24 December 2014

Penduduk Kuala Langat Setuju LADANG BABI diBina - ADUN Tanjung Sepat


Menurut SINAR HARIAN hari ini melaporkan Rakyat di Kuala Langat telah bersetuju untuk pembinaan LADANG BABI terbesar di Selangor itu.

ADUN TANJUNG SEPAT, Ir Mohd Haslin Hassan katanya telah berjumpa sendiri rakyat dan kebanyakan diantara mereka itu setuju dengan cadangan pembinaan ladang Babi tersebut.

Aku tertanya-tanya siapakan yang ditemu ADUN itu yang setuju LADANG BABI iti dibina dikawasan yang majoritinya penduduk Melayu. Mungkinkah yang ditemuinya itu Melayu yang Makan Babi? Atau Cina Babi?

Mungkin penduduk Kuala Langat tidak tahu jumlah Babi yang akan ditempat itu barangkali..

Mungkin Juga penduduk Kuala Langat sudah lupa dengan wabak  Japanese Encephalitis (JE) yang pernah menggemparkan negara pada tahun 1999 dan telah menyebabkan KEMATIAN ratusan manusia akibat daripada gigitan nyamuk Culex yang memindahkan wabak itu dari Babi kepada Manusia.

Dengan jumlah babi yang dicadangkan sebanyak 300,00 ekor yang akan ditempatkan di Ladang yang akan dibina tersebut mungkin jika berlaku sekali lagi kejadian yang tidak diingini ini bagaimanakah tindakan Kerajaan Selangor untuk menanganinya.

Adakah Kerajaan Selangor akan mengerahkan tentera seperti Tragedi di Bukit Pelandok satu masa dulu?

Ambil dulu sikit fakta ini dan selebih aku akan tulis dari semasa ke semasa untu beritahu korang semua bahanya Bai-babi yang sedap dimakan oleh Cina DAP dan Melayu PAS PKR ini.


Japanese Encephalitis (JE)
Pengenalan

Penyakit Japanese Encephalitis (JE) telah berlaku di kebanyakan negara-negara Asia seperti Kemboja, China, Indonesia, India, Jepun, Nepal, Sri Lanka, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Korea, Thailand, Vietnam, India serta kawasan di Selatan-Timur Persekutuan Rusia.

Kira-kira 3 bilion daripada penduduk dunia tinggal di kawasan-kawasan endemik dan hampir 50,000 kes JE dengan 10,000 kematian dilaporkan setiap tahun di seluruh dunia.

Di Malaysia, kes JE dilaporkan secara sporadik (kes-kes terpencil) dan kes pertama telah dicatatkan oleh Cruikshank pada tahun 1951 di mana berlaku kejadian wabak di kalangan banduan British semasa Perang Dunia Kedua.

Agen penyebab: Virus Japanese Encephalitis daripada genus Flavivirus di dalam keluarga Flaviviridae.

Cara jangkitan: Virus ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Culicine iaituCulex tritaeniorhynchus, Culex vishnui, Culex gelidus dan Culex fuscocephala yang dijangkiti virus JE. Khinzir dan pelbagai burung liar akan dijangkiti penyakit JE terlebih dahulu sebelum virus JE menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk. Manusia tidak dianggap sebagai perumah untuk penyebaran virus dan jangkitan daripada manusia ke manusia tidak pernah didokumenkan.

Tempoh pengeraman: 5 hingga 15 hari.

Tanda dan gejala

Kebanyakan jangkitan JE tidak menunjukkan tanda dan gejala (asimtomatik).

Anggaran 1 pesakit dalam 250 yang dijangkiti menunjukkan gejala penyakit. Gejala yang biasa adalah demam, sakit kepala, loya dan muntah.

Perubahan keadaan mental, simptom neurologi, lemah dan gangguan pada pergerakan muncul selepas beberapa hari. Sawan berlaku dalam 66% kes dan paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

Komplikasi

Kesan daripada gejala penyakit ini boleh menjadi serius termasuklah kecacatan otak dan kematian. Kadar kematian adalah sehingga 60% untuk pesakit yang menunjukkan gejala manakala lebih kurang 30% pesakit akan mengalami kerosakan pada sistem saraf pusat.

Rawatan

Tiada rawatan spesifik untuk pesakit JE. Walau bagaimanapun rawatan di hospital adalah penting untuk perawatan sokongan dan pengawasan rapi. Pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi, meminum air yang banyak dan mengambil ubat berdasarkan kepada nasihat doktor untuk melegakan gejala penyakit.

Pencegahan
Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk dan lakukan pemeriksaan 10 minit seminggu untuk memastikan kawasan persekitaran kita bebas daripada pembiakan nyamuk.

Kurangkan aktiviti luar bagi mengurangkan pendedahan kepada gigitan nyamuk terutamanya di lokaliti bermasalah penyakit JE.

Gunakan ubat penjauh serangga (‘insect repellant’) pada kulit yang terdedah berdasarkan panduan yang diberikan oleh syarikat pengeluar untuk aktiviti luar terutama di waktu senja hingga subuh.

Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang. Cuba elakkan memakai pakaian berwarna gelap (kerana warna gelap akan menarik perhatian nyamuk).

Tutup tingkap atau bidai apabila berada dalam bangunan. Gunakan semburan racun serangga, lingkaran ubat nyamuk atau kepingan penghalau nyamuk.

Suntikan vaksin JE akan hanya diberikan kepada penduduk berisiko tinggi di lokaliti berlakunya wabak dan untuk negeri Sarawak di mana program vaksinasi JE diberikan kepada semua bayi yang baru lahir yang berumur 9 bulan dan ke atas mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.

Sumber
World Health Organization. International Travel & Health. 2006
Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition. David L. Heymann, MD, Editor, 2004.
Centers for Disease Prevention & Control, Atlanta. 2012. Available at URL: http://www.cdc.gov/japaneseencephalitis/vaccine/index.html
Semakan Akhir : 19 Jun 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

23 December 2014

Bantu Mangsa Banjir Bukan Kerja AHLI PARLIMEN BELIA, Itu Kerja Rakyat Kotor Jijik


Banjir di Pantai Timur amat membimbangkan dan kini banjir sudah memasuki negeri-negeri lain di sebelah Selatan dan Barat Semenanjung Malaysia.

Dalam kekalutan itu, aku ternampak juga di beberapa laman-laman media sosial mengenai pemimpin kawasan yang turun meredah banjir membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Sekarang ini bukan hal politik yang nak diketengahkan tetapi kewajipan dan tanggungjawab membantu rakyat susah yang dilanda bencana.

NGO-NGO pula telah mula menggerakkan sukarelawan masing-masing untuk membantu meringankan beban mangsa banjir dengan pelbagai cara.

Tetapi yang aku belumnampak ialah AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA (APBM) terutamanya yang belagak-lagak dengan emblem dan pelbagai gaya ELITIS.

Mungkin in bukan tugas mereka agaknya kerana AHLI PARLIMEN BELIA mana la nak main kotor-kotor ni sebab nak jaga Standard. Kerja mereka ini kan hanya mengarah dan berlagak macam mereka ini pemimpin negara walhal pemimpin negara dan kawasan sendiri dah jadi macam lembu meredah banjir hantar barang bantuan.

APBM ni orang-orang hebat. Meraka terpilih hanya untuk memimpin dan bukan pedulik tentang perkara remeh seperti banjir ni. Aku bukan nak kondem tapi boleh sapa-sapa bagitau aku mana-mana APBM yang sibuk bertanya tentang nasib Orang Banjir ni?

Sebab itu bukan tugas mereka. Tugas mereka hanya untuk berlagak macam pemimpin hebat. Kerja mereka hanya bercakap. Kerja Kotor biar rakyat yang buat. betulkan begitu?

APBM mana nak melenting mai jumpa aku. Aku nak tengok kerja Ape korang buat selain berlagak!!!

Aku tujukan kepada APBM yang pakai emblem, yang ada SUSK, yang ada Pegawai Khas, Yang ada Bodyguar dan yang belagak sebab kononnya mereka ini dilahirkan sebagai pemimpin.

#APBM
#Banjir

16 December 2014

AHLI PARLIMEN BELIA Pasang "Emblem" Untuk Bezakan Darjat Dengan Rakyat Biasa. @KhairyKj Suruh Ke?


Nampak "Gah" benar kereta Ahli Parlimen Belia (APB) yang dipasang emblem ni. Boleh sesapa bagitau hebat sangatkah jadi Ahli Parlimen Belia ni?

AKu bukan nak mengata, tapi sepanjang beberapa minggu lepas aku sampai naik menyampah mendengar gelagat mereka ini. Apa tugas dan tangungjawab mereka?

Disaat Ahli Parlimen Malaysia, ADUN, Pemimpin-pemimpin sedang sibuk "Turun Ke Tanah" cuba membiasakan diri menjadi Rakyat Marhaen tetapi berlainan pula dengan Ahli Parlimen Belia yang merasakan diri mereka hebat dan terasing "Darjat" dari orang lain.

Inikah pemimpin yang bakal menggantikan kepimpinan yang sedia ada sekarang dan masa depan?

Nampaknya Kerajaan dan YB @KhairyKj telah gagal membentuk pemimpin negara melalui program ini.

Rakyat bukan benci atau menolak pemimpin kaya tetapi rakyat benci dengan pemimpin yang meninggi diri!!

Adakah dengan memasang emblem di kereta APB ini nanti mereka akan dihormati? Belia akan berlari dan mencium tangan mereka sejurus pintu kereta mereka dibuka?

Adakah dengan emblem ini mereka berbeza dari belia yang lain? Adakah Darjat mereka ini tinggi dan perlu dibezakan supaya belia atau rakyat tahu mereka ini pemimpin!

Buat kerja dulu bukan tunjuk glamer dan lagak konon Darjat APB ini lebih tingi dari Perdana Menteri.

Bagi komen sikit.. aku cabar!!!

15 December 2014

Peraturan Baru Lesen Memancing Mulai Tahun 2015, IRMOHIZAM Wajib Jawab.


Peraturan baru pemancing wajib ada lesen memancing mulai tahun 2015, menerusi kenyataan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia, peraturan baharu pelaksanaan lesen memancing dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2015. 

Difahamkan, lesen memancing dilaksanakan untuk mengawal populasi ikan serta mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pengeboman ikan.

Pada masa yang sama, individu yang tidak memiliki lesen memancing boleh dikenakan denda RM500 bagi kesalahan pertama, kedua dan ketiga manakala boleh dibawa ke Makhamah jika melakukan kesalahan buat kali ke empat.

Jika melihat cadangan seperti dalam surat pekeliling yang diedarkan, saya memandang ianya berniat baik untuk tujuan menjaga sistem perikanan negara dengan mendapatkan maklumat dari pemancing tentang jenis ikan, lokasi dan sebagainya melalui cadangan pendaftaran lesen tersebut.

Namun dari sudut perlaksanaannya, maaf jika saya katakan ia dilihat sangat bodoh dan tidak bertamadun.

Jika surat pekeliling (sumber: MELVISTER.COM)
dikeluarkan menyebut untuk mendapatkan data mengapa perlu ada hukuman kepada yang tidak ada lesen?

Perlaksanaan cadangan tersebut memperlihatkan jabatan Perikanan "MAKAN GAJI BUTA" hingga terpaksa meletakkan tanggungjawab kerja mereka kepada pemancing untuk mendapatkan data.

Pegawai yang menyiapkan kertasa kerja cadangan ini pada pendapat saya sudah tiada idea.

Selain itu, tindakan mencadangkan perkara "BODOH" ini telah menyebabkan Kerajaan menerima kritikan negatif walaupun pada dasarnya ia masih diperingkat cadangan.

Kerajaan hari ini yang menerima kecaman hebat dari rakyat adalah disebabkan oleh perancangan dan tindakan tidak "BERAKAL" seperti ini.

Yang lebih dikesalkan, hanya setakat inikah sahaja tahap kecerdikan Pengarah jabatan Perikanan? Bagaimana kerajaan boleh membayar gaji kepada Pengarah seperti ini yang tidak tahu mengurus dan menyelidik hingga terpaksa menggunakan pemancing dan mengugut mereka jika mereka gagal mematuhi kehendak jabatan tersebut.

DATO IRMOHIZAM IBRAHIM selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) harus wajib memberi respon kepada cadangan ini sebelum ianya menjadi lebih besar sehingga nanti akan memberi ancaman kepada kerajaan.

Untuk memajukan industri perikanan baik dari sudut perlancongan atau sumber makanan bukan begini caranya, beri cadanganyang lebih hebat dan berkesan dan jangan usik rakyat yang sudah sedia susah dengan masalah Global yang berlaku hari ini.

Saya percaya dengan kebijaksanaan yang Dato Irmohizam miliki perkara ini akan dapat ditangani dengan baik.