BREAKING NEWS

16 January 2015

Tajuddin Lancarkan Sukarelawan Betul-Betul Bersih


DS tajuddin Abdul Rahman semalam berjaya mengumpulkan lebih 2 ribu sukarelawan bagi kerja-kerja pembersihan rumah-rumah dan bangunan yang terjejas akibat banjir.

Pada awalnya Umno Bahagian Pasir Salak sebagai penganjur menjangkakan hanya 1 ribu sukarelawan akan hadir tetapi tanpa disangka kehadiran melebihi jangkaan hingga melebihi 2 ribu orang.

Sukarelawan hadir dari pelbagai agensi, NGO, Institusi Pendidikan dan orang awam untuk kerja-kerja pembersihan di kawasan yang sudah surut banjir.

Lebih 3000 rumah terlibat dalam bencana banjir yang hampir 3 minggu menenggelamkan rumah-rumah mereka.

Bila ditanya berkenaan slogan "Betul-Betul Bersih", Tajuddin menjawab ia dipilih untuk membezakan Bersih yang Ambiga buat berdemo tanpa arah hingga menyebabkan huru-hara dalam negara dengan "Betul-Betul Bersih" yang Pasir Salak buat untuk membersihkan rumah dan bangunan terlibat banjir yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap.

Bersih yang "Betul-Betul Bersih" bukan untuk menguhuru-harakan negara tetapi betul Bersih untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan dengan turun beramai-ramai memberi khidmat untuk mesyarakat.












 
Back To Top
Copyright © 2014 Pena Dari Tanah Melayu. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates