Gugurkan Noh, Selesaikah Masalah?

Jika kehendak menggugurkan Noh dari kerusi yang didukinya sekarang datang dari mulut PM sendiri maka saya juga akur dan menerimanya dengan baik.

Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini terlalu banyak spekulasi dan konspirasi yang diketengahkan menyalahkan Noh sebagai penyebab kepada kegagalan Selangor menang dalam pilihanraya yang akan datang.

Beberapa blog sedang berperang dengan beberapa blog dengan idea dan pendapat masing-masing tetapi ia tetap menjurus kepada menyalahkan Noh dengan Majoriti.

Pada PRU yang lepas PM sendiri menjadi Pengurusi Perhubungan manakala Ir. Zin sebagai koordinator BN Selangor berhempas pulas dengan berbagai strategi untuk menang tetapi keputusannya Selangor terlepas ke tangan pembangkang.

Saya bukan menyalahkan kepimpinan lalu, jauh sekali mahu menidakkan usaha yang dibuat pemimpin tersebut tetapi kegagalan tersebut berpunca dari rakyat yang melihat Umno Bn sudah tidak releven bagi mereka.

Umno dan parti komponen (dengan izin) sibuk dengan projek membiarkan rakyat terkapai tanpa hala tuju hingga mereka merasakan Umno Bn ini kurang lebih sama saja dengan Persatuan Kontraktor yang fokus membincangkan projek dan wang.

Saya bersetuju dengan beberapa blog yang dilebel sebagai blog pemantau Noh, adakah dengan tumbangkan Noh maka Selangor ini akan menang dengan jayanya?

Saya juga mengakui dan setuju dengan pandangan beberapa blog lain yang mahu muka baru diketangahkan untuk memberi nafas baru kepada Umno Selangor tetapi adakah mereka benar muka baru atau recycle?

Kalau mahu muka baru maka letakkan saja muka baru dan serentak dengan barisan yang baru atau rombakan penuh (dengan izin).

PRU 13 BN hanya menang 5 Parlimen dan 12 DUN, PRU 14 nanti berapa agaknya?...

No comments: