BREAKING NEWS

28 June 2015

PENANGKAPAN Xavier Ander Justo di Thailand Tapi Yang Molompat-Lompat Di Malaysia



Aku membaca artikel dari Portal MyKMU:

PENANGKAPAN Xavier Ander Justo di Thailand tidak sepatutnya dikaitkan dengan konspirasi kerana bukanlah satu yang aneh untuk seorang warganegara A, yang melakukan kesalahan jenayah di negara B tapi ditangkap di negara C.

Jangan kata di Thailand, di negara ini pun dah beberapa kali berlaku dimana rakyat negara luar ditangkap untuk kesalahan yang dilakukan di tempat lain, jadi apa yang pelik?

Kisah lain, pengasas Megaupload.com, Kim Tim Jim Vestor (seorang warganegara Jerman), ditangkap di New Zealand kerana melanggar undang-undang hak cipta di Amerika Syarikat.

Tak siapa pun mengaitkan semua tangkapan ini dengan teori konspirasi, alih yang Xavier ini pulak dikaitkan dengan konspirasi? Bukan orang Thailand pulak yang kait dengan konspirasi tapi orang Malaysia. Macam nak ketawa pun ada.

Adakah kerana kesalahan yang didakwa ke atas Xavier ini ada kaitan dengan pelbagai pembohongan mengenai 1MDB yang menjadi ‘inti’ kepada fitnah yang dilemparkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri, maka tangkapan itu sudah jadi satu konspirasi?

Lebih separuh tuduhan dilemparkan Tun Mahathir ke atas Perdana Menteri dan 1MDB adalah berkaitan dengan urusniaga antara syarikat tersebut dengan Petro Saudi, berasaskan dokumen yang (sekarang kita tahu) didakwa telah dipalsukan/diubah oleh Xavier.

Ikut logik, siapa yang guna maklumat dari dokumen yang didakwa telah dipalsukan itulah yang dikait dengan teori konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, sebab memang macam itulah cara konspirasi berjalan – reka, guna dan sebarkan maklumat palsu untuk menuduh orang lain melakukan kesalahan dan mendesak perletakan jawatannya.

Bukan tangkapan yang dilakukan polis luar.

Sebetulnya kisah Xavier ini belum suku cerita pun. Apa yang didedahkan NST baru-baru ini (memetik sumber polis Thailand), hanyalah satu permulaan. Lebih banyak akan keluar selepas ini dan tidak ada gunanya ‘pihak yang berkenaan’ nak melompat awal-awal sangat.

Nanti kalau dah keluar lebih banyak maklumat mengenai perkembangan kes tersebut, takut tak tahu boleh melompat lagi ke tidak.

**** Kita tunggu kesudahan cerita konspirasi ini dan kita lihat siapa pula tak berhenti melompat selepas ini.

27 June 2015

PM Kecewa Kenyataan Pengerusi Mara Diputar Belit



Memetik Portal Suara TV, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan media tertentu yang memutar belitkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat pengerusi (Mara) Tan Sri Annuar Musa mengenai perjanjian hartanah di Melbourne.

“Saya kecewa bahawa kenyataan Tan Sri Annuar Musa diputarbelit oleh sesetengah media.

“Keputusan hanya dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi. Walau bagaimanapun, siasatan akan dilakukan oleh pihak berkuasa,” kata Najib Rabu dalam siaran di Facebook.

Annuar telah dilaporkan oleh portal berita tertentu sebagai berkata sebarang tawaran pelaburan perlu diluluskan oleh Kementerian Kewangan atau Majlis Ekonomi Negara.

Najib dalam postingnya berkata bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang menipu Majlis Ekonomi Negara dengan membekalkan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap.

“Sekiranya ada pihak yg didapati menipu atau cuba memperdaya ahli-ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.,” katanya.

1MDB bangunkan semula Masjid Kg. Baru


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru yang menelan perbelanjaan lebih RM20 juta merupakan satu daripada jasa 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Perdana Menteri memberitahu, hal ini kerana pembangunan semula masjid dengan hampir keseluruhannya berwajah baharu itu ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan 1MDB.

Najib berkata, setakat ini, terdapat beberapa bil tambahan terpaksa dimasukkan ke dalam kos pembangunan yang perlu dilunaskan bagi memastikan keperluan masyarakat di kampung itu dipenuhi.

“Saya meminta bantuan Yayasan 1MDB yang mana banyak dikritik dalam media sosial sehari dua ini. Tetapi, inilah jasa 1MDB kepada umat Islam khususnya di Kampung Baru. Sumbangan yang sangat besar nilainya walaupun pada mulanya bajet yang agak sedang-sedang, tetapi apabila dilaksanakan, bajet terus bertambah dan akhirnya menjadi RM20 juta.

“Itu pun tak cukup lagi, ada lagi bil-bil tambahan yang terpaksa dilunaskan kerana cita-cita masyarakat di sini mahu sebuah masjid yang menjadi lambang kepada masyarakat kini dan akan datang,” katanya sewaktu berucap dalam majlis pembukaan dewan solat utama Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Al-Rashid dan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris.

Dalam majlis itu, Fahad Abdullah menyerahkan 1,000 naskhah al-Quran yang merupakan sumbangan kerajaan Arab Saudi.

Perdana Menteri turut menunaikan solat Jumaat bersama-sama 7,000 jemaah yang dipimpin oleh imam dari Mekah, Sheikh Dr. Idris Ismail Al-Misrafi.

Dewan solat utama Masjid Jamek Kampung Baru dapat menampung jemaah kira-kira 8,000 orang pada satu-satu masa.

Dewan solat utama adalah sebahagian daripada projek pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru yang mempunyai dua fasa pembangunan kesemuanya dalam tempoh dua tahun.

Najib menambah, wajah baharu Masjid Jamek Kampung Baru akan menjadi ikonik pembangunan Kampung Baru.

Beliau berkata, pembangunan semula masjid itu menjadi satu sejarah baharu yang cukup bermakna kerana sangat besar jasanya pada kita semua.

“Hari ini, kita berada dalam dewan baharu Masjid Jamek Kampung Baru dan kita dapat melihat bagaimana keindahan, kesegaran dan kecantikan masjid ini berbanding dengan masjid yang dulu,” ujarnya.

Penganjur dialog Nothing 2 Hide letak semua jawatan dalam UMNO


Pengerusi Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang juga penganjur program dialog Nothing To Hide yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini melepaskan semua jawatan dalam UMNO berkuatkuasa 11 Julai depan.

Khairul Anwar merupakan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO pusat, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang.

Firma guaman Khairul Group dalam satu kenyataan berkata, peletakan jawatan itu adalah bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta peluasan operasi korporat firma berkenaan. 

Bagi saya baguslah kalau beliau mahu berbuat demikian.

Tindakannya sebebelum ini yang melaga-lagakan DS Najib dan TUN M memang tidak boleh diterima akal walau dengan apa alasan sekalipun.

Apa juga alasan yang diberi, saya berpandangan program tersebut memang sengaja diadakan untuk menangguk diair keruh untuk kepentingan diri sendiri.

Carilah duit dan kedudukan dengan kekuatan sendiri dan bukannya mengampu.

#NothingToHide
#KekalNajib
 
Back To Top
Copyright © 2014 Pena Dari Tanah Melayu. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates