mendedahkan siapa 'tauke' atau individu yang bertanggungjawab membuka premis judi terbabit.
"Kalau benar ada wujud premis judi, adalah lebih baik pihak polis memaklumkan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pengusaha premis berkenaan," katanya.
Azwanddin Hamzah
Presiden
Jaringan Melayu Malaysia

#WarisanTaskForce

MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA RAIKAN ANAK-ANAK YATIM & MEDIA #MSHARK


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia dan keberkatan, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Media di Puspanita Puri, Putrajaya.

Majlis tersebut yang julung kali diadakan melibatkan 40 orang anak-anak yatim dalam kawsan DUN Lanchang, Pahang dan wakil-wakil media massa dan media sosial.

Pendekatan yang diambil MTC merupakan satu inisiatif murni dalam memenuhi tuntutan syariat serta tanggungjawab sosial dalam membantu kerajaan menjaga kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) atau dahulunya dikenali sebagai  Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam membangunkan industri pelancongan negara.

MTC mempunyai ahli di seluruh negara yang merangkumi organisasi serta badan-badan profesional yang pakar dalam bidang pelancongan.

Selepas 30 tahun MTC mewarnai industri pelancongan negara kini pertubuhan itu mengorak langkah mempelbagaikan inisiatif memperkasakan pelancongan negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Presiden majlis Pelancongan Malaysia merangkap EXCO Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang dan Ahli Jawatankuasa Esekutif majlis Pelancongan Malaysia.

Dalam konteks pelancongan, majlis seumpama itu akan berupaya mengukuhkan ikatan perpaduan dan kesatuan khususnya dalam kalangan golongan yang kurang bernasib baik dan juga warga MTC.








Ibu dan Anak dipenjara 3 Tahun curi barang kosmetik.



JENAYAH TERANCANG DAN DIRANCANG.

"Seorang ibu dan tiga anak perempuannya serta seorang menantu perempuannya dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pagi tadi kerana mencuri barangan kosmetik pelbagai jenama bernilai RM2,171.50 di Bandar Tenggara."


Saya bukan mahu menegakkan penjenayah, apa yang dilakukan salah tetap salah tapi saya lihat keadilan di negara ini sudah tiada.


Ahlong dan Tauke judi adalah penjenayah yang terancang dan berniaga secara terang-terangan hingga ada yang buka perniagaan di depan Balai Polis. Apa tindakan Polis dan Pihak berkuasa tempatan untuk membawa penjenayah ini ke muka pengadilan?


Ibu dan anak itu merancang untuk mencuri tetapi Tauke judi dan Ahlong adalah terancang berserta dengan organisasi serta pelindung dari pihak berkuasa.


Mohon #Viral kan untuk kita desak kerajaan dan pihak berwajib menentang dan menghukum penjenayah Ahlong dan Judi.

**************

5 beranak dipenjara 3 tahun curi produk kosmetik

Seorang ibu dan tiga anak perempuannya serta seorang menantu perempuannya dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pagi tadi kerana mencuri barangan kosmetik pelbagai jenama bernilai RM2,171.50 di Bandar Tenggara, dekat sini minggu lalu.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kesemua tertuduh selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 19 hingga 57 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kedai kesihatan dan kecantikan di Jalan Anggerik 4/1, Taman Anggerik, Bandar Tenggara pukul 11.40 pagi, Jumaat lalu.

Kes didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama-sama Seksyen 34 akta yang sama. -Utusan


MAJLIS BERBUKA PUASA NADI RAKYAT HQ 2016


Majlis Berbuka Buasa Nadi Rakyat Hq 2016 bersama jawatankuasa kerja pusat diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Selepas itu diadakan mesyuarat 'Post Mortem' Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan media Nadi Rakyat yang turut berkampung dikedua-dua kawasan pilihan raya tersebut.




Kurang 24 Jam, BN Perlukan 'Magis' Untuk Menang [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Berbaki kurang 24 jam sebelum tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar berakhir, Barisan Nasional (BN) memerlukan 'magis' bagi memastikan sasaran parti untuk memancing majoriti undi lebih besar mampu dicapai esok.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik sasaran itu, namun beberapa pemimpin BN sewaktu berkempen di Sungai Besar melaungkan keyakinan parti untuk mencapai sasaran itu berbanding majoriti 399 undi yang diraih penyandang kerusi itu, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon pada Pilihan Raya Umum 2013.

Jika berdasarkan suhu kempen dan faktor calon, sasaran BN itu dilihat realistik, tetapi sejauh mana parti itu berada di kedudukan selamat, semuanya bergantung kepada pengundi Sungai Besar.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata satu daripada cara BN berada pada kedudukan selamat dan seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan ialah dengan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pengundi keluar mengundi.

Katanya sasaran itu dilihat tidak sukar dicapai kerana dijangkakan akan berlaku 'perubahan angin' dalam kalangan pengundi Cina di Sekinchan yang majoriti mereka sebelum ini menolak BN dalam pilihan raya umum lalu.

Menjelas lanjut, Azmi berkata perubahan angin itu antaranya didorong oleh isu pembebasan nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia selain kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menurutnya mengelirukan pengundi di kawasan itu.

"Jika peratusan keluar mengundi rendah maka harapan BN boleh bergantung kepada perubahan cita rasa pengundi Cina di Sekinchan, selain faktor menteri besar Selangor yang berbelah bahagi.

"Maka besar kemungkinan pengundi Pakatan Harapan juga keliru dan ini memberi manfaat kepada Barisan Nasional," katanya kepada Bernama, di sini.

Azmi mengakui peratusan keluar mengundi amat berkait rapat dengan jumlah majoriti undi, namun pengundi atas pagar turut memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah majoriti itu.

Selain itu, dengan liputan yang cukup meluas terhadap PRK ini, beliau menjangkakan ramai pengundi Sungai Besar yang tinggal di luar kawasan akan pulang mengundi esok.

"Sekali lagi media telah memberi liputan yang agak meluas dan jika dikaitkan dengan peratus yang keluar mengundi tinggi, maka ada harapan 18 Jun ini akan menjangkau lebih 85 peratus," katanya.

Bagi Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Fuad Mat Jali, beliau meletakkan bacaan undi majoriti yang mungkin diperoleh BN kali ini ialah sekitar 1,000 undi.

"Jumlah itu sebenarnya adalah sudah memadai memandangkan pelbagai isu semasa yang memberi sedikit tekanan kepada BN dalam pilihan raya ini," katanya.
Bagaimanapun katanya BN mungkin boleh mencapai majoriti undi yang lebih tinggi jika mereka benar-benar menggembleng jentera parti untuk turun padang secara menyeluruh selain membawa pulang pengundi yang tinggal di luar.

"Jika BN berjaya membawa pulang pengundi luar, mendapat 30 peratus undi atas pagar, mendapat undi 'swing' sekitar 30 peratus daripada pengundi Cina di Sekinchan dan semua pengundi di kawasan majoriti Melayu keluar mengundi barulah
BN boleh bercita-cita untuk dapat majoriti yang lebih tinggi," katanya.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi dengan calon PAS Dr Abdul Rani Othman dan calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur.

PRK itu diadakan berikutan kematian Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Penghambaan Moden Kerajaan PKR Selangor Tindas Nelayan [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Pagi tadi, kira-kira 100 nelayan Sungai Besar mengadakan demonstrasi aman membantah cadangan mengenai caj jeti pendaratan dan tambatan bot-bot nelayan di setiap pangkalan nelayan, di negeri Selangor.

Mereka mahu kerajaan PKR Selangor menarik balik cadangan yang tidak masuk akal dan dilihat sebagai satu jenis penghambaan moden dimana nelayan yang pendapatannya tidak menentu dipaksa membayar sejumlah wang yang mereka sendiri susah payah mencarinya.

Nelayan ini turun ke laut berjudi nasib dan nyawa untuk mencari nafkah bauat keluarga dan jumlah yang mereka dapat itu bergantung dengan faktor cuaca dan keadaan yang mereka tidak nampak.

Cuba bayangkan bagaimana nelayan ini turun ke laut untuk mencari ikan yang kita hanya tahu pilih dan bayar saja di pasar?

Mereka dihempas ombak, digigit panas matahari, kadangkala dipukul ribut yang membahayakan nyawa, dengan pendapatan yang belum tentu tetapi setibanya di jeti mereka dikenakan cukai untuk mereka menambat sampan dan bot mereka.

Bagaimana sebuah kerajaan boleh terfikir sebodoh ini!!

Jeti-jeti tempat mereka menambat sampan dan bot itu dibina oleh Kerajaan Persekutuan! Kerajaan BN!! dan ada diantaranya dibina dengan duit sendiri!!

Bagaimana boleh sebuah kerajaan celaka mengenakan cukai di atas usaha orang lain bagi membantu nelayan!!

Kerajaan seperti ini harus ditumbangkan dan pemimpinnya harus diludah bermai-ramai!!

Sampaikan kepada kawan-kawan nelayan di seluruh negeri ini bagaimana sikap kurang ajar dan bodohnya Kerajaan PKR Selangor ini menitik jerih perit rakyat!! menindas rakyat susah!!

Ingat!! hari ini nelayan tapi mungkin esok lusa petani dan buruh pula akan dikenakan cukai di negari ini!!

Esok hari terakhir! Lusa Undi BN!!

SAH NELAYAN AKAN DIKENAKAN CAJ PARKIR SAMPAN RM 600 [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Tindakan Kerajaan PKR Selangor yang mahu mengenakan cukai meletak sampan di jeti di pesisir pantai di negeri ini sebanyak RM600 setahun kepada golongan nelayan disifatkan sebagai satu tindakan rakus dan menghisap darah rakyat.

Persoalan timbul tentang tujuan sebenar Kerajaan PKR itu menindas golongan nelayan kerana sebelum ini jeti-jeti tersebut tidak pernah dikenakan sebarang bayaran oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas, Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib mengesahkan perkara tersebut dalam ceramahnya di hadapan penyokong PAS.

Beliau berkata, Caj tersebut hanya akan dikenakan ke atas pengerusan Jeti Nelayan sebanyak RM600 setahun dan jika dibahagikan keapda 12 bulan hanya RM50 sahaja caj yang akan dikenakan.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani banyak membantu nelayan seperti pemberian elaun bulanan, bantuan peralatan, enjin dan bot selain latihan kemahiran dan membina jeti demi untuk membela nasib mereka.

Pendek kata, Kerajaan Persekutuan keluarkan jutaan ringgit untuk membantu nelayan mengurangkan kos sara hidup dan keluar daripada kepompong kemiskinan tetapi kini setelah berkuasa, Kerajaan Selangor pula hendak menindas nelayan dengan mengenakan cukai.

Persoalan dikenakan kepada pihak pengurusan atau pihak nelayan tidak timbul dalam perakara ini, yang jelas nelayan yang pendapatan mereka tidak menentu harus dibantu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Tindakan yang dilakukan itu juga jelas bertentangan dengan slogan Kerajaan PKR Selangor yang dicanangkan kepada rakyat kononnya sebagai kerajaan berkebajikan.

Jamal Desak DAP Minta Maaf atau Berdepan Saman [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]



Ketua Umno Bahagian Sungai Besar sudah mencabar manamana pihak yang mendakwanya menyebut menyebut perkataan ‘Cina Babi’ supaya tampil membuktikan tuduhan itu.

DAP yang memasang papan tanda itu untuk mendapatkan undi Cina secara jahat dan mereka harus buktikan dengan jelas betulkah Jamal ada menyebut demikian dan viralkan bukti tersebut.

DAP memang sudah terdesak apabila sokongan pengundi Cina sudah beralih kepada Budiman yang dilihat lebih dipercayai untuk menjadi wakil kepada mereka.

Amanah (PAN ) hanyalah keldai tunggangan yang tidak boleh diharap untuk menyelesaikan masalah pengundi Cina di sana.

Oleh yang demikian, DAP tiada jalan lain untuk menarik sokongan pengundi Cina selain membuat provokasi perkauman melampau dan untuk membuatkan Cina marah kepada kerajaan BN.

Jamal dengan itu menggesa mereka yang menyebarkan fitnah terhadap beliau agar memohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang.

Jamal telahpun membuat membuat laporan polis mengenai perkara tersebut dan akan memulakan tindakan undang-undang sekiranya pihak yang terlibat enggan memohon maaf.




PAS, DAP & PAN Tidak Pernah Bela Nasib Pesawah Sejak Dahulu - KhairulNa'im [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]



Pembangkang hanya main tangkap muat sahaja isu harga padi sedangkan selama ini tidak pernah pun mereka ambil berat masalah apatah lagi membela untung nasib pesawah Sungai Besar.

Hakikatnya, apabila berlaku sebarang perkara dan permasalahan yang mengganggu rezeki pesawah, segala kesalahan dan kesilapan dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional hari ini. Sedangkan usaha Kerajaan Barisan Nasional hari ini terhadap usaha meningkatkan taraf hidup pesawah, petani, peladang serta nelayan dengan pemberian pelbagai bantuan tidak pula diperkatakan.

Malah kerajaan PR Selangor sebolehnya cuba baling batu sembunyi tangan, pembiayaan Kerajaan Barisan Nasional terhadap projek kolam takungan bernilai RM6 juta di Parit 4 telah ditentang oleh Kerajaan PR Selangor, malah didenda sebanyak RM680,000, pokok ditebang dan mesin di sita turut di kenakan denda RM150,000 selepas denda dibayar. Kerajaan PR Selangor turut mengenakan bayaran T.O.L sebanyak RM64 ribu setahun. Bukan itu sahaja, kerakusan Kerajaan PR Selangor semakin ketara apabila menambah dan menindas lagi dengan penguatkuasaan cukai jeti RM600 setiap tahun. Jika masyarakat hanya melihat di sebelah pihak sahaja, menampakkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang salah, tetapi hari ini masyarakat sudah pun boleh melihat dan menilai sendiri mana yang betul dan mana yang salah.

"Begitu juga isu pemotongan harga padi basah, tidak sewajarnya dimainkan oleh calon pembangkang, memandangkan mereka sendiri tidak pernah membela nasib pesawah  di Sungai Besar selama ini", kata Khairulna'im Abu Samah, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Para pengundi juga diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sekadar hanya mahu meraih undi dan kemenangan demi kepentingan politik semata-mata, bukan untuk masa depan dan kepentingan rakyat dan masyarakat Sungai Besar. - Nadi Rakyat Malaysia.

#inilahBudiman #NR_PRKSungaiBesarP093 #NadiRakyatMalaysia #NadiRakyat

Sombong ADUN DAP Sekinchan Raikan Kemenangan AMANAH (PAN) dengan Mabuk Arak [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]



Dengan sombong dan ADUN DAP Sekinchan membidas Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan yang didakwanya menimbulkan kekecohan berhubung rancangan meraikan kemenangan AMANAH (PAN) dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dengan meminum arak.

Sampai begitu sekali bongkaknya ADUN DAP Sekinchan berkata-kata kerana penyokong PAN yang beragama Islam tidak berani menegah mereka disebabkan wang dan kuasa.

Biarlan DAP anak buat apa sekalipun, waima meraikannya dengan Babi seperti yang pernah dilakukan DAP Selangor tidak akanmenjadi masalah kepada mereka asalkan mereka ada kuasa. 

DAP sudah menjadi Tuan PAN.

Lim Kit Siang, Imam Amanah (PAN) Ajar Tentang Hukum Allah [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Lim Kit Siang menegaskan bahawa Rang Undang-undang (RUU) anggota persendirian mengenai Akta 355 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rang undang-undang buatan manusia yang cuba diperlihatkan seolah-olah ia adalah daripada Allah Taala.

"RUU hudud oleh Abdul Hadi adalah dicipta oleh dirinya sendiri, ia bukan undang-undang Tuhan. Ia adalah undang-undang buatan manusia. Itulah sebabnya ia boleh dipinda ," katanya pada sidang akhbar.

"Malah, Kanun Jenayah Syariah Kelantan II Enakmen 2015 adalah undang-undang PAS. Jika ia adalah undang-undang Allah, maka ia tidak boleh dipinda ," katanya.

"Oleh itu, saya fikir ada keperluan untuk dibincangkan perkara ini."

Sambil mengakui adalah sukar untuk orang Islam menentang apa yang dipanggil hukum Allah, beliau berkata, namun, adalah lebih mudah untuk mereka menentang RUU Abdul Hadi itu.

Kalau ada orang amanah (PAN) yang mengaku Islam baik pergi mattilah lagi baik. 

Islam yang dibawa oleh PAN adalah Islam DAP Celaka yang tidk menjadikan Allah sebagai Tuahan mereka sebaliknya menjadikan Tokong DAP sebagai sembahan.

Apa yang ada pada PAN yang semuanya dibiayai oleh DAP dan semua yang diarahkan oleh DAP harus dipatuhi sampaikan hajat DAP jika PAN menag diraikan dengan MABUK ARAK pun PAN tidaak menentang. 

Dimanakah Islamnya PAN dan kini Lim Kit Siang pula yang menjadi Iman untuk mengajar mereka mengenai hukum Allah.

Papan Iklan Prokasi DAP naik Lagi di Sekinchan [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Papan iklan provokasi DAP sudah dipasang balik di sekitar Pekan Sekinchan menunjukkan betapa hebatnya DAP komunis ini dalam hiraki penguatkuasaan undang-undang Kempen Pilihan Raya.

SPR tidak mampu untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap Parti Komunis itu tidak tahu apa sebabnya.

Kesalahan dalam peraturan kempen jelas dimana hanya logo parti yang bertanding sahaja dibenarkan untuk dipasang di dalam kawasan Pilihan Raya.

Selain itu, di bawah Seksyen 4A Akta, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Dalam papan iklan itu jelas DAP memfitnah dan mengelirukan rakyat dengan niat memancing undi dan SPR wajib bertindak menurunkan papan iklan tersebut.

Sebelum in iDAP berkata apa yang dipasangkan itu bukanlah untuk kempen Pilihan Raya tetapi jelas di papan iklan itu tertera logo Parti Amanah (PAN) yang kini sedang bertanding di PRK Sungai Besar.

Jika benar bukan bahan kempen yang diapaprkan DAP itu ia telah menjadi kesalahan di bawah undang-undang PBT MDSB dimana papan iklan dipasang secara haram dan tidak berpermit.

Apa yang dilakukan DAP adalah untuk memancing undi cina melalui kempen provokatif dan perkauman melampau.

Dengan itu jelas menunjukkan DAP tidak berjaya membawa calon PAN untuk memenagi pilihanraya kali ini.




PAS kecewa PRK jadi medan serangan PAN sesama sendiri angkara DAP [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬

PAS kecewa PRK jadi medan serangan PAN sesama sendiri angkara DAP [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


PAS  katanya amat kesal kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kini menjadi medan pergelutan sesama parti pembangkang. 

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata menjadi sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku dalam sejarah PRK apabila sesama parti pembangkang kini menentang satu sama lain, biarpun penentangan sepatutnya dituju kepada BN. 

Bagi PAS, ceramah dianjurkan mereka tidak pernah menyerang Parti Amanah Negara, namun sekadar menjawab tuduhan dilemparkan parti serpihannya itu. 

Jawapan bagi isu ini mudah sahaja, inilah akibatnya bila kuasa dan sudah bertuhankan duit. 

PAN asalnya datangnya dari pemimpin PAS yang kecewa bila kalah dalam pemilihan lalu menubuhkan PAN.

Kini PAN dibiayai DAP untuk meneruskan agenda komunis mereka merampas negara ini menggunakan bangsa Melayu yang bodoh dan tamak termasuk memusnahkan PAS yang dilihat antara penghalang kepada rancangan mereka.

Dulu mereka terpaksa gunakan PAS tetapi tidak berjaya kerana masih ada sisa-sisa  dalam PAS yang mahu Islam terus teguh.

Bila PAS sudah tak mahu bekerjasama maka pemimpin yang gila kuasa dan harta dalam PAS tidak boleh diam bila cita-cita mereka tergugat, maka keluar dan tubuh parti baru jalan selamat bagi mereka dan sudah pasti DAP akan membelanjakan banyak wang pada mereka untuk menjayakan rancangan lama DAP merampas Malaysia dan memerintahnya.

Tiada apa yang nak dikesalkan kerana PAS sudah tidak memiliki kekuatan bila PAN sudah menjadi balaci AP dan sanggup berbuat apa sahaja kerana wang dan kedudukan.

PAN telah buktikan mereka berkuasa dan sewenang-wenangnya menyerang PAS di setiap ceramah mereka sedangkan PAS tak mampu membalasnya kerana lemah.

PAS akan hancur berdepan dengan PAN.

Kerajaan Selangor Paksa Bayar Caj Parkir Sampan, Keajaan BN Bagi Alat Pengesan Percuma [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Disaat Kerajaan Negeri Selangor yang zalim mahu mengenakan caj parkir sampan di jeti-jeti LKIM Selangor tampil pula Kerajaan BN memberi lagi kemudahan percuma bagi membela nasib nelayan.

Kerajaan dengan berbesar hati membekalkan alat Sistem Pengesanan Automatik (AIS) secara percuma kepada 2,630 bot pukat tunda Zon B dan C di seluruh negara bagi mempertahankan hak nelayan jika mereka didakwa menceroboh kawasan perairan negara jiran. 

Sistem berteknologi tinggi dari Jerman itu dapat memastikan keselamatan nelayan termasuk mencegah daripada menceroboh kawasan perairan negara jiran dengan merekodkan kedudukan bot dan nelayan akan mempunyai bukti kukuh sekiranya berlaku sebarang tangkapan di laut oleh pihak berkuasa asing. 

Begitu bersungguh Kerajaan BN ini membela nasib nelayan tetapi kerajaan Selangor yang ada sekarang hanya tahu membebankan rakyat negeri ini dengan pelbagai cukai dan bayaran paksa.

BERBUKA PUASA TEAM NADI RAKYAT PRK SUNGAI BESAR BERSAMA PRESIDEN



Team Nadi Rakyat yang berkampung di Sungai Besar sempat berbuka bersama dengan Presiden, Tuan Rafi Awg Kechik yang turun meninjau pasukan di sana.

Team Nadi Rakyat sukarela membantu kempen Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dalam gerak kerja Media Sosial yang diketuai sendiri oleh Pengerusi Nadi Rakyat Selangor, Saudara Mohd Khairulna'im Abu Samah.

Terima Kasih Bos.

Papan Tanda DAP Ajak Pengundi Balik Langgar Undang-Undang Kempen Pilihan Raya [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Pemuda Barisan Nasional diketuai Pengerusi Pemuda BN Selangor, Zainuri Dato' Hj Zainal hari ini telah membuat laporan polis berhubung papan tanda DAP yang dipasang didirikan semasa kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Papan tanda tersebut dianggap melanggar peraturan kempen pilihanraya kerana memaparkan logo parti yang tidak bertanding.

Keraguan juga timbul apabila Wajah ADUN sekinchan dipaparkan bersama logo kerajaan Negeri Selangor, adakah wujud penyalahgunaan kuasa dan dana kerajaan negeri dalam kempen ini.

Sebelum ini, DAP telah memasang beberapa papan tanda provokasi perkauman bertujuan menimbulkan kemarahan masyarakat Cina di kawasan tersebut.

Tindakan tegas wajib diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan peraturan-peraturan mengenai kempen pilihan raya kecil ini dipatuhi dan sebarang tindakan mahupun iklan berbaur perkauman harus diambil tindakan tegas.




Kerajaan Selangor Tetap Akan Kenakan Caj Jeti Nelayan, Sedia Kaji Bukan Henti [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]



Langkah mengenakan caj khas kepada nelayan yang meletakkan sampan mereka di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bukanlah dihentikan sebaliknya hanya akan dikaji semula.

Menurut Azmin dalam kenyataannya ketika bertemu dengan masyarakat setempat  di Sungai Besar, beliau sudah menghubungi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk memberikan maklum balas dan sedang mencari jalan supaya tidak membebankan nelayan yang terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi.

Azmin tidak kata henti tetapi kaji semula.

Bagaimana Azmin boleh kata faham tentang bebanan yang ditanggung oleh nelayan yang pendapatannya tak seberapa tetapi kemudian tidak boleh mengarahkan LUAS supaya menghentikan apa-apa tindakan atau rancangan untuk mengenakan caj kepada nelayan-nelayan di Selangor.

Kerajaan Berkebajikan Selangor semakin hari semakin banyak melakukan penindasan terhadap rakyat negeri ini.

Mereka melakukan sesuka hati, membodohkan rakyat Selangor dengan pelbagai caj yang dikenakan tanpa memikirkan langsung susah payah hidup rakyat.

Saya mengajak Rakyat Selangor memahami bagaimanakah pemikiran Azmin hingga boleh mengenakan caj parkir sampan di atas Jeti LKIM yang dibina kerajaan BN untuk kemudahan nelayan mencari rezeki.

Jeti dibina oleh Kerajaan BN tetapi dikenakan bayaran kepada nelayan yang mahu menggunakan jeti tersebut oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin.

Pengundi Sungai Besar hari ini yang boleh dikatakan besar juga majoriti dari kalangan nelayan tidak perlu susah-payah memikirkan mahu undi parti mana.

Parti Amanah (PAN) yang ditaja DAP adalah sekutu Azmin PKR bertanding di Sungai Besar dan mereka inilah yang mahu menindas golongan nelayan dengan sengaja mahu mengaut keuntungan atas titik peluh dan keringat nelayan.

Undi saja BN dan nikmatilah pembangunan dan kebajikan yang dibawa oleh parti itu biarpun ia sedikit.

BN tidak akan menindas rakyatnya seperti DAP, PKR dan PAN!






Nak Naik Jeti Ikan Kena Bayar RM600 Kepada Keajaan Negeri Selangor [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]



Lebih 6,000 nelayan menuntut kerajaan PKR Selangor supaya membatalkan cada­ngan untuk mengenakan caj jeti pendaratan dan tambatan bot sebanyak RM600 setahun kepada golongan itu di negeri ini.

Tuntutan itu dibangkitkan Pengerusi Persa­tuan Nelayan Negeri Selangor (Penegor), Mohd. Jaman Haris kerana beliau menyifatkan cadangan yang dibuat menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bukan sahaja tidak masuk akal tetapi turut dilihat sebagai tindakan yang seolah-olah menekan pendapat­an nelayan.

Katanya, kebanyakan jeti di ne­geri ini sama ada di kawasan Sungai Besar, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Kuala Langat dan Sepang dibina oleh Kerajaan Pusat menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) manakala pengurusannya diletakkan di bawah persatuan nelayan di kawasan masing-masing.

“Justeru, mengapa pula kerajaan negeri mahu mengenakan caj jeti pendaratan dan jeti tambatan seba­nyak RM600 setahun kepada nelayan di negeri ini, sedangkan selama ini mereka tidak dikenakan sebarang caj ke atas penggunaan jeti sedia ada?

“Kerajaan negeri perlu ingat bahawa pendapatan golongan nelayan di negeri ini tidaklah seberapa dan hanya bergantung kepada keadaan cuaca serta hasil tangkapan yang diperoleh setiap hari. Mengapa pula kerajaan negeri mahu menyusahkan golongan nelayan yang jelas menyumbang ke­pada sektor pengeluar­an makanan di Sela­ngor ini?” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di pejabat Penegor di sini hari ini.

Tambah Mohd. Jaman, selain kesal dengan cadangan itu, beliau turut menyatakan kerajaan negeri sepatutnya mencari jalan untuk membantu bagaimana untuk menambah pendapatan golongan nelayan di ne­geri ini selaras dengan slogan mereka iaitu ‘hasil negeri untuk rakyat’.

“Bagaimanapun, melihat daripada cadangan ini, kita boleh katakan slogan itu telah menjadi ‘hasil rakyat untuk negeri’ pula. Sepatutnya kerajaan negeri bantu kami nelayan ini... bantu bagaimana nak tambah pendapatan kami,” jelasnya yang turut berhasrat untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam tempoh terdekat ini.

Dalam pada itu, Mohd. Jaman bagaimanapun turut menyatakan pihaknya tidak ada masalah untuk menerima cadangan kerajaan negeri mahu mengenakan bayaran Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi tanah jeti di negeri ini.

Bagaimanapun, kadar bayaran itu diharapkan dapat dibuat pada kadar munasabah dan tidak membebankan golongan nelayan.


Berita ini dikeluarkan pada bulan Jun yang lepas tetapi malangnya Rakyat Selangor sudah lupa penindasan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kerana dimomokkan dengan pelbagai kegagalan kerajaan.

Hari ini pengundi Sungai Besar terutama Nelayan harus ingat, Kerajaan Negeri tidak pernah lupa dengan apa yang dia pernah nyatakan cuma mereka senyap bila PRK berlangsung dan selepas PRK nanti nelayan sudahpun dikenakan caj ini.

Undi nelayan kepada Barisan Nasional (BN) boleh memberi harapan baru untuk kita menentang kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor yang Zalin ini.

Kata Tony Pua, Masyarakat Cina Sekinchan yang mahu papan iklan Cina Babi itu dianaikkan [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Khalid Samad mengakui tidak ada koordinasi antara jentera PAN dan DAP menyebabkan gerak kerja parti itu tunggang-langgang.

DAP dengan sengaja menaikkan papan iklan hasutan perkauman melampau di tengah-tengah Pekan Sekinchan dengan niat menghasut kaum Cina membenci Melayu dan bertelagah seterusnya tidak mengundi BN pada PRK kali ini.

Kata Tony Pua, Masyarakat Cina Sekinchan yang mahu papan iklan itu dianaikkan sebagai tanda protes kepada kenyataan Cina Babi.

Kenyataan Tony itu patut diambil berat dan ditanya semula kepada masyarakat Cinya di Sekinchan adakah benar memang meraka mahukan demikian atau Tony yang kita tahu komunis sejati mahu berbuat demiakain untuk kepentingan kempen politik DAP?


Jika masyarakat Cina Sekinchan menidakkan kenyataan itu maka Tony Pua wajib dibawa kemuka pengadilan kerana mencetuskan budaya perakauman melampau yang boleh mengancam kestabilan negara dan menyebabkan pergaduhan kaum di Malaysia.

Cina Komunis itu wajib dihalau dari negara ini!!

Kenyataan Tony;


"Tony menjelaskan bahawa masyarakat Tionghua di sini yang mahu papan iklan itu dinaikkan kerana sudah lama memendam rasa dengan kenyataan 'Cina babi'. 

"Tetapi saya berjanji selepas ini tiada lagi papan iklan atau kain pemidang yang seperti itu daripada PH," katanya pada sidang media di pejabat DAP Sekinchan di sini, sebentar tadi. _ BH

Parti Amanah Negara (PAN) adalah Parti DAP Melayu dan mereka bukan pejuang Islam mahupun Bangsa [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Parti Amanah Negara (PAN) bukanlah parti pecahan PAS seperti yang semua orang maklum.

Parti ini adalah Parti Politik yang mendapat tajaan politik sepenuhnya oleh DAP untuk memusnahkan kesatuan Orang Melayu.

Saya tidak membuat tuduhan liar tetapi ia terbukti dengan begitu jelas di Pilihan Raya Kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar dimana calon-calon PAN ini mendukung perjuangan DAP dan mengusung kehulu-kehilir pemimpin-pemimpin DAP di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Mereka tidak ada langsung rasa hormat terhadap umat Islam yang mengambil peluang sepenuhnya untuk beramal di bulan suci Ramadhan yang penuh berkah, rahmat, dan ampunan.
Ceramah mereka tidak mengira waktu, ketika umat islam mahu membeli juadah berbuka hingga ketika umat Islam bersolat Tarawih.

Setiap kata yang dilembarkan dalam ceramah penuh dengan hasutan dan kata dusta.

Perjuangan mereka untuk merampas negara bukan untuk Islam tetapi untuk DAP Komunis.

PAN adalah Komunis Melayu seperti yang pernah dimainkan dalam filem P. Ramlee, Sarjan Hassan dimana sorang berbangsa Melayu, si Buang mengkhianati bangsanya sendiri dengan menjadi polis rahsia Jepun atau Kampeitai

Dalam PAN ada Mat Sabu yang sejak dulu tidak henti-henti hendak menjahanamkan Bangsa Melayu dan Agama Islam di bumi Malaysia ini. 

Mat Sabu adalah balaci yang diberi kemewahan untuk menjadi pengkhianat kepada bangsanya.

UNDI PAN anda UNDI DAP dan ANDA UNDI KEHANCURAN NAK BANGSA ANDA!!

Penceramah PAN diserang ketika ceramah [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Kenapa anak muda ini marah?

Sebabnya parti PAN kepunyaan Mat Sabu tidak tahu menghormati umat Islam di bulan Ramadhan.

Sedang umat Islam Solat mereka sibuk dengan ceramah dengan pelagai fitnah memburukkan pemimpin PAS dan BN.

Parti PAN ini bukan Islam sebaliknya mereka adalah Parti DAP yang berbangsa Melayu dan menggunakan Islam sebagai senjata.


Keluar PAS masuk PAN sebab nak tunaikan tanggungjaawab Agama [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Kisahnya di Kuala Kangsar tetapi kita gunakan di Sungai Besar kerana apa yang berlaku ini kerana kaitannya adalah Calon PAN.

Calon PAN Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli hari ini menjelaskan sebab-sebab beliau meninggalkan PAS dan menyertai PAN sekarang kerana tanggungjawabnya kepada agama dan juga negara.

PAS dituduh tidak melakukan tanggungjawabnya terhadap agama dan negara.
“PAS telah tidak mainkan peranan melaksanakan tanggungjawab agama dan juga kepada kepada negara. Jadi apa pilihan kepada saya?

“Apa saya nak jawab kepada Allah nanti, bila berlaku macam (sekarang) ini,” kata Termizi pada sidang media pertamanya dengan media berbahasa Melayu dan Inggeris di Kuala Kangsar hari ini.

PAS, katanya, seolah-olah ‘berehat’ daripada apa yang mereka sepatutnya lakukan.

“(PAS) ia macam nak berehat, bukan gagal, gagal tak tahu la, itu urusan Allah.

“Rasa macam nak berehat, tak apalah biar dia (PAS) berehat dahulu,” katanya.

Tanggungjawab apa yang PAN nak lakukan terhadapa agama dan negara?

PAN ini Islamkah?

PAN adalah DAP Melayu. Mereka ini bukan Islam tetapi Melayu yang berjaya di Cinakan oleh DAP.

Di Sungai Besar ada Calon PAN bertanding. Sehigga hari ini apa tangunggjawab yang PAN telah lakukan selain dari mengusung Cina DAP kehulu dan kehilir membakar semangat kebencian terhadap bangsa Melayu oleh Melayu PAN.

Bangsa Melayu dilaga-lagakan demi kerana kuasa dan duit tajaan DAP.

Islamkah PAN?


