06 August 2015

Kaki Ampu Sungai Besar minta Muhyiddin letak jawatan


UMNO Sungai Besar desak Muhyiddin letak jawatan dan bersara dari arena politik. Sebelum itu Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar membatalkan jemputan sebagai perasmi Mesyuarat UMNO Bahagian tersebut. 

Jamal dengan bangga mengatakan tindakan itu sebagai sesuatu yang berat dan terpaksa berbuat demikian demi kebaikan parti tetapi melihat kepda komen-komen dalam FB dimana kenyataannya dimuat naik, rata-rata akar umni dari bahagiannya sendiri tidak setuju dengan tindakan tersebut.

Tindakan kaki ampu ini sebenarnya memberi impak buruk kepada parti dan Najib sendiri. Jamal kaki ampu ini peduli apa dengan kejatuhan parti? yang penting projek!

Memetik portal Rakyat News, berikut merupakan pendirian UMNO Bahagian Sungai Besar berhubung status Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO : -

Saya dapati YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi relevan memimpin Parti UMNO kerana beliau telah dengan jelas tidak lagi sehaluan dengan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, yang merupakan Presiden UMNO. Beliau telah memberi kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan pendirian YAB Presiden UMNO secara umum terutama dalam menangani isu 1MDB.

Beliau juga telah mengkritik YAB Presiden UMNO secara terang-terangan sehingga menyebabkan parti lawan mengambil kesempatan dan mensensasikan isu 1MDB dan Rombakan Kabinet baru-baru ini. Kenyataan-kenyataan beliau telah menyebabkan sokongan dan kepercayaan rakyat dan akar umbi parti merosot. Sekiranya beliau ikhlas ingin membantu parti, sudah pasti beliau bersungguh-sungguh untuk memperkukuh dan memperkuatkan parti. Tapi apa yang berlaku, beliau telah menyebabkan perpecahan dalaman parti.

YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat gagal membantu YAB Presiden UMNO dalam menjalankan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap parti. Tindakan-tindakan dan kenyataan-kenyataan beliau seolah-olah ingin menjatuhakan kredibiliti YAB Presiden UMNO dan juga seolah-olah mempunyai agenda untuk kepentingan peribadi. Sebagai seorang pejuang dan pemimpin peringkat tertinggi, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik dimana kepentingan parti perlulah diutamakan mendahului kepentingan peribadi.

Apabila saya kaji dan teliti terhadap kenyataan-kenyataan yang telah beliau keluarkan, saya dapati banyak kenyataan-kenyataan tersebut dimanipulasi dan beliau seolah-olah menipu ahli-ahli UMNO serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kita hanya memerlukan pemimpin yang ikhlas dan jujur, bukan pemimpin yang cuba untuk memecahbelahkan parti.

Oleh yang demikian, jika YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sifat tanggungjawab terhadap ahli UMNO, beliau harus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini disebabkan kerana, beliau kini telah menjadi satu bebanan kepada parti dan boleh menjadi punca ahli hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO.

Selaras dengan suasana politik semasa, saya menyarankan agar YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO serta merta. Saya mohon agar beliau berehat dari arena politik dan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain yang boleh memberi kerjasama terhadap kepimpinan YAB Presiden UMNO untuk meneruskan perjuangan parti.

YBHG. DATO' JAMAL MD YUNOS
Ketua UMNO, Bahagian Sungai Besar
6hb Ogos 2015

Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370 | Confirmed: Flaperon From MH370



KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada penerbangan MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada Khamis pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370.

"Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi," Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada pukul 1.45 pagi Khamis.

Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden.


------------------------------------------------ ENGLISH ---------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR, Aug 6 - International experts have confirmed that the flaperon found on the French Reunion Island is from Flight MH370 - supporting an earlier conclusion that the Malaysia Airlines plane crashed into the Indian Ocean almost 17 months ago.

Datuk Seri Najib Tun Razak said today that the experts gathered in the French city of Toulouse "have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370".

"We now have physical evidence that, as I announced on March 24 last year, Flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean," the Prime Minister said live over TV3 at 1.45am today.

The confirmation is expected to narrow the search area and raises hopes of solving what has been described as the greatest mystery in modern aviation history.

Flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared from the radar on March 8, 2014 with 239 passengers and crew.

"The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board," Najib said.

"The plane's disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.

"Neither could investigations by the world's leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane's disappearance remained a mystery, we have shared the pain of those who could find no comfort."

The Prime Minister's announcement which was carried worldwide came 515 days after the plane went missing.

Najib thanked the many nations, organisations and individuals that have participated in the largest search in aviation history.

He hoped that the confirmation, however tragic and painful, would "at least bring certainty to the families and loved ones" of those on board MH370.

"They have our deepest sympathy and prayers," he said.

The Prime Minister assured all those affected by the tragedy that the government of Malaysia would do everything within its means to find out the truth of what happened.

"MH370's disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation," he said.

"And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370."

-- BERNAMA