BREAKING NEWS

22 April 2015

Kalau benar KWSP ada wang berbilion billion mengapa mahu samun lagi 5 tahun wang rakyat!! Melainkan Kerajaan UMNO/BN memang sudah tiada Duit!!


Setiap kali pulang dari kedai pasti ada saja maki dan cacian terhadap kerajaan dilemparkan disebabkan dek GST. 

Kerajaan selalu menjawab GST ini tidak membebankan rakyat dan saya mempercayainya kerana bagi saya sesebuah kerajaan pasti ada sebab berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan mereka tumbang bila Pilihan Raya tiba nanti.

Dalam sesebuah kerajaan pastilah rakyat yang menjadi keutamaan tidak kiralah kerajaan manapun sebab rakyatlah yang mengundi, memilih dan melantik mereka sebagai wakil menguruskan negara.

PENJAWAT AWAM

Harapan rakyat tidaklah banyak, namun tidak banyak itu mestilah ada sedikit yang rakyat terima hasil dari undian mereka melantik kerajaan menjadi wakil pengurus negara yang seterusnya melantik Pak-pak Menteri dan barisan kabinetnya yang kemudiannya pula melantik pengurus-pengurus bahagian dan pekerjanya yang menerima habuan bulanan dalam bentuk jagi dan elaun selain hasil wang "Samunan".

Setiap hari penjawat awam ini bekerja dalam pelbagai peringkat mengurus negara dalam pelbagai bentuk dari si Tukang Kebun sampailah ke Pegawai, Pengarah dan ke atas lagi sampailah ke Menteri-Menteri yang sentiasa sibuk tidak tentu hala dengan alasan "SEMUANYA UNTUK RAKYAT".

Saya bersyukur mempunyai sebuah Kerajaan yang tersusun, teratur dan berdedikasi dalam meberikan keselesaan yang lebih untuk rakyatnya.

Namun habuan mereka ada. Mereka diberikak kenaikan gaji setiap tahun, diberikan bonus, diberikan elaun, tempat tinggal dan sebagainya yang menjamin masa depan mereka dan keluarga.

Penjawat awam yang gaji paling kecil sekalipun mampu untuk memiliki kereta dan rumah hasil daripada jaminan kerajaan dan syarikat pinjaman dengan rasa senang hati meluluskan segala bentuk pinjaman hasil daripada jaminan tersebut.

Nikmat sebuah kerajaan hasilnya alhamdulillah diterima semua kerana komitmen dan usaha yang tidak putus-putus untuk menjalankan tugas dan tangjungjawab, maka berbaloilah wang yang dibelanjakan dengan hasil yang diberikan untuk tugas itu.

RAKYAT MARHAEN

Pekerja swasta, pekerja kilang, buruh, peniaga dan RAKYAT MARHAEN, mereka ini juga rakyat malaysia dan mereka juga menyumbang kepada kestabilan negara melalui bidang-bidang mereka sendiri.

Mereka ini bersungguh-sungguh dalam setiap perbuatan mereka terutama dalam bidang kerja kerana merekam ini tiada jaminan dari pihak kerajaan selain dari majikan mereka.

Tidak ada jaminan kerajaan?... 

Hahahaha.. ada jaminan sebenarnya seperti KWSP sebagai contohnya yang menjamin wang caruman hari tua si pencarum diuruskan dengan baik dengan syarat-syarat ketat yang diberikan.

Buktinya hingga hari ini KWSP tidak pernah gagal mengembalikan wang yang dicarum oleh pekerja malah KWSP menggandakan lagi wang itu dengan dividen hasil daripada pelaburan yang dibuat menggunakan wang caruman pekerja.

Hingga hari ini menurut sumber, KWSP sampai sudah tidak tahu dimana lagi nak dilaburkan wang itu kerana sudah terlalu banyak dalam simpanannya...

Alhamdulillah.. tetapi persoalan timbul hari ini apabila KWSP mahu melanjutkan usia matang pengeluaran wang caruman dari 55 tahun kepada 60 tahun.

KWSP kononnya mahu membantu pesara supaya pengurusan wang mereka tidak celaru disebabkan usul kerajaan untuk menaikkan had persaraan kepada 60 tahun nanti.

Selain itu kata kunci KWSP ialah "Faedah Persaraan"...

Berapa juta rakyat Malaysia? Berapa Juta Penjawat Awam? Berapa Juta Pekerja Swasta? Berapa juta pula Petani, Penternak dan Nelayan? Campurkan dan bandingkan FAEDAH APA YANG MEREKA TERIMA bila wang mereka yang meraka harapkan keluar pada usia 55 tahun tiadk keluar kerana perkataan "FAEDAH PERSARAAN" yang sengaja dibuat bagi mengaburi mata rakyat!

Ini sebahagian daripada komen rakyat #Marhaen:

Sukacita disini saya hendak maklumkan, DUIT PENCARUM didalam KWSP bukanlah duit bapak anda yang bukan billionaire mahupun trillionaire itu (kalau billionaire in hutang, please berambus and don't brag), Duit Pencarum KWSP juga, bukanlah duit kakitangan kerajaan mahupun duit menteri menteri yang tidak ada pencaruman. DUIT KWSP adalah DUIT PEKERJA PEKERJA SYARIKAT SWASTA yang TIADA PENCEN !!!

Kerajaan hendak lanjutkan had umur persaraan kepada 100 tahun pun, itu hak mereka dan masalah mereka. TETAPI... kenapa pekerja pekerja swasta yang tiada pencen hendak menanggung biawak biawak hidup negara yang hidup makan tanggung berak cangkung ?
Bukan semua syarikat swasta, terutama multinational companies ataupun foreign companies yang mahu melanjutkan had umur persaraan. Majority syarikat seperti ini percaya kepada "Fresh dan New Talents", malah mereka juga mempunyai skim persaraan awal. Dan kebanyakkan mereka juga mempunyai program "succession planning" (persediaan melatih new talents untuk mengambil alih kepimpinan tertinggi syarikat). Mereka tidak ambil yang dah tua nak mampus atau tua brainless seperti didalam Kabinet negara, KECUALI anda owner atau tauke syarikat.
Secara purata umur persaraan di syarikat swasta, ialah 50-55 sahaja.

DUIT PENCARUM, sukahati pencarumlah nak buat apa, nak joli sampai habis ke, nak shopping ke, sukaaaaaaaaaaaaaa hati mereka !!! HAK MEREKA MUTLAK !!! Bukan duit kau orang yang brainless lagi miskin, kau orang hendak sekat duit KWSP dan memanjangkan tempoh pengeluarannya sebab kau orang sudah tidak ada duit. SETAHU AKU, belum ada orang UMNO atau BN yang kaya raya tanpa politik (KECUALI Tun Daim Zainuddin, sebelum dipaksa masuk politik pun, beliau dah selfmade multi-millionaire).
Sebab aku kata kau orang ni bodoh, ialah aku berpegang kepada simple principle, iaitu ORANG PANDAI MENYENANGKAN, ORANG BODOH MENYUSAHKAN. Sebab kau orang bodoh lah, kau orang menyusahkan rakyat. Sampai hak mereka habis kau orang sekat dan halang. Dengan kuasa, duit dan segalanya kau orang ada, dengan lagak angkuh konon genius konon belajar kat oxford lah havard lah cambrige lah notthingham lah, punnnnnnnnnnnnnnnnnnn tak boleh nak generate income kepada negara tanpa menyusahkan rakyat dan tanpa mengambil hak rakyat.
Alasan brainless brainless kaki ampu ni, takut kalau pencarum KWSP ni boleh buat pengeluaran awal, nanti mereka joli... takde duit nak makan. Macam ini, aku pun nak cakap, menteri menteri dan Perdana Menteri tak boleh tadbir perbendaharaan negara, Nanti habis duit rakyat kau orang bodoh piang ni enjoy dan joli. Nanti negara takde duit nak makan ? Amacam ? sama tak konsep ?
Ehhh kenapa tak boleh macam tu ? kau anggap rakyat bodoh tak boleh manage duit mereka sendiri, rakyat juga anggap kau orang bodoh tak boleh manage duit negara. BARU ADIL !!! Tapi memang kau orang bodoh pun, TERBUKTI !!! Negara sampai sengkek... bukti paling simple, gaji kakitangan kerajaan pun tak mampu naikkan untuk seiring dgn zaman dan masa serta harga kos sara hidup sekarang. Hanya mampu untuk naikkan gaji menteri, gaji ahli perlimen yang dah terlebih mampu untuk menyara hidup mereka berbanding rakyat.

Oiii BODOH PIANG... kau dgr sini baik baik, rakyat yang berkerja swasta ni lagi cerdik dan efisen dari kau pekerja kerajaan yang lembab dan tak efisen ini, yang diibarat paku, sekali ketuk baru nak jalan. Rakyat boleh menage duit mereka sendiri, lagi lagi pekerja swasta yang bergaji besar, duit KWSP mereka banyak, mereka buat pengeluaran, mereka boleh melabur didalam pelbagai sector, antaranya Perniagaan, Hartanah, Saham dan sebagainya.