Mat Sabu minta Ahli PAS sokong PAN dalam diam bila gagal dapat sokongan Melayu [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Mat Sabu gesa dalam kenyataannya di akhbar Berita Harian meminta Ahli PAS dalam diam turun mengundi calon PAN dalam PRK Parlimen Sungai Besar, pada 18 Jun ini. 

Selepas minta undi, Mat Sabu dengan bersahaja mengutuk PAS sudah hilang arah tuju perjuangan apabila bergerak sendirian, malah tidak akan mampu menang dalam mana-mana pilihan raya. 

Kata Mat SAbu lagi, parti itu hanya hebat dari segi menarik kehadiran berpuluh-puluh ribu orang dalam setiap ceramahnya, namun gagal mendapat undi dalam pilihan raya. 

"Saya ini dahulu dalam PAS serta sudah 38 tahun menempuh pelbagai dugaan dalam politik. Parti yang pernah saya sertai ini suatu masa dahulu memang hebat apabila berceramah. "Kalau pemimpin PAS berceramah, penuh orang datang sampai berpuluh-puluh ribu. Saya pun dahulu ceramah ramai yang datang, tetapi dalam pilihan raya kita (PAS) kalah juga," katanya ketika berkempen di Parit Lima malam tadi. 

Tindakan Mat Sabu itu bukanlah mengajak PAS menyertainya kerana PAS dilihat lemah tetapi PAN yang sebenarnya takut dengan kekuatan PAS yang ada sekarang ini dibandingkat parti pimpinan Mat Sabu itu.

PAN hanyalah boneka DAP dan langsung tidak mempunyai kekuatan dan hala tuju, PAN hanya mengikut sahaja arahan DAP yang menjadi penaja utama parti itu.

PAN sudah nampak tanpa sokongan PAS parti itu akan kalah besar dan ia adalah tamparan hebat buat Mat Sabu yang dilihat sebagai boneka DAP bagi mengukuhkan kedudukan DAP di Selangor.

PKR juga dilihat tidak memberi komitmen dalam Pilihan Raya Kecil kali ini apabila Menteri Besar Selangor yang mewakili PKR tidak kelihatan bersungguh dalam kempen mereka.


Tidak sabar nak kalahkan PAS, PAN tidak mohon permit ceramah kelompok [#scs93 #prksgbesar]


Kerana terlalu ghairah dalam ceramah yang menggila pemimpin Pakatan Harapan tajaan DAP untuk menumbangkan Calon PAS, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan program itu ditamatkan lebih awal kerana tidak mempunyai permit

Arahan penamatan kempen itu dibuat oleh seorang pegawai SPR ketika program ceramah dihadiri Presiden PAN, Mohamad Sabu; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua; ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan calon PAN, Azhar Abdul Shukur bermula kira-kira jam 10.30 malam.

Walaupun sudah diarahkan berhenti namun mereka tetap berucap bergilir-gilir kira-kira lima minit setiap seorang sebelum dewan orang ramai yang dihadiri kira-kira 30 orang dikosongkan dan ditutup sepenuhnya pada jam 11 malam. 

Mengulas perkara itu, Suee Lim berkata ia berlaku disebabkan kesilapan komunikasi jentera kempen PAN yang menganggap permit ceramah tidak perlu dimohon jika hendak melakukan ceramah berkelompok. 

Begitulah gelojohnya Calon dan Pemimpin PAN yang tidak sabar-sabar melihat Calon PAS tumbang menyungkur kerana tidak mahu menurut rentak mereka.

PAN adalah tajaan DAP dan matlamat utama mereka sudah pastilah untuk memastikan Agama Islam lenyap di bumi Malaysia ini. 

PAN bawa India dari luar Sungai Besar untuk sokong mereka pada hari penamaan calon [#scs93 #prksgbesar]


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk M. Saravanan tiba di Sekinchan hari ini berkata Masyarakat India di DUN Sekinchan akan menyokong Barisan Nasional (BN) tanpa syarat, ia adalah petanda yang baik dan tradisi itu akan berterusan sekaligus memberikan impak positif kepada jentera BN.

Sebelum ini MIC menyatakan bahawa 70 peratus pengundi India di DUN tersebut menyokong BN tetapi pada hari ini beliau mendapati jumlah tersebut bertambah dengan begitu banyak mencecah hampir 100 peratus.

Peningkatan sokongan ntersebut adalah disebabkan mereka tidak puas hati dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang yang telah memerintah Negeri Selangor hampir dua penggal tetapi tiada perubahan kepada kehidupan kaum India.

Walaupun BN tidak memerintah Selangor tetapi ada rancangan jangka panjang seperti memperkasa ekonomi belia, membantu sekolah-sekolah Tamil, rumah ibadat dan rancangan rancangan khas kepada kaum tersebut

Ketika ditanya berkenaan ada India dari DUN Sekinchan yang menyertai rombongan pakatan pembangkang ketika penamaan calon tempohari, Saravanan menjawab ia bukanlah penduduk tempatan tetapi orang luar yang dibawa seolah oleh meunjukkan mereka ada penyokong India di sini.

Timbalan Menteri itu, hari ini, turun padang dalam lawatan kerja ke DUN Sekinchan bersama jentera-jentera MIC bagi membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil Sungai Besar.