RON97 Turun, Hanya Orang Minyak dan Kementerian Orang Minyak Sahaja Faham...

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter daripada RM2.75 seliter berkuat kuasa 12 tengah malam tadi.

Pengurangan harga miyak itu mungkin sukar diterima oleh rakyat biasa kerana menganggap RON97 adalah minyak orang kaya manakala RON9 minyak rakyat marhaen yang kekal pada harga lama.

Harga Minyak Dunia yang Turun Serendah (US$77.44) menjadi punca kepada penurunan harga tersebut tetapi ia hanya berkuatkuasa kepada RON97 sahaja.

Harga minyak RON95 dunia juga turun tetapi mengapa harga dipasaran Malaysia tidak turun adalah disebabkan ia masih belum melepasi harga RM2.30 minyak bersubisi Malaysia seperi yang dikatakan oleh Ahmad Maslan.

Untuk makluman, harga petrol di Indonesia meningkat sebanyak 2,000 Rupiah (RM0.55) daripada 6,500 Rupiah (RM1.78) kepada 8,500 Rupiah (RM2.33) seliter akibat daripada penguranan subsidi minyak yang diumumkan oleh Presiden Negara Indonesia.

Jokowi turut mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 2,000 Rupiah (RM0.55) menjadikan harga bahan bakar itu meningkat kepada 7,500 Rupiah (RM2.10) seliter berbanding harga sebelum ini pada 5,500 Rupiah (RM1.55) seliter.

Kenaikan harga petrol dan diesel di negara itu juga berkuat kuasa tengah malam tadi.

Malaysia turun... Indonesia naik....

Walaupun saya sendiri kurang faham tetapi saya yakin Orang Minyak dan Orang Kementerian Orang Minyak faham....

1 comment:

Anonymous said...

Pengguna Ron 95 dan Diesel adalah dari kalangan Rakyat Marhaen yang merupakan Majoriti rakyat Malaysia.

Ron 97 untuk golongan kay dan sangat sedikit mereka ini.

Penurunan Ron 97 hanya gimmik kerajaan saja.

Kalau turun Ron 95 dan Diesel, mana Kerajaan ada Hasil..nak bayar Interest 1MDB?>????