Contohnya :
Jika had minimum pengeluaran pada umur 50, si A mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM 300,000. pada tahun 2010. A mampu membeli sebuah rumah teres.
TETAPI jika had pengeluaran dinaikkan pada umur 60 tahun, dengan simpanan sebanyak RM 300,000 + dicampur interest dividen celah tahi gigi tak rasa pun, selepas 10 tahun dari tahun 2010 kepada 2020. Maka A akan mempunyai simpanan KWSP sekurang kurangnnya RM 400,000. Akan tetapi harga rumah teres yang sepatutnya beliau mampu beli pada harga RM 300,000 10 tahun lalu kini telah menjadi RM 900,000.
Nak beli pakai apa ??? Beza RM 500,000... siapa nak tanggung ? bapak kau orang atau kau orang yang brainless tu ke ? Cakap lain kali pakai otak, bukan kepala lutut kurap kau orang tu.
Perlu diingatkan, nilai matawang ini mempunyai susut nilai setiap tahun disebabkan faktor inflasi dan ekonomi serta greedy !!!
-
TOLONG jangan ingat semua rakyat lebih bodoh dari kau orang yang sememang nya bodoh tidak terbukti apa apa, kau orang hanya nampak hebat sebab politik. Cuba campak kau orang kat luar negara, tgk boleh berjaya atau tidak dengan sifat dan sikap brainless kau orang tu ??? AKU CABAR ?

Kau orang ingat rakyat malaysia ni orang tahun 1950an ke ? yang mana bila pemimpin bercakap semua orang kampung tepuk tangan... horeyyyy !!! zaman 50an tu ramai orang bodoh boleh lah, zaman sekarang ramai yang berpelajaran tinggi... jauh lagi genius dari pemimpin brainless pun ada.
Kalau rakyat tak pandai takpa... aku sanggup jadi "can opener" untuk membuka minda mereka, dan supaya mereka melihat dari perspective aku dan perspective menyeluruh. YES, i am known to be a "Can Opener", and i know ramai berterima kasih serta terhutang budi didalam diam. ini yang Tun M gagal untuk lakukan pada orang melayu sebelum beliau bersara, tetapi aku berjaya !!! Susah pada dia, mudah pada aku. Ada yang mudah pada dia, mungkin susah pada aku. Masing masing ada kelebihan masing masing - so we patch up each other. Aku suka bangsa aku pandai, supaya kau orang yang rasa diri terlebih pandai, tak boleh menindas dan membuli sesukahati.

Kepada mereka board of director dan pengerusi KWSP, ingatlah... anda semua adalah pemegang amanah pencarum pencarum KWSP. Amanah yang anda semua akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Anda aniaya orang, anda patut tahu didalam islam aniaya itu adalah hutang. Mmg takkan cium syurga nanti... !!!

Kalau benar KWSP ada wang berbilion billian sampai tak tahu nak labur kemana mengapa disebokkan dengan wang rakyat MARHAEN yang tak seberapa yang mereka harapkan sangat?

Duit berbilion itu hasil wang caruman bukan!! tidak cukupkah lagi kamu samun duit mereka!!

Kerajaan sudah-sudah lah menyamun duit rakyat kalau mahu terus berkuasa!!

#RakyatMarhaen

Duit KWSP yang kebanyakannya duit rakyat susah pun kerajaan nak samun!!!


"Duit itu duit Bpak CEO KWSP kah?" bunyi-bunyi dari rakyat bawahan yang rasa amat marah berkenaan usaha KWSP untuk memanjangkan tempoh matang pengeluaran wang KWSP yang dicarum oleh rata-ratanya golongan Marhaen yang kadangkala "telan air liur" melihat potongan KWSP dalam slip gaji mereka tiap bulan namun terpaksa merelakan demi hari tua.

Cadangan pertama yang dikemukakan KWSP adalah memberi pilihan terhadap penyelarasan umur pengeluaran penuh dengan umur persaraan minimum yang ditetapkan oleh kerajaan dan terdapat dua opsyen berhubung cadangan ini. 

Opsyen pertama ialah menaikkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 yang hanya akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun. 

Opsyen kedua ialah mengekalkan pengeluaran pada umur 55 tahun sama seperti sekarang dan memperkenalkan pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus bekerja dan mencarum selepas usia 55 tahun. 

Lihat pada opsyen-opsyen yang diberikan, kedua-duanya berusaha untuk menambahkan pendapatan dalam tabung KWSP yang diperolehi daripada caruman rakyat marhaen yang berhempas pulas mengengkang mata, mencurah keringat untuk kelangsungan hidup namun akur atas nama masa depan dan hari tua maka caruman wajib dibuat sebagai simpanan.

KWSP dalam ceramah dan penerangan mereka setiap masa menitikberatkan masa depan dan tabungan hari tua seolah-oleh mereka ini baiknya macam "NABI" kerana kebaikan memikirkan nasib hari tua rakyat Malaysia namun siapa tahu niat disebalik kebaikan itu?

Duit ini duit kamu!, duit ini duit mereka  dan mereka simpan dengan harapan dapat merasai nikmatnya pada hari tua setelah menghabiskan masa muda dan percaya kepada KWSP bahaw tabungan ini akan memberikan mereka sedikit kesenangan atau BONUS pada hari tua.

APAKAH HARAMNYA!!! Duit mereka itu sendiri terpaksa ditetapkan syarat oleh kerajaan untuk boleh atau tidak keluarnya!!!

Tidak cukupkah sehingga 55 tahun Kerajaan melalui KWSP menyimpan duit mereka!!

Apakah kerajaan hari ini sudah betul-betul tiada duit hingga terpaksa mengambil pula duit tabungan rakyat marhaen ini untuk mengisi tembolok Peminpin dan Kroni Kerajaan!!!

Setiap kali ditanya kerajaan tidak mengaku menggunakan wang KWSP dengan boros!!

jika tidak menggunakan mengapa kerajaan tidak berani menegur tindakan Bodoh CEO KWSP yang mengumumkan cadangan tersebut!!

ToPup 60sen kerajaan nak samun!!

KWSP yang kebanaykannya duit rakyat susah pun kerajaan nak samun!!!

Makin teruk kerajaan hari ini... 

Bagi saya.. kalau berterusan begini baiklah ditukarkan saja kerajaan ini...

"Ada tak menambah, tiada tak mengurang"...


Baca kenyataan CEO KWSP di Berita Harian : http://www.bharian.com.my/node/48739

14 April 2015

RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak 'lesap' seperti didakwa oleh Tun Mahathir.


Aku mengambil kenyataan yang dikeluarkan kononnya mendakwa Wang bernilai RM 42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB itu tidak lesap tetapi digunakan dengan baik dengan perlaksanaan dan perancangan yang baru.

Dengan permulaan RM 1 juta yang diberi kerajaan dan pinjaman yang dibuat seterusnya jika dilihat melalui penerangan ini, 1MDB akan dapat keuntungan berlipat gulung kali ganda mungkin mencecah Trilion Ringgit.

Mari kita baca penerangan yang aku petik dari FB Page WakeUp Malaya ini;


RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak 'lesap' seperti didakwa oleh Tun Mahathir. Ini merupakan apa yang diperolehi dari jumlah itu:

1) Membeli dan memiliki 15 loji janakuasa dan penyahgaraman di 5 negara dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW -http://tinyurl.com/oux4nys
- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
- IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.

2) Membina 3 lagi loji kuasa baru
- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (kos RM11 bilion)
- 2000MW loji kuasa gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (kos RM1bilion) loji kuasa solar di Kedah - terbesar di Malaysia -http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar tanah berjumlah RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga - http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Bantu mengurangkan kos tenaga TNB kepada IPP sehingga separuh pada tahun 2012 dengan membida turun secara agresif untuk kadar kuasa yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan yang baru. -Http://tinyurl.com/ljw3c3k
- Ini telah membantu membekukan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Januari 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik Mac 2015 (kali pertama dalam sejarah Malaysia kadar elektrik dikurangkan) dengan satu lagi kemungkinan pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

4) Pengkonsepan, merancang dan membangunkan RM40 bilion Nilai Pembangunan Kasar (GDV) 70 ekar Tun Razak Exchange (TRX).
- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung
- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam
- Jualan dan pembangunan utama pertama adalah projek RM8 bilion dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

5) Pengkonsepan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM155 bilion.
- Termasuk hubungan 60-90 minit melalui Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).
- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7 bilion (http://tinyurl.com/7eduhru)
- Termasuk dua lapangan terbang udara baru - 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan pangkalan udara PDRM di Subang.

7) Perancangan dan membeli tanah untuk projek 30,000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia - khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3 bilionhttp://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).

8) Menjalankan hampir RM400 juta projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk memunaikan haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat persinggahan (rumah arau) untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq
- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, yang melibatkan kos RM90.5 juta.

9) Membangun dan merapatkan hubungan dengan negara-negara Timur Tengah utama - termasuk Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji setiap tahun kepada 20,000 jemaah haji dan juga membantu pelajar keluar dari Mesir.
- Menjana minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan lain-lain projek bukan 1MDB.

Sumber:https://www.facebook.com/BukanZombie/posts/419048104941632?fref=nf

Lambung NAJIB, RAKYAT Tersungkur


Cerita hari ini, Pemuda UMNO diketuai Chip Khairy KJ memanggil seluruh kepimpinan pemuda peringkat bahagian seluruh Malaysia menghiasi muka hadapan Facebook, Twitter, Istagram dan berbagai laman media sosial.

Ghairah, penuh semangat, kobar-berkobar, gebang, poyo, ampu, kipas mengiringi LAMBUNG PM menunjukkan sokongan pemuda UMNO kepada PM yang diasak rapat oleh Mantan PM, Tun M.

Gelagat Mantan dan Penggantinya menjadikan UMNO haru-biru, memaksa sebuah Armada (kapal) berpecah dua menukar haluan dan menghalakan senjata semasa sendiri membiarkan musuh berjoget lambak mentertawakan UMNO.

Tidak ada salahnya nak LAMBUNG Najib atau Tun M atau siapa sahaja tetapi apa kesudahan cerita LAMBUNG Najib itu?

Kononnya memberi sokongan padu kepada PM, tetapi tahukah KJ dan Ketua-Ketua Pemuda itu tentang pemuda cawangan mereka yang tidak cukup korum untuk bermesyuarat?

Esok Puteri UMNO pula diberitahu akan melakukan perkara yang sama, kali ini apa? Pemuda sudah LAMBUNG, Puteri mahu JUNJUNG kah?

Sudah-sudah la mengampu, Rakyat dibawah ini sudah tersungkur dek pelbagai kecuaian kerajaan yang berlaku.

GST ini belum lagi selesai, siapa yang peduli masalah rakyat dibawah ini yang terpaksa bayar lebih dengan pendapatan yang semakin berkurang akibat kecuaian kerajaan.

GST hari ini sudah ibarat kisah KOMUNIS bermaharajalela bila Tentera Jepun berundur.

 Cuma 14 hari tetapi tempoh itu boleh diibaratkan ‘neraka’ bagi mereka yang hidup pada ketika itu.

Tempoh 14 hari itu adalah tempoh anggota Parti Komunis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga bermaharajalela selepas tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu dalam Perang Dunia ke-2 dan berundur dari Tanah Melayu.

GST membangkitkan hantu-hantu Komunis zaman itu, mengganas menaikkan harga barang sesuka hati,  mereka melahap setiap sen duit rakyat dengan membebankan segala kemarahan dan kebencian rakyat kepada kerajaan UMNO/BN.

Pasukan penguatkuasaaan KASTAM dan KPDNKK tidak cukup bala tentera untuk mengambil, memeriksa dan mendakwa Komunis ini dah hari-hari berlalu dengan kebencian rakyat makin meluap-luap terhadap kerajaan UMNO/BN.

Dalam keterdesakan, kebancian, kemarahan rakyat itu UMNO/BN sibuk mahu LAMBUNG PM konon tunjuk sokongan supaya nanti boleh diberi PROJEK, PANGKAT dan DARJAT supaya dengan itu semua maka akan lebih banyak HARTA boleh dibolot dari KERAJAAN yang MENYAMUN duit RAKYAT.

Sampai bila semua ini harus terus berlaku begini?

Anwar Ibrahim dalam Gerakan Reformasinya telah membawa jutaan rakyat dari sejak zaman beliau dipecat hingga ke hari ini menentang kerajaan namun gagal menumbangkan kerajaan kerana Gerakan itu terlalu bising, huru hara dan hanya menyentuh pihak yang bersimpati terhadapnya.

Gerakan Rakyat kali ni kalau tidak dibendung dari awal nescaya akan menumbangkan KERAJAAN kelak.

Jangan ambil mudah, gerakan  kali ini senyap. Mereka simpan dalam hati dan bila tiba waktu menyerang nanti sudah pasti KERAJAAN UMNO/BN tumbang kerana ia berjalan dalam keadaan senyap ditambah dengan kebencian dan kemarahan meluap-luap.

Ini luahan hati aku..



03 April 2015

Miskin sungguh kerajaan BN ini hingga RM 0.60 pun mereka sanggup samun dari rakyat!


Menyedari keperluan GST kepada kerajaan memaksa aku untuk berfikir positif tentangnya walaupun nyata sekali aku tidak faham unsur-unsur dan tujuan perlaksanaannya.

Dalam kotak fikiran aku dengan hati yang benak aku berkata, GST ini mungkin benar juga kata kerajaan bila sudah dilaksanakan nanti ianya akan serba sedikit membantu kewangan kerajaan yang semakin tenat akibat tekanan ekonomi global beselang seli dengan kerakusan dan keborosan kroni kerajaan dalam membelanjakan wang.

Jadi, atas nama aku sebagai rakyat dan tanggungjawab yang tidak seberapa kepada Negara maka aku menerima untuk membayar cukai tersebut atas barang yang aku akan beli.

Setiap hari sebelum 1 April dan selepas beberapa hari dari tarikh itu gamat suasana dengan pelbagai kecaman kepada kerajaan yang mengatakan GST ini nanti akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal.

Penat menjawab dan penat juga nak bertekak dengan ‘Tok Mat’ aku kata ‘lantak la’… malas nak campur.

Tapi hari ini buat aku rasa sangat marah (walaupun aku bukan orang penting) sebagai rakyat kerana ditipu terang-terang oleh kerajaan yang ‘meletop-letop’ kata harga barang yang ditetapkan tidak naik tidak akan naik dan jika naik juga akan diambil tindakan mahkamah.

“Kastam panggil syarikat Telco. Kena tolak SST 6% baru tambah GST 6% jadi harga tak berubah. Jika mereka degil akan dibawa ke mahkamah!” – Tok Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan menulis dalam Twitternya.

Nampak kerajaan tegas disitu kerana sejak awal difahamkan dengan jelas ‘topup’ tidak akan dikenanakan GST kerana dengan tambah tolak jadi sama saja nilainya.

Namun dengan tiba-tiba semuanya berubah dengan Telco berdegil dengan harga tambahan (Cth: Topup RM 10 akan jadi RM 10.60) dan akan kekalkan harga dengan alasan akan tambah ntah apa ntah yang pengguna sendiri tidak faham apa yang ditambah.

Dalam bab ini kerajaan telah bersetuju (melalui tweet Tok Mat) sekaligus mengenepikan janji bahawa ‘Topup’ tidak akan dikenakan GST.

Rakyat tidak tengok tambahan ‘airtime  & SMS’ tapi rakyat tengok tambahan RM 0.60 dalam harga ‘topup’ yang dibeli dan mereka kata ‘topup’ kene GST!

Kerja bodoh apakah yang dilakukan kerajaan ini hingga terpaksa tunduk menyembah di kaki syarikat Telco?

Kerajaan ini tidak ada maruah langsugkah atau ‘Telor’ seseorang sudah dipicit hingga kerajaan tidak berani langsung melaksanakan apa yang telah dijanjikan?

Setiap hari ada sahaja ‘kuli’ dan ‘hamba abdi’ yang bertikam lidah menjelaskan pada rakyat bahawa GST ini dibuat bukan untuk membebankan rakyat sebaliknya nanti ia akan dipulangkan kepada rakyat setelah Berjaya dilaksanakan.

Tapi sia-sia usaha itu bila pemimpin kerajaan dengan bodoh dan bangganya berbuat sesuka hati memungkiri apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Kini harga barang sudah tidak terkawal, penguatkuasaan langsung tiada, peniaga ambil kesempatan sesuka hati tanpa peduli nasib rakyat yang sememangnya sudah susah dek masalah ekonomi yang semakin meruncing.

GST ini baik sebanarnya untuk ekonomi, jika tidak mana mungkin berates Negara melaksanakannya tetapi di Malaysia bukan GST itu masalahnya sebaliknya perlaksanaan dan peguatkuasaanya adalah amat gagal sekali.

Dalam keadaan yang semakin mendesak ini rakyat akan membuat keputusan dan nantikan saja akibatnya bila kebodohan pemimpin kerajaan ini berterusan.


RM 0.60 ini nanti menjadi kayu ukur kejayaan atau kehancuran kerajaan pada Pilihan Raya ke 14 yang sudah tidak lama lagi.

Miskin sungguh kerajaan BN ini hingga RM 0.60 pun jadilah untuk mereka menipu rakyat!
 
Back To Top
Copyright © 2014 Pena Dari Tanah Melayu. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates